Ramai di antara kita yang ada ketika nya diserang penyakit ringan seperti demam, batuk, sakit perut dan sebagainya. Tahukah anda nenek moyang kita dahulu hanya menggunakan bahan-bahan di dapur untuk merawat penyakit ringan. IMPIANA bawakan 10 herba dan rempah mudah jumpa di rumah yang boleh anda amalkan seisi keluarga.
Rosemary
Sesuai untuk melegakan batuk. Daun rosmary segar mempunyai kandungan eycalyptol dan tannin yang berkualiti di mana ia dapat membantu melegakan radang paru-paru dan tekak.
Mint
40% keradangan perut dapat di kurangkan apabila beberapa helai daun mint di kunyah secara segar.
Oregano
Ambil dua sudu teh serbuk daun oregano untuk mengurangkan senggugut. Oregano mempunyai thymol dan carvacrol yang membantu mengurangkan kekejangan dan merehatkan otot rahim
IKLAN
Serbuk kari
Serbuk kari mengandungi curcumin di mana ia membantu mencegah badan dari menghasilkan Prostaglandin E2 yang boleh menyebabkan keradangan sendi
Dill
Kandungan limonene yang terdapat di dalam dill dapat membantu membunuh bakteria yang boleh mengancam kesihatan seperti E. Coli.
IKLAN
Ketumbar
Daun ketumbar mampu mengurangkan masalah kekembungan setiap kali selepas anda menikmati makanan. Selain itu juga, bahan semula jadi diuretik yang terdapat pada daun tersebut berupaya menghalang garam dari terus diserap badan.
Halia
Mengalami masalah loya? Halia adalah penyelesaiannya. Halia mampu melegakan sistem penghadaman .
IKLAN
Buah pelaga
Herba aromatik ini dapat membantu merangsang metabolisma badan dan meningkatkan keupayaan badan untuk membakar lemak
Kayu manis
Kayu manis berupaya membantu meningkatkan kadar metabolisma badan dan secara tidak langsung ia boleh mengawal kadar gula dalam darah.
Cengkih
Cengkih mengandungi anti oksida yang tinggi. Ia kerap digunakan sebagai bahan untuk membuat ubat tahan sakit dan ubat gigi.
Seringkali warga bandar mengeluh macam mana nak bercucuk tanam kalau ruang yang ada pun sempit dan muat-muat untuk keperluan keluarga saja. Sebenarnya ada banyak cara yang sesuai cuma mungkin mindset kita dah terbiasa kalau nak tanam pokok mestilah di atas tanah. Dengan panduan daripada Jabatan Pertanian ini, mereka yang tinggal di flat, apartment, rumah teres lot tengah dan sebagainya boleh amalkan menanam sayur cara ini. Mudah dan dapat memberi manfaat buat keluarga kita.
1. EDIBLE GARDEN
Kebun edible adalah satu konsep yang menggabungkan penanaman antara tanaman edible atau tanaman yang selamat dimakan dan tanaman hiasan mengikut nisbah 70:30 iaitu 70% tanaman makanan dan 30% tanaman hiasan. Gabungan ini, selain menjadikan persekitaran kelihatan menarik, ia juga boleh menjadi sumber makanan segar, berkhasiat dan selamat dimakan.
Tanaman edible yang dipilih dan ditanam seharusnya dapat menampung secukupnya untuk satu hidangan dan tanaman hiasan pula berfungsi sebagai agen biologi kawalan serangga perosak. Kebiasaannya jenis tanaman yang boleh ditanam adalah sayuran jenis daun seperti sawi, pak choi, kangkung, bayam dan jenis sayur buah seperti cili, terung, bendi, peria. Tanaman herba seperti serai, kunyit, kari, pandan dan pokok limau sesuai ditanam kerana ia adalah tanaman yang lasak dengan penyelenggaraan yang mudah.
2. Penanaman dalam Bekas/ Pasu
Bagi kawasan rumah kediaman yang mempunyai ruang persekitaran yang agak sempit seperti rumah pangsa atau flat, penanaman sayuran dan herba sesuai di tanam di dalam pasu, bekas terpakai atau polibeg. Selain mudah dari segi penyelenggaraan tanaman seperti menggembur media, membaja, merumpai dan menyiram, penanaman dalam pasu juga menghasilkan keseragaman reka bentuk di halaman rumah yang sempit.
Terdapat pelbagai jenis pasu yang berbeza dari segi bentuk dan saiz yang ada dijual di pasaran. Pemilihan jenis tanaman yang sesuai ditanam di dalam pasu adalah bergantung kepada saiz pasu. Jenis tanaman sayur-sayuran yang sesuai ditanam di dalam pasu bersaiz sederhana kecil (±10”x10”) adalah dari jenis akar serabut, semusim, tidak menjalar dan ketinggian pokok di bawah 1 meter.
Kebiasaan sayuran jenis daun yang ditanam di dalam pasu adalah seperti sawi, pak choi, kangkung, bayam, salad, kuchai manakala kailan dan jenis sayur buah seperti cili, terung dan bendi.
Bagi tanaman herba yang sesuai ditanam di dalam pasu adalah seperti kunyit, kari, pandan, lidah buaya, rosemary, kesum, pegaga, stevia dan pokok limau. Walau bagaimanapun, penuaian yang kerap perlu dibuat memandangkan tanaman ini mudah membiak.
3. Bekas Recycle
Konsep guna semula bahan terbuang/terpakai sesuai dipraktikkan di kediaman dengan menjadikan botol plastik, bekas air minuman, tong drum plastik, tin, bekas kaca, kain dll. sebagai bekas tanaman. Terdapat pelbagai ciptaan boleh dihasilkan dari bahan terbuang/terpakai seperti menara botol, mini aquaponik, bekas siraman dll. Tambahan lagi, dengan sedikit sentuhan kreativiti dalam inovasi ini boleh menjadi pendapatan sampingan kepada penduduk bandar.
Bahan buangan sisa dapur seperti sayur, buah, ikan dan ayam boleh diproses menjadi baja semula jadi dan sebagai bahan untuk kawalan serangga manakala bahan buangan makanan jika ditambahkan dengan tanah bermikrob boleh pula dijadikan baja kompos dan digunakan semula pada tanaman. Selain aktiviti ini dapat menjimatkan kos input pertanian, mengurangkan sisa buangan rumah, menjamin keselamatan dan kesihatan makanan itu sendiri malah dapat menggalakkan penduduk bandar untuk bersosial dan berkreativiti.
4. Vertical Farming
Penanaman vertical dihasilkan di atas permukaan yang menegak dengan cara pokok tumbuh di atas permukaan tersebut yang disokong oleh struktur tertentu dengan mengandungi medium tanaman mencukupi. Konsep ini sesuai untuk diaplikasikan di kawasan terhad dengan mengambil kira faktor seperti ruang, kesuaian tanaman, jenis medium tanaman dan tarikan graviti. Selain itu, penyiraman tanaman diberi secukupnya sahaja.
Jenis tanaman sayur-sayuran yang sesuai ditanam menggunakan konsep ini adalah dari jenis akar serabut, semusim, tidak menjalar, batang lembut dan ketinggian kurang dari 1 kaki. Kebiasaannya adalah sayuran jenis daun seperti sawi, pak choi, kangkung, bayam, salad dan kuchai.
Bagi tanaman herba yang sesuai adalah dari jenis akar serabut, merayap dan renek seperti rosemary, kesum, pegaga dan stevia.
5. Hidroponik
Selain penanaman terus ke tanah atau penanaman menggunakan pasu, beberapa teknologi dalam pertanian boleh diaplikasikan di kawasan kediaman yang sempit seperti teknologi mini fertigasi, Nutrient Film Technique (NFT) dan piskiponik. Teknologi fertigasi adalah satu kaedah penanaman dimana baja dalam bentuk larutan disalurkan melalui sistem pengairan, manakala NFT adalah teknik hidroponik (tanaman sayur-sayuran tanpa tanah) di mana baja dalam bentuk larutan dialirkan melalui satu kitaran saluran bersambung dan piskiponik adalah kombinasi aktiviti akuakultur (ternakan ikan dalam kurungan) dan hidroponik. Dengan sedikit pengubahsuaian, semua teknologi ini boleh diaplikasikan di kawasan kediaman yang terhad, sempit dan tiada tanah untuk bertani.
Jenis tanaman sayur-sayuran yang sesuai ditanam menggunakan teknologi NFT dan piskiponik adalah dari jenis akar serabut, semusim, tidak menjalar, batang lembut dan ketinggian kurang dari 1 kaki. Kebiasaannya adalah sayuran jenis daun yang ditanam seperti sawi, pak choi, kangkung, bayam, salad dan kuchai.
Tanaman herba bukan sahaja baik untuk kesihatan dan dapat menghalau nyamuk, tetapi ia juga dapat mengelakkan kehadiran serangga perosak yang mengganggu tumbesaran tanaman anda. Ini kerana kandungan bahan kimia yang terdapat pada tumbuhan ini mampu menghalau serangga perosak daripada singgah ke taman anda. Elak guna racun serangga, ayuh tanam tumbuhan ini!
Allium tuberosum dikenali sebagai kucai adalah tanaman herba yang paling mudah ditanam. Ia boleh hidup dalam tanah yang dipenuhi kompos dan bahan organik. Menghasilkan bunga berwarna putih, ia boleh hidup di bawah matahari penuh atau redup. Bahan kimia yang terkandung pada kucai dapat menghalang kehadiran afid dan kumbang di taman anda.
2. Mentha spicata atau pudina hidup di dalam tanah lembap. Ia biasa ditanam di dalam pasu atau batasan. Kelebihan pudina bukan sahaja bersifat edible, ia juga dapat menghalang kehadiran serangga seperti lalat putih yang memakan bahagian bawah daun, serangga, semut dan pepijat.
3. Petunia spp. Selain daripada tanaman herba, tanaman hiasan juga mempunyai keupayaan sebagai agen penghalau serangga perosak. Petunia adalah musuh kepada kumbang tanduk, pepijat, belalang dan cacing.
Amaranth spinosus atau Bayam Duri adalah spesies Amaranthus yang sesuai ditanam di halaman rumah untuk menghalau sejenis ulat berbentuk seakan-akan ulat beluncas.
4. Cosmos cosdatus atau Ulam Raja merupakan musuh ketat kepada kupu-kupu. Bahaya kupu-kupu yang meninggalkan larva di bawah daun boleh melemahkan tanaman. Ulam Raja juga dapat menghalang serangan lipas di kediaman anda.
5. Coriandrum sativum atau lebih dikenali sebagai ketumbar, tumbuhan ini merupakan satu kemestian di dapur. Kebaikan padanya bukan sahaja menyedapkan makanan, ia juga dapat menghalau kumbang, afid dan hama yang disebut sebagai spider mite.
Bunga kertas antara tanaman yang paling tak cerewet. Ia antra tanaman yang juga di kategorikan sebagai “less maintanance”. Jadi, bagi anda yang suka bertaman tapi tak ada masa untuk menyelenggara, ini adalah tanaman yang paing sesuai.
Namun, adakalanya ramai yang mengalami masalah bunga ketas yang di beli dari nurseri tidak berapa menjadi. Pokoknya meninggi dan tidak bercabang banyak. Bila tidak bercabang banyak, sudah pasti bunganya pun tak banyak. Sebab itu, ramai yang ambil keputusan untuk beli yang sedia matang.
Namun sudah pasti apabila pokok yang sudah matang dan cantik, harganya pun boleh tahan. Sebenarnya, untuk dapatkan hasil pokok bunga kertas yang merimbun, ia perlu dilatih dari peringkat anak lagi. Jadi, tak perlu lah khuatir beli pokok bunga kertas yang murah dan bersaiz kecil. Nano Nursery tunjukkan cara mudah untuk latih pokok bunga kertas anda merimbun dan berbunga lebat
Sya tunjukan cara tanam bunga kertas yg rimbun boleh cuba kat rumah
1. Tanam dalam bag tanaman atau pasu yang susai. Saya gunakan tanah campur. nak gunakan tanah lain pun boleh. Tapi, pastikan pokok bunga kertas diletakkan di tempat yang mempunyai cahaya matahari penuh
2. Letakkan kayu atau buluh sebagai sokongan di bahagian tengah pasu dan lilit dahan pokok pada batang sokongan. Untuk pastikan lilitan stabil, boleh juga guna tali untuk mengikat tapi jangan terlalu ketat. Ikat di bahagian pangkal dan atas pokok dengan menggunakan dawai
3. Potong bahagian ranting yang sudah habis berbunga
4. lepas potong atau cantas ranting yang tidak diperlukan, letak baja.
P/S: Gunakan baja tinja ayam siap proses untuk tumbesaran poko. Campurkan baja tinja ayam tadi dengan baja bunga dengan nisbah 12:12
5. Lakukan siraman setelah pembajaan dilakukan untuk meamstikan baja dapat diserap tanah. Siraman perlu di lakukan setiap hari jika tidak hujan
6. Tunas baru akan keluar dan secara tidak langsung, ia dapat menggalakkan pertumbuhan bunga
Tengok, tunas baru banyak keluarkan. perlu rajin mencantas dan baja sekurang-kurangnya 2 minggu sekali . Ulangi proses yang sama setiap kali pokok selesai berbunga
Pada setiap ruang bahagian rumah ada fungsi dan keistimewaannya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi ruangan peribadi di bilik tidur yang merupakan tempat privasi bagi suami...