Sedar atau tidak, saiz atau keluasan memainkan peranan yang penting dalam pemilihan konsep dan susun atur sesebuah kediaman. Jika ruang yang sedia ada terhad, mungkin tidak banyak yang boleh dilakukan. Jadi pemilik perlu lebih kreatif dalam proses menghias agar kediaman masih selesa didiami.
Salah satu aksesori yang praktikal untuk kediaman ‘comel’ anda adalah pembahagi kawasan. Tanpa menggunakan banyak ruang, alat ini mampu menjadikan layout kediaman lebih teratur dan tersusun selain dapat memberikan privasi antara ruang.
Ads
Disini IMPIANA senaraikan 10 inspirasi pembahagi ruang yang praktikal dan jimat untuk kediaman anda semua. Selamat menghias!
Musim durian menjelang lagi. Tahun 2019 ni, Nampak gayanya musim durian menjadi tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Jika dulu durian harganya RM3-5/KG dan ada kalanya ia boleh menjadi susut sehingga 50sen untuk harga durian kampung, kini dengan langkah proaktif yang diambil oleh kerajaan memasarkan durian ke peringkat antara bangsa merubah landskap industri pertanian Malaysia secara mejor. Bukan sahaja di import ke luar negara, tuaian durian Malaysia turut menjadi salah satu tarikkan industri pelancongan.
Artikel berkaitan:
Dek sebeb permintaan durian yang tinggi, ada antara pemilik kebun atau dusun telah mengambil langkah menukar tanaman yang kurang menguntungkan kepada durian. Namun, durian memerlukan tempoh 3-5 tahun untuk mencapai usia matang dan berbuah. Namun, dengan beberapa amalan dan teknik tanaman tertentu, tempoh atau tahap matang pokok durian boleh di percepatkan. antara teknik yang di lakukan adalah cantuman tunas sama ada dari pokok dewasa yang tidak produktif atau cantuman anak benih. Di pasaran, cantuman anak benih di jual pada harga RM 15-25 bergantung kepada saiz. Bagi yang memerlukan dalam kuantiti yang banyak, apa kata kita buat cantuman sendiri.
Teknik Sambung Pucuk Durian Unggul Agar Cepat Berbuah.cara ini terbilang cukup mudah dan tinggkat keberhasilannya bisa mencapai 90% sudah saatnya kita membuat bibit sendiri tanpa harus membelinya lagi dari penjual bibit.
Kediaman adalah cerminan keperibadian kita, bagaimana segala susunan dekorasi, warna dan konsep yang kita pilih kebiasaannya melambangkan personaliti kita. Paling utama peletakan perabot perlu lah hadir dan berfungsi seperti yang kita inginkan. Bukan kecil atau besar sesebuah kediaman menjadi ukuran tetapi andai ia bersih, kemas dan cantik sudah semestinya membuat kita rasa tenang dan menyejukkan hati – home sweet home. Tidak kiralah rumah teres, rumah banglo mahupun rumah flat, setiap perincian yang kita pilih akan mempengaruhi mood keseluruhan rumah.
Bagi pemilik akaun FB Syuki Cuki, rumah flat tingkat 4 yang didiami bersama suaminya sejak bulan Mac 2018 ini merupakan kanvas untuk beliau berkarya. Kediaman berkeluasan 590 kaki persegi ini mempunyai 2 bilik tidur dan 1 bilik air yang telah di’transform’ dengan baik sekali. Ruang yang terhad tidak menghalang pemilik untuk megekspresikan personaliti mereka menerusi pemilihan warna cat serta susun atur perabot. Menurut tuan rumah lagi, anggaran kos keseluruhan renovasi rumah ini tidak lebih dari RM20k.
Kerana gemarkan corak geometrik abstrak, tuan rumah memilih untuk mengecat sendiri dinding rumah dengan hanya menggunakan cat dan masking tape. Walaupun penat, tapi dapat jimat banyak wang dan masa.
Saya memilih untuk buat corak pada dinding berbanding wallpaper kerana nak pasang wallpaper perlukan kesabaran yang tinggi. Sebenarnya kalau nak buat dinding bercorak abstrak macam ni, (penggunaan) cat warna sangat jimat . Bayangkan, untuk satu rumah saya cuma guna 5 liter cat berwarna dan selebihnya cat putih..jimat kan??
Jom kita sama-sama lihat transformasi mengagumkan rumah flat PKNS ini menjadi sebuah kediaman moden yang santai.
SEBELUM
SELEPAS
Menarik kan? Kalau ada yang mahu meniru gaya cat geometrik seperti ini, anda boleh klik pada pautan video di bawah untuk tutorial step-by-step. Selamat mencuba semua!
Ni contoh sahaja taw. Cara tampal tape bergantung pd corak n kreativiti uolsss k.
Melalui perkongsian idea oleh Puan Betty Ramli di Facebook, ruang dapur sempitnya diubah suai kerana berasa tidak selesa dengan barang dan peralatan yang terlalu banyak di dapur sambil memberikan nafas baharu buat ruang tersebut.
Menurutnya, dia mendiami rumah sewa ini dengan dapur berkeluasan 10 kaki x 8 kaki dan demi menjadikan impiannya untuk memiliki sebuah meja kaunter idaman, beliau banyak merujuk kepada pelan susun atur yang disediakan oleh IKEA.
Ia bermula dengan pembelian base table Metod dan dipadankan dengan counter top Ekbaken dan dilengkapi dengan Utrusta Shelf yang ketiga-tiganya berharga hanya RM546.90. Ini cuma kos pembelian sahaja kerana segala pemasangan di dapur rumahnya dipasang sendiri oleh suaminya yang juga merupakan seorang mekanik.
Idea ringkas tapi praktikal ini sesuai untuk anda yang mempunyai dapur sempit dengan bajet mampu milik. Selamat menghias!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Dalam kediaman moden hari ini, ruang hiburan bukan lagi sekadar sudut untuk menonton televisyen. Ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup, tempat keluarga berkumpul,...