Setelah 10tahun mendiami rumah teres 20×65 ni, terasa ingin mengubah suai dalam ruang tamu dan makan agar nampak lebih ceria dan berwajah baru. Pemilik ini adalah seorang guru yang cukup gemar dalam mendekorasi kediaman.Transformasi ruang di dalam rumah ini telah dilakukan untuk memastikan suasana dalam rumah lebih selesa dan bermaya.
Pemilihan cat warna royal orange sebagai permisah ruang tamu dan ruang makan dapat memberikan satu mood yang baru pada ruang tersebut. Perubahan pada dinding dengan menampilkan accent wall pada ruang foyer dan ruang makan dapat memberikan impak 3D dan membuatkan ruang tersebut berubah dan memberikan kelainan dari sebelumnya.
Pemasangan lantai kayu laminate berwarna cerah membuatkan ruang dalam rumah ini nampak lebih luas dan selesa semasa memijak di dalam ruang rumah ini. Manakala pemilihan langsir dan kusyen berwarna jingga dapat disuai padankan dengan tona warna yang ingin ditampilkan pada kali ini. Dengan mengekalkan perabot-perabot lama dan ditambah dengan perabot baru dapat memberikan suasana baru yang lebih ringkas dan minimalis.
Padanan khat 3D pada dinding rumah dapat menaikkan lagi seri dinding, selain itu, pemilihan bahan untuk dekorasi daripada barangan lama dan antik dapat memberikan sedikit kelainan dan penambah seri kediaman rumah milik peribadi Cikgu Syukur ini. Bagi beliau, kediaman ini adalah ibarat terapi dalam gaya hidupnya seharian. Seorang yang berperwatakan ceria ini pasti inginkan kediaman yang cukup sempurna dan ceria sepanjang masa.
Ads
SEBELUM
SELEPAS
SEBELUM
Ads
SELEPAS
SEBELUM
Ads
SELEPAS
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Telur antara bahan masak paling mudah, cepat dan sedap. Tak ada telur, macam tak lengkap bahan dapur walaupunya hanya keperluan asas. Tapi, telur ni kebiasaanya seminggu je elok, lepastu dah mula kuning nya pecah bila masak.
Tapi, Yatie Eimra ada cara macam mana nak simpan telur supaya tahan lama dan macam mana nak kenalpasti telur yang kita beli tu masih baik untuk digunakan.
Pernah tak telur yang korang beli tu busuk/rosak sebelum tarikh luput? Saya selalu beli telur tanpa suntikan antibiotik (free antibiotics) atau telur ayam kampung. Yang saya perasan telur ni lagi cepat rosak berbanding telur ayam biasa sedangkan tarikh luput masih lama lagi.
Sebelum ni memang basuh telur bila nak guna je. Tapi sebab selalu sangat masalah telur rosak walaupun baru seminggu, sekarang ni memang wajib buat ujian rendam telur ayam dulu sebelum simpan Hampir tiap kali juga ada sebiji-2 telur yang dah separa terapung. Bila dah tahu mana telur yang lama, bolehlah guna/masak dulu. Cara ni juga sesuai untuk yang suka beli telur dalam kuantiti banyak tapi lambat habiskan tu
1. Basuh & bersihkan telur dari kotoran.
2. Sediakan bekas jernih (lebih tinggi dari paras telur). Isikan air paip. Masukkan 1 per 1 telur. Pastikan tak terlalu padat & masih ada ruang.
3. Perhatikan kedudukan telur dalam air.
Telur baru = tenggelam dengan posisi melintang
Telur >1 minggu = tenggelam dengan posisi sedikit condong
Telur 2-3 minggu = tenggelam dengan posisi tegak (bahagian runcing di bawah)
Telur lama = separa terapung
Telur rosak = terapung sepenuhnya.
*sebelum ni saya cuba simpan seminggu lagi telur ayam yang tenggelam dengan posisi tegak, tapi bila direndam telur ni tenggelam condong pulak. Makin lama barulah akan jadi separa terapung. Agak susah nak bezakan samada telur yang tenggelam condong ni lebih dari 1 minggu atau lebih dari 3 minggu. (saya habiskan yang terapung & condong ni dulu)
*telur terapung sebab banyak kandungan udara tapi tak semestinya dah rosak. Pada peringkat ni, isi telur semakin cair tapi ada yang masih boleh dimakan. Kalau goncang & cair tu.. Terus je pecahkan dalam bekas. Kalau nasib baik, boleh dimakan lagi.. Yang dah busuk tu, ke sinki aje lah jawabnye..
Telur ni sebaiknya yang nak disimpan tak perlu dibasuh sebab kat kulit telur ada 1 lapisan pelindung (kutikel). Kutikel ni fungsi dia melindungi pori halus pada kulit telur dari masuk udara & bakteria.
Tapi bila telur ayam dah dibasuh, kutikel akan hilang & pori² halus akan terdedah sebabkan telur tak boleh tahan lama. Telur perlu disimpan dalam fridge dalam bekas khas untuk telur atau bekas bertutup supaya tak serap lebih banyak udara/bau²an lain.
1. Asingkan telur ayam yang telah dibasuh ikut tahap kesegaran. Tos kering. Gunakan tisu dapur/kain supaya cepat serap air.
2. Bila dah kering, susun telur yang lebih segar dalam bekas bertutup yang dah ditabur dengan beras sikit. Beras ni berfungsi serap segala lembapan/wap air yang terbentuk dalam bekas. Boleh gunakan beras yang sama untuk telur yang berikutnya. Tapi dalam beberapa bulan, perlu tukar beras baru bila beras dah mula berkulat.
3. Untuk lapisan ke-2, susun telur yang lebih lama (supaya guna telur lama dulu). Gunakan tisu dapur atau kain sebagai alas untuk elakkan telur ayam retak/pecah.
4. Tulis tarikh expired/best before (BB) pada bekas supaya tak lupa.
*Gambar telur ayam sebiji tu, dah 2 minggu lepas tarikh luput. Saya sengaja simpan untuk tunjuk telur ni masih elok. Biasanya 2 minggu sebelum tarikh luput lagi dah rosak. Semenjak simpan cara ni, dah tak pernah buang telur lagi.
*Cara ni sesuai untuk mereka yang selalu alami masalah telur rosak
sebelum tarikh luput & beli telur banyak tapi lambat habiskan. Kalau yang dah memang confirm habiskan, baik simpan macam biasa je. Boleh juga guna cara ni untuk simpan balance telur yang tarikh expirednya tinggal lagi seminggu untuk panjangkan jangka hayat & supaya rasa telur tak terjejas
*Saya bukan nak galakkan simpan telur lama², tapi sekarang ni nak elakkan telur rosak sebelum tarikh luput & nak elak pembaziran. Harap maklum ye.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Dapur yang sempurna mengikut keperluan dan kegunaan masing-masing sudah tentunya menjadi idaman setiap pemilik rumah. Selain kelengkapan serta perkakas lengkap, sesebuah dapur juga akan lebih menarik dengan adanya sebuah kaunter pulau ataupun dalam bahasa inggerisnya, kitchen island.
Bukan sahaja cantik semata, kaunter pulau juga dapat menjadi ruang tambahan bagi membuat kerja penyediaan hidangan. Praktikal dan mempunyai nilai estetik yang tersendiri, kini lebih ramai orang ingin memiliki kaunter pulau didapur mereka. Tetapi malangnya, tidak semua keluasan dapur dapat menampung kaunter built-in atau tempah khas (custom-made). Selaini tu, bajet yang terhad juga menjadi salah satu punca ramai yang terpaksa menguburkan niat untuk membina kaunter pulau sebagai aksesori tambahan di dapur mereka.
Lain pula bagi pasangan ini yang telah menggunakan kreativiti mereka bagi merealisasikan impian sang isteri. Dengan hanya 4 barang yang dibeli dari IKEA, dapur mereka telah tersergam indah dengan kehadiran kaunter pulau mini ini. Menurut Puan Yatt, kos yang dianggarkan sekitar RM300 itu dianggap amat berbaloi memandangkan dimensi kaunter tersebut hanyalah 86cm (t) x 92cm (p) x 53cm (l). Jom kita lihat transformasi dapur beliau!
Teringin nak ada kitchen island tapi dapur tak besar? Bajet pun tak banyak? Takpe, DIY sajee
Semua ni I buat sendiri and beli from Ikea. Total dalam RM300 jer. Murah kan?? Tinggi 86cm x panjang 92cm x lebar 53cm
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN DARI IKEA ;
Kitchen island ni impian setiap perempuan or isteri kot. So korang yg suami tu kalau tak tau nak bg hadiah ape untuk isteri, sediakan lah dia kitchen island ni. Makin rajin lah si isteri tu masak nnt. Tiap hari ada je resepi baru dia buat nnt
Bagi memastikan kaunter top kukuh dan tidak tertanggal, Puan Yatt menggunakan L Bracket kemudian di skru kan saja. Boleh dibeli di hardware berhampiran.
P/S ; Since island ni kita akan gunakan chopping board, sangatlah penting ya utk kita ada treatment oil tu
tujuan dia untuk elakkan board tu cepat rosak or patah. Cara dia lap saje oil tu guna kain or tisu atleast sebulan sekali. Kalau hari2 guna so buat lah 2 minggu skali
Musim hujan kadangkala mendamaikan, dengan suhu yang dingin terasa menyejukkan. Namun terdapat beberapa hal dan urusan harian yang boleh terbantut akibat hujan. Selain perlu sentiasa bersedia dengan payung, hal lain yang akan terganggu akibat hujan adalah jemuran di luar rumah.
Bagi yang mempunyai mesin pengering di rumah, mungkin hal ini tidak menjadi masalah. Tetapi bagaimana pula untuk yang tiada? Bagaimana nak pastikan pakaian cepat kering?
TIP MENJEMUR PAKAIAN KETIKA HUJAN
Ketika hujan, basuhan akan lambat kering dan boleh membuat pakaian berbau hapak atau kepam. Disamping itu, keadaan yang lembab juga boleh menyebabkan timbulnya tahi lalat pada baju.
Jadi, jom kita semak 6 cara untuk menyidai pakaian ketika musim hujan agar permasalahan tadi tidak berlaku.
1.GUNAKAN PEWANGI/ PELEMBUT PAKAIAN KETIKA MENCUCI Ini adalah bagi memastikan baju tidak berbau busuk walaupun dalam keadaan lembab. Tuangkanlebih sedikit dari biasa, biar bau wangi ini melekat.
2.ASINGKAN PAKAIAN TEBAL DAN NIPIS Sudah tentu pakaian yang lebih tebal akan mengambil masa yang lebih lama untuk kering, jadi seeloknya asingkan siap siap supaya mudah untuk diuruskan.
3.KIBAS PAKAIAN SUPAYA TIDAK RENYUK DAN BERLIPAT Sejurus keluar dari mesin basuh, kibas pakaian sehelai demi sehelai. Ini bagi memastikan tiada bahagian yang terlipat. Kerana bahagian yang terlipat mungkin akan melambatkan proses pengeringan.
4.GUNAKAN PENYANGKUT BAJU/ HANGER Lebih mudah jika gunakan hanger. Kemudian jarakkan ruang antara jemuran agar aliran udara mudah masuk untuk mengeringkan setiap helai jemuran.
5.SIDAI DI TEMPAT TERBUKA Elakkan menyidai didalam tempat tertutup yang tiada aliran angin/ udara langsung. Kerana jika tiada aliran udara di tempat menyidai, basuhan akan lebih lambat kering.
6. MANFAATKAN KIPAS ANGIN
Tetapi jika tiada pilihan untuk tempat yang terbuka,boleh juga gunakan kipas angin sebagai alat membantu mengeringkan pakaian.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.