Seronok tengok ramai yang menjadikan berkebun sebagai hobi. Walaupun sekangkang kera laman yang tersedia, tanaman keperluan atau hiasan tetap diusahakan. Lebih menarik, ramai yang sedar akan kebaikkan tanaman organik demi menjaga kesihatan. Lantaran, dalam memastikan hasil yang dituai terhindar dari sebarang bahan bertoksik dan kimia, penggunaan baja dan racun serangga turut dipastikan dari sumber yang tidak mengandungi bahan berjadual.
Tambahan, baja dan racun organik lebih berkesan dan harganya lebih murah berbanding yang mengandungi kimia. Sehubungan dengan itu, LAMAN Impiana himpunkan baja-baja dan hormon organik yang viral
1. Baja buah Redbull Harris Aziz
En. Harris telah menggunakan air Redbull sebagai salah satu ramuan untuk membuat baja penggalak buah untuk melebatkan pokok mulberry pakistannya atau long mulberry. Dengan teknik-teknik yang tertentu dan resepi baja Redbull, mulberry En. Harris menghasilkan buah lebih lebat dari daun. Nak tahu teknik tanaman mulberry pakistan yang dilakukan oleh En. Harris [klik sini]
2. Resepi baja Redbull untuk lebatkan lemon
Terdapat banyak jenis lemon yang ditanam di Malaysia antaranya Lemon belian, Lemon telur buaya dan pelbagai lagi. Yang nama lemon telur buaya tu sebab bentuknya yang lonjong dan besar. Ada juga yang nama nya lemon, tapi tidak berwarna kuning macam yang dijual di pasaraya.
Tapi, pokok lemon biasanya kedekut sikit untuk keluarkanbuah yang banyak. Jadi, untuk galakkan pokok lemon anda menghasilkan buah yang optimum, Boleh cuba guna semburan foliar yang dihasilkan sendiri menggunakan redbull. [Klik sini ] untuk dapatkan resepi redbull untuk galak lemon berbuah
3. Baja batang pisang jadikan buah oversize
Baja organik ini telah diamalkan oleh pekebun Thailand sejak dahulu lagi untuk mendapatkan hasil buah yang oversize. Lagi pun, untuk hasilkan baja buah oversize ini tidak memerlukan bahan yang rumit dan banyak. Berikut resepi untuk hasilkan baja buah oversize. untuk resepi lengkap [klik sini]
4. Baja kalfos tangani masalah buah dan bunga gugur
Tanaman anda kerap mengalami buah muda gugur secara tiba-tiba atau kudup bunga gugur? Tak ada pula nampak kesan serangan atau jangkitan penyakit. Nak katakan tak bagi baja, dah bagi. Mungkin terlebih baja. Ia menyebabkan pokok panas dan ada bahagian-bahagian tertentu seperti daun, buah dan bunga cepat gugur
Jika semuanya dalam keadaan normal, faktor lain yang boleh mengundang masalah ini adalah disebabkan oleh kurangnya kalsium dan kadar imuniti terhadap tanaman. Cara terbaik untuk memulihkan keadaan ini adalah dengan menggunakan baja kalfos. [Klik sini] untuk dapatkan resepi baja kalfos
5. Baja dari maman pasir untuk lebatkan daun
Orang kata , untuk dapatkan hasil atau buah yang banyak dan berkualiti daun pada pokok perlu sihat. Jadi, untuk memastikan kesihatan daun terjami ia memerlukan baja foliar atau lebih mudah kata baja yang tinggi Nitrogen.
Sekali lagi petani muda berjaya, Nur Amirul Nur Azmi berkongsi respi penghasilan baja organik yang tinggi dengan Nitrogen. [Klik sini] untuk artikel lengkap
6. Baja kulit pisang dan kulit telur nampak kesan dalam tempoh 4 hari
Secara umum, kulit pisang banyak mengandung karbohidrat, air, vitamin C, kalium, lutein, anti-oksidan, kalsium, vitamin B, lemak, protein, beragam vitamin B kompleks di antaranya vitamin B6, minyak nabati, serat, serotonin dan banyak lagi lainnya.
Kulit telur kering mengandung sekitar 95% kalsium karbonat dengan berat 5,5 gram. Kulit telur juga terdiri daripada 97% kalsium karbonat. Selain itu, rerata dari kulit telur mengandung 3% fosfor dan 3% terdiri atas magnesium, natrium, kalium, seng, mangan, besi, dan tembaga. Kandungan kalsium yang cukup besar berpotensi untuk dimanfaatkan sebagai pupuk organik bagi tanaman
Kedua-dua bahan mempunyai kandungan yang amat diperlukan oleh tanaman. Tambahan, baja kulit pisang dan kulit telur tidak memerlukan proses perapan. Ia boleh digunakan terus. Nak tahu cara hasilkan baja kulit pisang dan kulit telur [klik sini]
7. Baja belacan lebatkan buah cili padi
Pokok cili padi mudah diserang penyakit. Hal ini bakal menjejaskan hasil dan produktiviti cili padi. Untuk mengatasi masalah ini, imuniti pokok perlu diperkuatkan. Selain penggunaan racun serangga bersifat kimia, anda juga boleh membuat booster semulajadi untuk memperkuatkan imuniti pokok seawal usia anak pokok lagi. Untuk memperkuatkan daya tahan cili, boleh cuba resepi baja belacan ini [klik sini]
8. Baja chitosan kulit udang cegah masalah kulat
Antara ancaman atau penyakit yang agak sukar untuk di kawal adalah serangan kulat. Kebiasaannya punca serangan kulat ini berlaku adalah disebabkan kurangnya daya ketahanan diri sesuatu tanaman itu. Bila pokok atau tanaman tak kuat, jadi daya ketahanan melawan sebarang penyakit sangat kurang. sedar-sedar tanaman dah di peringkat kritikal.
Antara baja organik yang boleh digunakan untuk memperkuatkan daya tahan tanaman kepada sebarang jenis serangan penyakit adalah melalui penggunaan chitosan atau kitosan. Chitosan diperbuat daripada cangkerang hidupan laut atau dikenali dengan nama Crustaceans seperti kerang kerangan, udang dan ketam. Cara buatnya boleh [klik sini]
9. Baja yougurt suburkan tanah
Kebiasaanya kita dengar hanya kulit telur digunakan sebagai baja. Jarang sekali menggunakan keseluruhan telur temasuk isinya yang masih segar kan? Tetapi di Thailand, mereka menggunakan telur segar sebagai baja untuk memperkuatkan akar tanaman.
2 bahan utama yang digunakan iaitu telur dan yogurt punya peranan masing-masing. Umum tahu, telur kaya dengan kalsium dan ia antara nutrien terpenting yang diperlukan dalam tumbesaran tanaman terutamanya dari jenis sayuran dan buah-buahan. Manakala yogurt mempertingkatkan jumlah mikro di dalam tanah. Untuk cara hasilkan baja dari yougurt [klik sini]
10. Baja rempah dan herba elak serangan serangga pada cili
Pokok cili memang mudah untuk ditanam, tapi ia juga mudah untuk dijangkiti penyakit dan menjadi sasaran perosak. Sebab itu, pokok cili memerlukan penjagaan yang rapi dan terperinci untuk memastikan penghasilannya yang berkualiti.
Buah cili juga tidak terkecuali daripada dijangkiti penyakit dan serangan perosak. Oleh itu bagi mengatasi masalah dan ancaman serangga perosak, racun serangga perlu digunakan sebaiknya setiap hari. Resepi baja cili tersebut [klik sini]
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI