Tidak perlu menyalahkan ruang dapur yang terhad dek kerana keadaan dapur yang tidak kemas dan berantakan. Jika anda seorang yang bijak, ruang yang mempunyai penstoran yang mencukupi mampu untuk tampil kemas, menarik dan praktikal. Namun, bagaimana untuk merealisasikannya? Ikuti beberapa tip yang kami ingin kongsikan dalam membantu menguruskan ruang dapur anda dengan baik.
1. Ketahui kedudukan jarak tempat anda memasak dan menyediakan makanan. Barangan yang sentiasa digunakan untuk penyediaan makanan harus diletakkan berhampiran. Ia akan memudahkan penyimpanan, selain memberi keselesaan buat anda tanpa perlu bergerak jauh.
2. Di manakah anda boleh mencari ruang penyimpanan tambahan? Cari semua ruang-ruang yang tersembunyi seperti di atas almari dinding dan belakang pintu kabinet.
3.Mana-mana peralatan untuk membuat biskut atau kek yang hanya digunakan sekali-sekala boleh disimpan di satu tempat seperti di dalam laci. Ia bukan sahaja memudahkan anda mencari barangan tersebut malah lebih kemas.
Ads
4.Penyimpanan seperti pinggan atau mangkuk tambahan boleh disusun secara bertindihdi dalam laci yang di buat khas. Ia menjimatkan ruang yang terhad.
5.Bekas penyimpanan harus disusun mengikut saiz yang betuluntuk disesuaikan dengan peralatan dapur. Ia akan memberi lebih paparan menarik dan praktikal untuk digunakan.
Ads
6.Ruang hadapan atau mungkin juga belakang pintu jangan dipandang kosong. Ia boleh digunakan untuk tujuan menyangkut apron atau tuala tangan.
7.Sudu dan garpu diletakkan pada satu bekas di dalam laci.
8.Barang-barang yang kerap digunakan andai tidak ada lagi ruang di dalam kabinet sebaiknya di gantung sahaja pada bahagian dinding.Bina sebuah atau para untuk meletakkan barangan dapur dengan kemas.
Ads
9.Bakul rotanmenjadi suatu daya tarikan apabila diletakkan di ruang dapur. Ia menjadi pilihan selain laci yang sedia ada.
10.Simpan makanan dalam bekas pelbagai saiz mampu menjimatkan ruang di dapur. Dengan pelbagai corak dan warna menjadikan ruang penstoran lebih ceria. Selain itu, ia juga praktikal dan selamat untuk digunakan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ada tak di kalangan anda yang mengalami masalah untuk menghilangkan kesan hangus pada permukaan besi seterika? Kalau ada, memang stres dibuatnya. Betul tak?
Tetapi, kini anda tidak perlu lagi bimbang kerana ada beberapa tip mudah yang boleh anda lakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan hanya menggunakan beberapa bahan.
Jadi, mari kita lihat bahan yang boleh anda guna untuk menghilangkan kesan hangus pada permukaan besi seterika semudah ABC!
1.Panadol Soluble
Bahan pertama yang anda boleh gunakan adalah menggunakan ubat Panabol Solube seperti pada gambar yang tertera.
Apa yang cuma perlu lakukan adalah hidupkan seterika anda kemudian sapu sebiji ubat Panadol Soluble di atas kesan hangus pada permukaan besi seterika sehingga cair.
Kemudian, lapkan pada permukaan besi seterika anda dengan sehelai kain bersih dan hasilnya anda akan dapat lihat kesan hangus pada permukaan besi seterika berjaya dihilangkan.
2.Daun Pisang
Selain itu, pelepah daun pisang juga boleh membantu anda untuk menghilangkan kesan hangus pada permukaan besi seterika. Caranya, ambil beberapa keping pelepah daun pisang, kemudian gosokkan seterika yang telah dihidupkan ke atasnya dengan suhu sederhana panas.
3.Garam
Garam juga dipercayai berkesan untuk menghapuskan kesan hangus pada permukaan besi seterika anda. Caranya mudah sahaja, anda cuma perlu gosokkan permukaan besi seterika anda ke atas sekeping dulang yang ditabur dengan sekampit garam.
Ulang langkah ini beberapa kali dan hasilnya anda akan dapat lihat kesan hangus pada permukaan besi seterika berjaya dihilangkan sehingga bersih.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Throw cushion adalah aksesori penting yang mampu menaikkan seri ruang. Kini terdapat pelbagai bentuk dan corak kusyen tabur ini malah rambang mata apabila memilihnya di gedung-gedung dekorasi. IMPIANA bawakan tip bagaimana berguna untuk anda bagi memanjangkan hayat aksesori ini agar sentiasa kelihatan baru.
1.Elakkan merendam terlalu lama sarung kusyen kecil anda terutama yang bermanik dan berlabuci. Cucian kering lebih sesuai jika terdapat kotoran degil.
2.Pastikan kawasan laluan zip kusyen anda tidak berserabut dengan juraian benang atau fabrik. Ini bagi mengelakkan ia tersumbat dalam struktur kepala zip dan menyebabkan zip pecah.
3. Jangan lupa cungkil kekotoran di bahagian bucu jahitan. Adakala serat-serat halus berkumpul di kawasan situ.
4. Jika anda menggunakan fabrik baldu mahu pun manik penuh, lebih sesuai jika dihantar ke cucian kering bagi memastikan keadaannya kekal cantik.
5. Jika sarung kusyen anda menggunakan busa sebagai pelapik dalam dan perlu mencuci nya dengan cermat dan elakkan dalam muatan yang sangat banyak. Jika terdapat kekotoran, anda boleh menggunakan berus gigi lama untuk menyental.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Mesin basuh tak semestinya selalu digunakan untuk membasuh maksudnya ia sedia bersih. Ada bahagian-bahagian tersembunyi yang anda tidak perasan dah mula naik kulat atau lumut terutamanya pada bahagian tiub.
Ada sesetengah mesin basuh baju disediakan program untuk mencuci tiub atau dram. Namun itu bukanlah jaminan kepada kebersihan bahagian-bahagian yang tersembunyi. Ini kan pula bagi mesin basuh yang tiada option tersebut. Habis, macam mana nak cuci mesin basuh? takkan perlu tanggalkan setiap bahagian untuk mencuci?.
EH! tak perlu susah-susah. Kita ikut sahaja langkah yang telah disediakan oleh perkongsian sahabat kita di laman facebook. Radi apiz hanya guna dua bahan mudah sahaja untuk mencuci mesin basuhnya. Dan yang paling penting, tak perlu dibuka drum atau mana-mana bahagian. Lakukan seperti cucian baju bisa.
Sejak pakai mesin basuh baru, ni la pertama kali saya cuci. Setahun lebih jugak la saya beli mesin ni. Akhir-akhir ni bila cuci baju ada keping-kepingan habuk melekat pada baju. Jadi, saya google la cara-cara nak cuci mesin basuh. Pagi tadi saya try buat. Memang puas hati tengok keladak-keladak mesin tu keluar. Guna 2 bahan je iaitu cuka dan baking soda. Moga bermanfaat.
Bahan-bahan: 300ml Cuka
200gm Baking soda
Cara-cara:
1.Buka penapis ni dan cuci bersih. Kemudian pasang semula.
2. Masukkan baking soda di ruangan sabun. Kalau tak ada, boleh tabur terus dalam drum
3.Masukkan cuka di ruangan sabun. Campuran ini akan menghasilkan buih
4. Pilih program tube clean. Kalau yang tak ada boleh guna cucian biasa dan aras nya maximum
5. Biarkan proses berlangsung seperti biasa
6.Keladak dari dinding drum atau tube mula kelihatan
7.Lakukan beberapa kali bilasan sehingga semua keladak terperangkap di dalam penapis dan buangkanya
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!