Bidang agro di malaysia kini dah pelbagai. Bukan sekadar tertumpu kepada penghasilan semata-mata. Nak katakan baru, tak lah baru tapi pelancongan di dalam bidang agro kini semakin mendapat tempat dan dipandang sebagai peluang keemasan yang wajib di terokai. Hal ini memberi peluang kepada semua penggiat agro yang telah lama bertapak untuk menceburi bidang baru di dalam usaha mempelbagaikan perkhidmatan. Sehubungan dengan itu, Malaysia Tourism Council turut bekerja sama dengan pengiat industri pelancongan agro dalam mempromosi dan merancakkan lagi industri pelancongan Malaysia.
Turut tidak terkecuali MAEPS (Malaysia Agro Exposition Park Serdang) yang dulunya hanya di kenali sebagai pusat aktiviti dan acara terbesar Malaysia untuk industri agro. Mengembangkan lagi perkhidmatan, MAEPS melancarkan Maeps Agro Tourism Park dalam usaha memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai sendiri kemudahan dan aktiviti menarik yang terdapat Di dalam lot berkeluasan 130 hektar.
Anatara aktiviti yang menarik di MAeps Agro Tourism Park adalah seperti berikut
1. House of Kambing
Apa yang menarik di sini, anda boleh tengok sendiri kambing dan unta yang sangat manja di samping latar pemandangan segar. Bila dah penat, boleh lah isi perut dengan menu-menu berasaskan kambing. Antaranya adalah
NASI Kukus Kambing Bakar House of Kambing (RM10)
Grilled Kambing + nasi kukus + sambal belacan putik pauh+ Special recipe sos curry + sayur kobis yg ditanam belakang ladang kami !
House of kambing dibuka pada 11pagi-9malam (isnin-khamis) dan 11pagi hingga 6 petang (sabtu dan ahad)
sumber: House of Kambing
2. Laman Herba
Lokai herba yang paling menarik untuk mendidik dan menimba ilmu. Terdapat pelbagai jenis herba sama ada untuk tujuan masakan mahupun kesihatan yang terdapat di laman ini. Kemuncak aktiviti kepada tempat ini ialah sedut madu kelulut terus dari sarangnya. Terdapat beberapa buah koloni kelulut yang boleh dilihat. Kelulut ini pula, walaupun jenis nya sama. Ia menghasilkan 2 madu yang berbeza. Kandungan madu kelulut bergantung kepada jenis makanannya.
Ads
3. Laman padi
Bagi anda yang ingin memperkenalkan kepada anak-anak anda bentuk atau rupa sebenar pokok beras, inilah tempat yang terbaik. Terdapat beberapa lot padi yang ditanam secara bergilir-gilir. Disamping itu juga, kalau ada rezeki anda boleh lihat proses menjadi beras dari padi. Terdapat juga galeri padi yang mempamerkan informasi berkaitan dengan padi seperti spesies-spesies padi, teknik menanam & menuai, jenis-jenis peralatan dan sebagainya.
Ads
Kalau perut dah berkeroncong, laman padi ada sediakan menu nasi bendeng pada harga RM 45 setiap set untuk 2-3 orang. Menu sangat sedap dan menarik. makan pula di bendang, sudah pasti satu pengalaman yang baru buat anda.
4. Laman perikanan
Laman perikanan terletak bersebelahan dengan laman padi. Selain nada boleh melawat galeri ikan hisana dan air tawar, terdapat satay tuna yang di jual di House of Tuna. Dalam tempoh sebulan sekali, Laman Perikanan akan mengadakan jualan ikan segar.
5. Laman Nanas
Terdapat pelbagai jenis nanas yang di tanam di laman nanas untuk tujuan pameran. Terbaru Nanas MD2 baka yang dikeluarkan oleh mardi yang sangat manis dan tak akan lidas walaupun anda makan satu ladang. Selain dapat menikmati buah nanas yang segar, terdapat aktiviti lain yang boleh dilakukan disini adalah memproses biskut nanas
sumber: MAEPS Agro Tourism Park
6. G2G Animal Garden
G2G Animal garden merupakan sebuah petting zoo yang baru dibuka akhir tahun 2017. Anda akan diberi peluang bermesra dengan haiwan eksotik seperti Bearded Dragon, Macau Parrot, Ayam Serama, Gerbills, Racoon, British Shorthair Cats dan sebagainya. Paling menarik aktiviti di sini adalah memberi makan dan menyusukan kambing
Ads
Sumber: GrG Animal garden
7.Techno Cafe
Bagi peminat kambing, Techno Cafe yang terletak bersebelahan dengan G2G Animal garden ada menyediakan menu kambing panggang Wajib cuba
8. Nafas Cube
Sehari suntuk nak teroka Maeps Agro Tourism Park ni memang tak cukup. Setiap tempat pasti menghiburkan dan membuatkan anda lupa waktu yang berjalan. Kalau tak semapt nak teroka satu hari, apa kata anda menginap ci Nafas Cube. terdapat beberapa jenis penginapan yang disediakan termasuklah hotel tube dan kabin. Sesuai untuk anda yang datang sorang, berpasangan mahupun keluarga. Hotel yang menghadap tasik ni, sudah pasti membuatkan anda lebih ceria setelah menghirup udara yang segar
9. Kafe MAEPS
Terletak berhampiran dengan Nafas Cube, Cafe MAEPS ni menyediakan makanan pagi hingga tengah hari. Bagi yang menginap di Nafas cube, kalau pagi-pagi perut dah berkeroncong tue boleh lah ke kafe ni. Antara menu yang paling menarik adalah gulai kambing
10. MAEPS Bistro
Terbaru, MAEPS Bistro yang terletak sebaris dengan pavilion dibuka semula. Terdapat pelbagai menu menarik untuk santapan malam anda
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Gua Kelam Chalet, Perlis, lokasi percutian eksklusif dengan ‘nafas’ dekorasi Inggeris moden. Bagi warga kota yang mahu lari daripada hiruk-pikuk bandar, bercuti di kawasan berbukit-bukau boleh membuatkan jiwa kembali tenang.
Gua Kelam Chalet yang terletak di Kaki Bukit, Perlis di kelilngi dengan ladang pokok getah seluas 8,500 meter persegi. Walaupun agak tersorok dari jalan utama, lokasi penginapan serba eksklusif itu pantas mencuri perhatian orang ramai walaupun baru dibuka sejak Jun tahun lalu.
Dengan aura suasana kedesaan, chalet berkenaan merupakan salah satu pilihan lokasi percutian terbaik. Berlatar belakangkan Bukit Gua Kelam, ia juga membuatkan pengunjung terpanggil untuk lebih berlama-lama di situ.
Pada waktu pagi, puncak bukit diselumuti kabus. Suhu sejuk dan berangin juga akan membuatkan rehat dan tidur lebih lena. Chalet ini juga dilengkapi dengan infrastruktur seperti bilik karaoke, permainan snuker dan pingpong.
Lokasi ke Gua Kelam pula hanya mengambil masa lima minit dari chalet. Tersedia 17 unit kamar dengan empat desain iaitu Junior Suite, Presidential Suite dan Family Suite yang masing-masing boleh memuatkan dua hingga empat orang.
Bilik tersebut lengkap dekorasi stail Inggeris moden dengan konsep minimalis. Tingkap yang luas menampakkan keindahan alam semula jadi. Tersedia juga sebuah big house (rumah besar) yang mana bahagian bawah menempatkan ruang libur yang luas. Di tingkat atas pula, terdapat empat buah lagi bilik jenis standard, deluxe dan superior.
Hotel biasanya menjadi penginapan sementara ketika bercuti bersama ahli keluarga. Namun demikian, sebuah famili terdiri daripada lapan orang ahli keluarga di China yang mengamalkan pilihan gaya hidup yang tidak konvensional menjadi buah mulut pengguna media sosial.
South China Morning Post melaporkan kesemua mereka menginap di hotel mewah sejak 229 hari lalu dan ‘lebih selesa’ dengan keadaan seperti itu.
“Kos penginapan di hotel di bandar Nayang itu dianggarkan berjumlah 1,000 yuan (RM653) sehari. Mereka berkongsi di sebuah bilik suite yang dilengkapi ruang tamu dan dua bilik berkembar.
“Keluarga itu juga tidak perlu membayar caj tambahan untuk bekalan elektrik, air, parkir atau sistem pemanas memandangkan ia terkandung dalam pakej bilik tersebut.
“Famli tersebut merancang untuk meneruskan gaya hidup mewah seperti itu untuk tempoh sepanjang hidup mereka,” jelas laporan berkenaan lagi.
Kadar Sewa Istimewa Tempoh Panjang
Kisah unik mereka mula mendapat perhatian warganet setelah sebuah rakaman video dikongsikan di media sosial oleh salah seorang ahli keluarga itu yang dikenali sebagai Mu Xue.
Menurutnya, pihak hotel juga memberikan kadar istimewa untuk sewa bagi tempoh jangka panjang.
“Saya tidak pernah terfikir gaya hidup seperti ini dapat membantu untuk menyimpan wang. Ia menjadikan segala-galanya lebih mudah dan kami gembira untuk tinggal di hotel untuk selama-lamanya,” jelasnya kepada Star Video.
Pengakuannya bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial dan ada yang berpendapat ia agak tidak masuk akal.
Platform maklumat hartanah, Anjuke menunjukkan purata sewa untuk sebuah apartment dilengkapi dua bilik di Shanghai boleh mencecah sehingga 20,000 yuan (RM13,066) sebulan dan tidak termasuk utiliti sedangkan tinggal di hotel hanya menelan kos 30,000 yuan (RM19,600) sebulan yang meliputi bayaran segala kemudahan yang disediakan.
IMPIANA: Bila dikira segala aspek tak perlu membayar bil tambahan, ia memang lebih menjimatkan.Namun keputusan bergantung kepada gaya hidup dan pilihan masing-masing.
Istana Syarqiyyah yang tersergam indah dibumi Terengganu ini telah mula dibina sejak tahun 2006 lagi. Syarqiyyah yang membawa maksud ‘Permata Timur’ telah pun siap dibina sepenuhnya pada tahun 2014 oleh arkitek Bill Bensley. Beliau pernah disenaraikan sebagai salah seorang arkitek dan pereka top oleh majalah Architectural Digest.
Menurut Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Datuk Shafii Mohamad, fasa pertama dan kedua pembinaan kompleks istana itu melibatkan kerja-kerja tanah, pembinaan tembok penahan, kolam, perparitan, paip, kabel, pejabat pentadbiran, balai istiadat, bangunan TNB, rumah pam serta kerja-kerja mekanikal dan elektrik. Fasa ketiga dan keempat pula melibatkan kerja-kerja tanah, balai istiadat, pejabat pengawal istana, surau, dewan, jalan, tempat letak kenderaan, balai Islam dan kediaman utama Istana Tuanku serta kerja-kerja hiasan dalaman dan sebagainya.
Istana yang terletak di Bukit Chendering, Kuala Terengganu ini merupakan istana utama baginda Sultan jadi tidak hairanlah jika segala majlis rasmi akan diadakan di istana berkenaan. Di dalam kawasan istana ini jugak terletak kediaman utama buat baginda Sultan bersama keluarganya. Selain mempunyai 100 buah bilik yang mempunyai rekabentuk yang berlainan setiap satunya, istana ini juga mempunyai sebuah banquet hall yang boleh menampung sehingga 1800 orang tetamu. Dan yang menariknya, dewan tersebut dibina tanpa kolum. Hebatnya!
Senibinanya jelas menggabungkan elemen tradisional Terengganu dan senibina islamik Alhambra di Sepanyol. Jubin seramik Morocco, warna biru kobalt dan pelbagai perhiasan antik diperbuat daripada gangsa telah diselia dengan teliti dan penuh berhati hati agar dapat merealisasikan impian Sultan Mizan Zainal Abidin dengan sempurna.
Banyak lagi gambar-gambar menarik yang sempat dirakamkan. Selamat menjamu mata!
Artikel ini diilhamkan daripada lawatan jurugambar Von Wong ke Istana Syarqiyyah di Terengganu pada tahun 2015. Bacaan lanjut di medium.com
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.