Antara ancaman atau penyakit yang agak sukar untuk di kawal adalah serangan kulat. Kebiasaannya punca serangan kulat ini berlaku adalah disebabkan kurangnya daya ketahanan diri sesuatu tanaman itu. Bila pokok atau tanaman tak kuat, jadi daya ketahanan melawan sebarang penyakit sangat kurang. sedar-sedar tanaman dah di peringkat kritikal.

Antara baja organik yang boleh digunakan untuk memperkuatkan daya tahan tanaman kepada sebarang jenis serangan penyakit adalah melalui penggunaan chitosan atau kitosan. Chitosan diperbuat daripada cangkerang hidupan laut atau dikenali dengan nama Crustaceans seperti kerang kerangan, udang dan ketam.

Tahukah kita crustaceans juga sebenarnya amat baik sebagai sistem pembajaan tanaman di kebun kita? Suri rumah dan para penggemar makanan laut jom kita mula menyimpan lebihan kulit crustaceans dan proses sendiri untuk jadikan ia baja Chitosan.

Khasiat kulit  crustaceans atau Chitosan 

1. Kulit udang, ketam dan kerang kerangan mempunyai sejenis zat yang dikenali sebagai Chitosan / Chitin.

2. Chitosan atau chitin ini memberikan banyak kebaikan kepada tanaman kita. Antara manfaat chitosan kepada tanaman kita ialah ianya boleh dikatakan baja semulajadi kerana tumbuhan menyerap zat nutrien tanpa unsur baja kimia yang lain.

3. Chitosan digemari oleh organisma organisma baik di dalam tanah seperti cacing dan bakteria.

IKLAN

4. Tanaman disifatkan lebih kuat melawan jangkitan fungus dan membolehkan pokok hidup lebih subur kerana kadar pertumbuhan pokok lebih positif.

5. Baja chitosan ialah baja semulajadi yang amat mudah untuk disediakan. Caranya ialah, kulit udang atau ketam dan kerang hanya perlu direbus dan air rebusan boleh disejukkan dan disiram ke tanaman. Kulit yang direbus boleh dijemur dan ditumbuk atau dikisar dan bolehlah ditaburkan ke tanaman kita.


Untuk penghasilan Chitosan menggunakan kulit udang, menurut The gartner ia memerlukan canpuan Natrium Hidroksida. Namun, bahan ini agak rumit. Jadi sebagai langkah mudah, The Gartner guna apa sahaja bahan yang ada.

 

IKLAN

Chitosan The Gartner 

1. Mula-mula sekali The Gartner kumpul kulit udang yang telah dikupas dan kemudiannya rebus sampai semuanya bertukar menjadi merah.

2. Pastikan air dimasukkan secukupnya sehingga menenggelami kesemuanya.

3. Apabila telah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk.

IKLAN

4. Tapis dan ambil air rebusan kulit udang dan masukkan dalam botol.

5. Air rebusan ini boleh diguna untuk disiram pada pokok tetapi perlu dicairkan terlebih dahulu.

6. Keringkan kulit yang telah direbus sehingga ia bertukar menjadi rapuh.

7. Kulit yang telah kering dikisar sehingga halus dan disimpan dalam bekas yang kering.

8. Untuk menggunakannya, tabur secubit – 1 tsp pada pangkal pokok.

Baja Chitosan Dari Kulit Udang Jadikan Tanaman Immun Serangan Kulat

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI