Cantiknya rumah bukan sekadar perabot yang ada. Mahal atau murah bukan ukuran dan nilai estetika sebuah ruang juga buka semata-mata kemasan yang luar biasa indahnya. Adakala kita terlupa, setelah selesai perabot disusun, ruang masih nampak sepi dan polos. Jadi apa yang masih kurang? Hiasan dinding!
Susunan gambar pada ruang juga sangat penting dalam menerbitkan sebuah tata hias yang menarik. Adakala tidak perlu gambar yang mahal atau pun lukisan yang kompleks. Sekadar secalit dakwat pun sudah memadai menjadikan ruang tampil sebagaimana yang dikehendaki.
Garisan yang lahir dari bentuk bingkai itulah yang memberikan estetika pada corak mahu pun susunan gambar anda. Susunan yang kreatif mampu memberi satu gerak reka yang luar biasa biar pun gambarnya biasa-biasa sahaja. Simple-simple je di IMPIANA
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Rekaan Dapur Perancis Beri Kelainan Dan Romantis
Kegemilangan dapur Eropah telah tersohor ke seluruh dunia. Mungkin ramai yang menyangka gaya Inggeris merupakan ilham rekaan yang cukup hebat. Sebenarnya sentuhan Perancis lebih berseni dan tampil romantis. Panel kabinet dibuat halus baik tema kedesaan Perancis mahu pun kediaman agamnya. Seperkara yang dapat kita lihat adalah perincian pada kabinetnya, bahagian serombong pemerangkap asap masakan dan kemasan lantainya yang adakala begitu berani buat sebuah dapur.
Jom kita cuci mata dengan ilham hebat dengan suasana romantis ini….siapa tahu anda jatuh hati dengan ilhamnya…Simple-simple je di IMPIANA
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Solusi Dinding Sendu, Hebatkannya Dengan Hiasan Wainscoating
Sudah banyak kita lihat idea pemasangan wainscoating di dalam dekorasi rumah. Ianya tidak terhad dalam apa jenis rumah, asalkan ianya menepati kesesuaian warna dan konsep kerana ada tema dekor yang tidak sesuai untuk dipadankan dengan wainscoating.
Oleh itu, IMPIANA ingin memberi pencerahan secara lebih mendalam bagaimana anda boleh tatarias dinding utama di rumah anda dengan wainscoating tetapi adalah lebih molek untuk kita ketahui serba sedikit apa itu wainscoating dari mana ianya datang dan mengapa teknik ini tidak lapuk ditelan zaman dan tidak lekang dek masa.
Sejarah ringkas
Secara amnya, wainscoating sudah lama digunakan dalam hiasan dalaman rumah sejak dari Kurun Ke 18 lagi. Ianya banyak diaplikasikan di negara Eropah seperti England, German, Perancis dan beberapa lagi negara di Eropah. Penataan seperti ini boleh didapati di istana pemerintah, rumah pentadbiran kerajaan dan sukar untuk ditemui di rumah golongan pertengahan pada masa itu. Pada hari ini, teknik panel dinding ini banyak digunakan di mana sahaja, tidak kira rumah mewah atau rumah golongan berpendapatan sederhana kerana konsepnya sentiasa hijau dan tidak nampak lapuk.
Lokasi strategik Wainscoat
Selalunya pemilik rumah dan pereka dalaman akan meletakkan panel dinding ini di dinding utama kediaman yang mana ianya berfungsi sebagai fokal point dan menaikkan seri ruang terutamanya di ruang tamu, laluan menuju ke bilik dan juga di bilik air (menggunakan jubin, bukan kayu).
Selain daripada mencantikkan dinding ianya juga turut berperanan sebagai pelindung kepada warna cat setelah anda menyusun sofa ataupun meja yang boleh merosakkan warna cat asal. Ini kerana selalunya wainscoat akan diletakkan separuh daripada ketinggian badan manusia iaitu dari bahagian pinggang ke bawah, tetapi ini tidak bermakna tiada pemasangan dibuat pada keseluruhan dinding cuma ianya jarang dilakukan.
Kesesuaian tema
Idea pemasangan wainscoating tidak berapa sesuai jika anda memilih tema kediaman scandinavia, ini kerana ianya menggunakan material serta perabot yang terhad dan menjimatkan penggunaan ruang. Tonanya pula lebih kepada warna yang menjemput kehadiran cahaya semulajadi secara maksima. Idea ini memerlukan anda untuk menambah beberapa hiasan di dinding seperti frame gambar untuk menaikkan serinya dan beberapa lagi aksesori tambahan dan Ya, konsep skandinavia kurang sesuai untuk wainscoating kerana skandinavia lebih bersifat minimalis.
Tetapi jika anda gemarkan konsep modern english, pemasangan wainscoating amat ideal, ini kerana dari sudut sejarahnya sudah menunjukkan walaupun tradisional, di zaman moden juga sesuai untuk dipadankan dengan dinding sama ada berona gelap atau terang. Cadangan kombinasi warna yang sesuai adalah hitam putih, biru putih, coklat gelap dan kuning terang.
Akhir sekali, walaupun teknik ini sudah lama digunakan, tetapi ianya tidak pernah lapuk atau obsolete kerana ia berupaya untuk membuatkan dinding yang rata dan biasa nampak lebih elegan berbanding yang asal dan polos, dan penulis yakin, 30 tahun akan datang pun ianya masih lagi sesuai untuk digunakan.
Berikut adalah beberapa cadangan idea pemasangan wainscoating yang anda boleh suaipadankan dengan hiasan di rumah anda, selamat mencuba!!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Pasangan Ini Pilih Konsep Moden Minimalis Jadikan Apartmen Kecil Lebih Praktikal
Seperti yang sudah kita sedia maklum, saiz bukanlah penentu kecantikan dan keselesaan sesebuah kediaman. Jika kena gaya, rumah yang kecil pun terasa cukup selesa dan menarik. Seperti yang dilakukan pemilik akaun fb Ron Rivaldy, rumahnya yang berukuran 850 kaki persegi berjaya diubah menjadi sangat menarik. Dengan berpandukan konsep practical minimalist, ruang tamu tuan rumah tampak begitu moden dan sesuai dengan keluarga kecilnya yang baru sahaja mendapat cahaya mata berusia 5 bulan. Katanya,
Saya dan isteri beli perabot yang perlu sahaja sebab rumah tak besar dan sekarang ada anak yang baru berusia 5 bulan. (Barulah) ada ruang untuk dia bermain di samping nak anak kami belajar untuk berada dalam keadaan rumah yang teratur.
Katanyanya lagi, pengalaman bekerja di hotel telah banyak memberi idea pada beliau selain kenangan isterinya semasa belajar di Brisbane juga dapat diterapkan dengan sempurna ketika mendeko rumah ini. Lebih selesa membiarkan lantai kediaman raw, menggunakan simen render kerana jika titutup dengan tikar getah potensi untuk berbau dan tidak tahan lama adalah sangat tinggi. Pasangan ini juga menggantikan langsir dengan wooden blind untuk pengudaraan yang lancar dan pada waktu malam dapat merasa dingin angin kerana rumah mengadap kawasan bukit tempat laluan angin. Warna Sky Blue dan Ivory White dipilih sebagai warna utama kediaman sesuai dengan minat pasangan ini terhadap alam semulajadi kemudian diolah dengan bijak dalam bentuk yang lebih moden supaya nampak kemas.
Apartment Sri Harmonis di Jalan Gombak milik Encik Ron ini mengambil masa lebih kurang setahun untuk disempurnakan sejak berpindah masuk pada Januari 2017. Pemilihan bahan dan aksesori yang teliti oleh pemilik juga telah menyumbang kepada keindahan rumah ini. Ada antara hiasan yang digunakan telah dikumpul lama sejak dari 2013 dan ada antaranya yang dibeli baru. Inilah yang dinamakan bijak berbelanja dan kreatif kerana tidak semestinya perlu membeli baru segala perhiasan, jika terdapat barang sedia ada yang sesuai juga boleh diletakkan sekali dalam ruang yang serba baru.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI