Langsir adalah pelengkap hiasan rumah. Memanglah bukan perkara no.1 dalam carta membeli barangan hiasan dalaman rumah. Tapi, langsir tetap penting kasi ruang nampak elok. Salah beli, ruang jadi buruk. Siapa yang rugi? Mereka dan keluarga mereka….
Jom kita elak jangan kasi rugi bila beli langsir.
1. UKUR LABUH KE SENTENG. Bila beli langsir, ukur betul-betul. Rekaan terbaik adalah labuhnya cukup-cukup di atas permukaan lantai. Jangan sampai menyapu lantai atau senteng . Elakkan juga memilih langsir cukup-cukup sampai frame tingkap macam mini skirt. Silap gaya orang cakap kita pakai langsir pinjam pulak.
2. PEMILIHAN WARNA TERANG – GELAP Kalau rumah kecil, pilih warna yang senada dengan dinding. Tak pernah nak dramatik sangat sebab nanti ruang nampak sempit, pandangan mata pun nampak ‘semak’. Jika pakai warna warm newtral macam coklat,krim, light brown, jangan pilih warna cool newtral macam biru muda, kelabu samar atau turquoise muda. Itu sudah bercanggah. Hadirnya langsir untuk memberi ruang nampak harmoni dengan perabot.
3. RASA KETEBALAN TEKSTIL Kita kena pastikan ruang kediaman kita cukup cahaya matahari atau tidak. Jika dah kena block dengan unit lain atau rumah lain,confirm rumah kita akan suram walaupun tengahari. Jadi langsir yang lebih nipis lebih sesuai. Paling tidak langsir renda. Ia, mampu benarkan cahaya matahari masuk. Cantik pun cantik. Ada yang murah lak tu…. Kalau pilih fabrik tebal, memang glamor. Tapi gelaplah rumah anda di siang hari. Nanti jiran ingat anti sosial pula. Langsir Black Out boleh digunakan tetapi untuk malam atau ketika kita tiada di rumah.
Ads
4. KENALI PENGGANTUNG LANGSIR Jangan main hentam je beli. Bukan semua langsir sesuai untuk semua konsep. Jangan beli penggantung ala country tapi pakai untuk moden atau klasik. Jadi pastikan anda memilih penggantung yang betul malah detailing lipatan yang sesuai. Jika ragu-ragu, tanya pada pakar langsir. Bukan semua jahitan atas langsir sesuai untuk semua penggantung. Besi, kayu, hitam, emas, perak, polos, berkerawang, semua itu akan memberi impak kepada ruang anda. Jangan nampak aneh pula nanti bila langsir digantung ya! Duit habis, langsir buruk….aduh sakit hatikan…
5. SUAI PADAN CORAK Wow! kita paling keliru bab yang ini. Ingat adakah kita ingin langsir menyerlah dari yang lain atau sebagai satu elemen menyokong konsep asal atau perabot yang ada? Pilih 1! Ini selalunya langsir, sofa, permaidani, kertas dinding semuanya mempunyai corak yang bold dan bertelagah di dalam satu ruang. Hasilnya…..yang mana satu nak kita lihat? Boleh juling dan stress dibuatnya! Jadi jika sofa atau kertas dindingnya sudah ada corak ‘over’, langsirnya biar polos aja atau corak yang lebih samar-samar. Begitu juga sebaliknya. Jadi ada keseimbangan.
Ads
6. PASTIKAN REKAAN BERPADANAN Ukur tubuh pada badan sendiri, ukur langsir pada jendela sendiri! Sesuai atau tidak rekaan sarat umpama istana itu untuk hanya menghiasi jendela kediaman apartmen atau pangsapuri? Rekaan dramatik selalunya cantik untuk jendela besar dan tinggi sekitar 8 – 10 kaki. Andai rumahnya besar, perabot klasik nya dempak, ruangnya luas , silakan! Tetapi jika rumahnya kecil, ia nampak bantut dan berat. Pilih yang simple dan amali malah lebih murah. Masih ada jalan lain untuk nampak rumah kita cantik!
7. ILUSI LEBAR DAN PENDEK Ini bukan ukuran badan. Tetapi ada rumah jendelanya sepasang di tengah dinding sekitar lebar 8′. Selalunya terdapat di kamar kedua unit apartmen atau kondo. Jangan biarkan ruang nampak biasa, kasi grand. Penuhkan dinding kecil itu dengan langsir polos dan bahagian jendela dihias lapisan sheer curtain atau bidai jika mahukan kelainan. Jadi teknik simple macam nilah yang boleh kasi ruang biasa nampak grand tanpa bercorak sarat. Murah tapi molek…..
8. SEDIAKAN PILIHAN KEDUA Jangan rambang mata tengok kat kedai itu cantik beli. Ini cantik beli. Langsir tussel dulu pernah jadi trend beli sudahnya habis kucing main terlilit sana -sini. Mana yang suka nampak klasik mampan tu, boleh memilih pilihan kedua bagi menyelamatkan keadaan. Bidai roman boleh menjadi pengganti langsir klasik berswag, jurai bagai. Pilih corak klasik warna samar, atau yang bersulam mewah atau fabrik berkualiti dan automatik jendela nampak mahal sebab rekaannya bidai roman memang molek….
Ads
9. JANGAN GIGIH MENIRU Lokasi dan gaya hidup keluarga kita berbeza. Jangan lekas terbeli jiwa hanya melihat rumah orang lain rekaan langsirnya begitu ‘wow’. Apatah lagi di dalam drama , iklan segala bagai. Tanya sama diri kita, rajinkah kita menggantung yang begitu berat dan berlapis-lapis? Adakah kita punya pembantu atau masa untuk membersihkan langsir berkain tebal itu? Adakah kita pun bajet untuk membeli atau menempah langsir mewah setiap 3 – 6 bulan? Jika semuanya…. ya, teruskan usaha anda. Namun jika tidak, ayuh kita cari alternatif yang lebih best untuk diri kita.
10. TERSEKAT PADA SATU ILHAM Adakala kita ni degil atau kurang yakin. Apakah fabrik seumpama ini sesuai untuk kita? Cantik atau buruk rumah kita nanti? Pada kita corak itu jelah yang sesuai, atau fabrik itu jelah yang layak untuk kita. Jika anda mempunyai cita rasa moden klasik namun rumahnya tidaklah semegah kediaman agam, kita boleh mencuba memasang pelmet kecil dan disudahkan dengan fabrik polos rona pastel. Jangan kerana ia berkonsep mewah atau dramatik, kita perlu memilih warna seterang-terang lahar gunung berapi. Itu tidak benar . Less is more!
Bila dah beli langsir, kerja-kerja mencuci pun dah jadi satu hal. Silap cuci, langsir anda kelihatan lama dan buruk. Nak elak maslah ni, anda perlu lakukan 10 perkara ni.
Pempengaruh media sosial Hafiz Mahamad,31 kongsikan telah berpindah ke rumah baru dan berjaya memiliki kediaman sendiri. Hafiz membeli rumah jenis teres 3 tingkat, lot tepi. Interior hiasan dalaman cukup cantik, nampak simple namun elegan dengan berkonsepkan ‘Muji Aesthetic’.
Beberapa sudut dekorasi rumah juga dikongsikan seperti ruang tamu, bilik kerja, bilik tidur, dapur, landskap laman rumah, mini cafe, ruang patio dan sebagainya. Rona lembut dan cerah seperti, off white, beige dan coklat mendominasi tema kediaman, sekaligus bertepatan dengan konsep yang dipilih.Tempoh renovasi dan hiasan dalaman rumah ini pula memakan masa hanya 3 bulan lebih.
Louvers Shelter Konsep Inside Out
Namun paling mencuri tumpuan ialah idea rekaan ‘Louvers Shelter’ di tepi laman rumah. Menurut Legit Interior, Pereka Hiasan Dalaman yang dilantik ‘Louvers Shelter’ ini berkonsepkan inside out. Ia direka boleh dibuka dan ditutup mengikut kesesuaian dan keperluan pemilik rumah.
Ditambah rekaan landskap laman dengan pokok palma yang cantik berkonsep modern minimal, melengkapkan lagi ruang ini. Malah boleh dijadikan sebagai tempat lepak, santai atau ‘healing’ di laman rumah yang mempunyai ‘vibe’ seperti berada di resort.
Tambah pereka lagi, Louvers Shelter yang direka khas ini sebagai tempat lepak untuk ‘team’ Hafiz Mahamad apabila mereka datang berkunjung ke rumah.
Reka bentuk interior pula seperti di kafe. Mempunyai 3 buah meja, 12 buah kerusi, kaunter pulau dengan binaan sinki, rak terbuka serta kabinet khas bagi menempatkan mesin kopi serta ‘storage’ makanan.
Penggunaan Material
Kemasan ‘Aluminium Sheet’ digunakan pada bahagian bumbung, bagi menyesuaikan dengan cuaca di Malaysia yang panas, sekaligus dapat mengurangkan haba. Begitu juga kemasan untuk louvers yang dapat membantu pengudaraan yang lebih baik di ruang tersebut.
“Material louvers yang Li pakai bagus untuk pengudaraan, supaya tak ada lah udara akan terkumpul je dalam louvers shelter ni. Plus konsep inside out, memang sangat sesuai dengan cuaca dekat Malaysia, barulah lepak sambil kene tiup dengan angin macam dekat tepi laut bak angg,” ujar Li, Pereka Legit Interior.
IMPIANA: Menarik idea ‘Louvers Shelter’ konsep inside out ini. Ada laman yang luas boleh ikut idea bina ‘Louvers Shelter’ ini sebagai ruang santai dan lepak seisi keluarga mahupun buat tetamu yang datang.
Dapur. Semua orang ada dapur bukan? Siapa je yang tidak ada dapur sebab dapur inilah tempat untuk kita memasak. Bila tak ada dapur, kita akan tak memasak. Bila tak memasak, kita akan tak makan. Bila tak makan, kita akan lapar. Bila lapar, kita merana dan jatuh sakit. Bila jatuh sakit, Innalillah. Hahahaha. Hari ini, saya akan menceritakan tentang dapur. Dapur ataupun dalam English dipanggil stove ini, ada dua jenis pada zaman sekarang, iaitu, dapur gas dan dapur elektrik. Tapi, apa perbezaannya? Mari saya ceritakan apa perbezaannya.
Baiklah, kita mulakan dengan penggunaan haba dan tahap memanasnya. Apa yang saya lihat sekarang ini adalah kecekapan memasak dalam perbezaan dapur gas dan elektrik ini. Menurut kajian yang saya baca, dapur elektrik mampu memberikan haba kepada makanan sebanyak 90% manakala dapur gas dapat memberi sehingga 55% sahaja haba. Jadi, menggunakan dapur elektrik adalah lebih berguna dan berfungsi sekiranya anda ingin memasak makanan yang banyak dalam masa yang cepat.
Selain dari itu, kos penggunaan juga ada perbandingannya. Apabila bercerita tentang kos pula, sudah tentu, mana-mana produk yang baik akan mahal. Untuk menggunakan dapur aruhan, anda mesti membeli dan mendapatkan mangkuk jenis aruhan, periuk dan juga kuali untuk menggalakkan penghantaran elektromagnet dengan lebih cekap. Dari apa yang saya tahu, Penggunaan dapur elektrik ini boleh disifatkan sebagai susah payah kerana ia tidak sesuai untuk memasak makanan dalam kuantiti yang sedikit kerana dapur elektrik tidak dapat mengesan kuali kecil yang diletakkan di atasnya. Malahan, ia tidak memerlukan penggunaan periuk tertentu, tidak seperti dapur gas standard, dan kawalan penggunaannya lebih terbuka.
Jadi dengan itu, selesailah sudah saya menceritakan tentang perbezaan dapur gas dan dapur elektrik. Jikalau anda, anda memilih yang mana? Itu semua ditangan anda.
Tidak semua di antara kita bernasib baik apabila baru berkahwin tetapi telah mempunyai sebuah rumah besar lengkap dengan perabot dan sebagainya. Kebanyakan daripada pasangan baru berkahwin bermula dengan kosong dan berdikit-dikit menyediakan kelengkapan rumah untuk keselesaan keluarga. Ada yang mengambil masa bertahun dan ada pula yang bijak merancang lalu mereka berjaya menghias kediaman dengan kos yang rendah tetapi cantik.
Ini yang dilakukan oleh Jazlan Nangar iaitu seorang jurugambar profesional. Beliau dan isteri mengumpul barang dekorasi sedikit demi sedikit dan kebanyakannya dibeli dengan harga yang berpatutan. Caranya adalah rajin survey kedai-kedai barangan dekorasi dan ada juga yang dibeli di Ikea (as-is). Paling unik kayu palet yang disusun menjadi rak tv. Kreatif dan yang penting bijak jimat kos.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Barangan elektronik seperti peti sejuk ini walaupun sudah lama digunakan dalam satu jangka tempoh masa yang lama, ia masih boleh berfungsi dengan baik jika...