Seingat penulis berpuluh tahun yang lepas ketika masih lagi di zaman kanak-kanak, buah nona antara buah kegemaran yang masih lagi tersimpul kemas dalam nostalgia. Masa berjalan seiring usia, buah ini semakin hari semakin pupus daripada penglihatan lantaran kesukaran mendapatkannya di pasaran. Ia bukan lagi sebagaimana mangga atau epal yang mudah didapati di mana-mana dan pada bila-bila masa. Mungkin kanak-kanak zaman sekarang yang seusia dengan penulis dahulu ramai tidak pernah tahu tentang buah nona ini dan bagaimana pula rasanya.

Annona squamosa atau panggilan tempatannya buah nona tergolong dalam famili Annonaceae serta mempunyai persamaan dengan durian belanda. Bentuknya bujur, bersaiz sederhana sebesar tapak tangan serta diameter di antara 6cm hingga 10cm , permukaan kulit buah berbonggol-bonggol. Isi buahnya manis, wangi, berwarna putih krim dengan tekstur dan rasa kastard. Ia dianggap buah paling sedap di dalam genusnya. Buah kebiasaannya dimakan segar, atau digunakan untuk membuat minuman jus atau serbet dan merupakan sumber nutrien yang baik seperti zat besi, kalsium, dan fosforus ( Morton 1987).

1001 Khasiat Buah Nona Yang Makin Dilupakan Generasi Kini

Pokok Annona squamosa ini berketinggian di antara 10 hingga 20 kaki (3m-6m) tinggi, dikategorikan sebagai renek separa malar hijau atau pokok teduhan bersaiz kecil, sesuai hidup di kawasan beriklim tropika tanah rendah di seluruh dunia. Antara negara tersebut ialah selatan Mexico, Amerika Selatan dan Tengah, Afrika tropika, Australia, Indonesia, Polynesia, Hawai dan Florida. Selain itu ia dilaporkan telah diperkenalkan oleh Portugis dan Sepanyol pada abad ke-16 di India dan Filipina dan telah ditanam di sana sejak itu.

Spesies pokok ini mampu mengeluarkan bunga dan buah dalam tempoh dua hingga tiga tahun selepas penanamannya. Pengeluaran buahnya pula agak lebat andai taburan hujan mencukupi iaitu sekitar >70 cm atau 27 inci setahun dengan purata berat di antara 100-230 gram serta mempunyai biji yang lonjong. Manakala ia sesuai hidup di kawasan bersaliran baik serta akarnya tidak merebak jauh ke dalam tanah kerana ia mempunyai sistem akar yang pendek. Pokok ini juga hanya memerlukan permukaan tanah yang cetek untuk mencengkam.

IKLAN

 

1001 Khasiat Buah Nona Yang Makin Dilupakan Generasi Kini 1001 Khasiat Buah Nona Yang Makin Dilupakan Generasi Kini

IKLAN

 

Kebiasaannya pokok yang berumur lebih kurang lima tahun boleh menghasilkan sekitar 50 biji buah nona. Manakala pokok yang telah berusia pula jarang mengeluarkan buah melebihi 100 biji setiap pokok.

IKLAN

Sebagaimana tumbuhan yang lain, Annona squamosa juga tidak terkecuali dengan senarai panjang kebaikan yang terkandung di dalam setiap buahnya. Sifat-sifat penawar yang dimiliki andai diamalkan dalam kuantiti bersesuaian akan memberi manfaat kepada manusia untuk tempoh jangka panjang.

1001 Khasiat Buah Nona Yang Makin Dilupakan Generasi Kini

Kegunaan dan  Kebaikan Annona Squamosa

  • Kulit kastard pokok epal boleh digunakan untuk menghentikan cirit-birit pada kanak-kanak dan orang dewasa. Di samping itu, tumbuhan ini juga berkesan dalam merawat kencing manis.
  • Buahnya digunakan untuk membuat tonik rambut di beberapa kawasan di India.
  • Tumbuhan ini menunjukkan beberapa ciri-ciri perubatan yang luar biasa, seperti berfungsi sebagai racun serangga , antikulat dan abortifacient .
  • Biji benih  boleh digunakan pada rambut untuk menghilangkan kutu. Walau bagaimanapun, pastikan ia tidak bersentuh pada mata kerana boleh mengakibatkan kerengsaan dan seterusnya menyebabkan buta.
  • Buah nona boleh merawat pedih luka akibat melecur kerana ia adalah penyejuk yang berkesan.
  • Di India daunnya dilumatkan dan diguna dalam merawat histeria dan jampi.
  • Rawatan ulser, luka, disentri dan penyakit lain juga dirawat dengan menggunakan ekstrak daun.

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI