Anda sudah berasa bosan dengan bunga hiasan yang sedia ada di rumah? Sudah mula terfikir untuk mencari ilham serta idea mendekorasi yang lebih menarik?
Apa kata anda cuba menggunakan bunga Pampas pula sebagai pilihan bunga hiasan yang terbaharu dalam ruang rumah anda. Pasti tampak lebih menarik!
Bagi anda yang tidak tahu bagaimana caranya untuk menghias atau mendekorasi bunga Pampas ini, jangan berasa bimbang kerana IMPIANA akan berkongsi cara-caranya bersama anda.
Ads
Ini juga kerana dalam segmen Buat Sendiri episod kali ini telah berkongsi idea cara hias bunga Pampas supaya tampak lebih menarik. Anda boleh mempelajari caranya dengan menonton video penuh tersebut pada pautan di bawah;
Jika anda mahu dapatkan bunga Pampas yang sama seperti tertera dalam video ini, anda boleh membuat pembelian secara dalam talian menerusi laman sesawang www.kayanganliving.com.
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Setiap pasangan suami isteri yang telah mendirikan rumah tangga bersama sudah pastinya akan menghadapi transisi perubahan fasa hidup masing-masing.
Bukan itu sahaja, setiap pasangan suami isteri yang telah berkahwin juga bakal mengalas tanggungjawab besar untuk melayari bahtera perkahwinan yang bahagia dan harmoni.
Namun begitu, apabila berbicara soal tanggungjawab antara pasangan suami isteri dalam menguruskan rumah tangga, ia sering menjadi satu isu topik yang hangat di kalangan masyarakat sekeliling.
Menerusi program rancangan bual bicara Wanita Hari Ini yang bersiaran langsung di saluran TV3 sebelum ini, telah membincangkan serta mengupaskan isu tersebut bersama tetamu jemputan iaitu Perunding Motivasi, Encik Amin Idris.
Ketika sesi perbincangan bersama hos rancangan program bual bicara berkenaan, Encik Amin telah menjelaskan perkara tersebut bersama para penonton.
Jelasnya, ada terdapat beberapa sudut perpektif yang berbeza mengenai soal tanggungjawab pasangan suami dalam menguruskan kerja rumah.
“Isu ini kita kena lihat dari tiga sudut dimensi yang berbeza. Pertama, dari sudut budaya, adab dan masyrakat, kedua pula dari sudut undang-undang dan yang ketiga adalah dari segi agama.
“Sebelum kita nak sentuh tentang tanggungjawab isteri ni, kita kena sentuh dahulu bab mengenai tanggungjawab seorang suami. Untuk maklumat semua, suami ni ada tiga benda kewajipan yang dia kena buat iaitu ‘Makan’, ‘Malbas’ dan ‘Mataab’.
“Istilah ‘Makan’ ni bukan seperti tingkah laku makan itu tetapi sebenarnya adalah tanggungjawab suami untuk menyediakan tempat tinggal untuk isteri, mana ‘Malbas’ pula tanggungjawab menyediakan pakaian dan ‘Mataab’ menyediakan makanan.
“Sebab itu haram hukumnya seorang suami guna duit isteri untuk bayar bil eletrik, haram ambil duit isteri untuk bayar duit kereta. Itulah dia kewajipan seorang suami,” jelasnya.
Dalam pada itu, Encik Amir Idris berkata manakala dari sudut agama pula, kesemua para ulamak mengatakan pendapat bahawa golongan para isteri ini tidak wajib untuk menjalankan tanggungjawab mengemas rumah.
“Dalam bab agama, semua majoriti para ulamak dan juga empat mazhab mengatakan isteri tidak wajib menguruskan kerja rumah. Namun demikian, perbincangan itu agak sukar untuk ditentukan kerana terdapat berbeza pandangan antara mazhab,” katanya lagi.
Ingin ikuti perbincangan lanjut mengenai topik ini? Sila tonton video penuh pada pautan di bawah:
Sumber: YouTube Wanita Hari Ini, TV3
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Ada tak di kalangan anda yang gemarkan konsep dekorasi hiasan dalaman rumah yang bertemakan gaya ala Hollywood Style seperti ini? Konsep yang mengetengahkan ciri-ciri elemen glamor dan mewah ini sudah semestinya menjadi kesukaan ramai khususnya buat mereka pencinta filem antarabangsa.
Melihat pada mata kasar sahaja pasti anda sudah mampu menwujudkan ciri utama yang harus ada untuk penataan ala Hollywood Style ini. Semestinya ia menjelmakan suasana glamor dan mewah.
Tidak terhad kepada fabrik dan kayu sahaja, material daripada elemen lain turut digunakan seperti kristal,tembaga dan labuci. Kebanyakkan perabot seperti meja sisi dan ottoman menggunakan kayu seperti mahogani, mapel dan bic yang kebanyakannya berasal dari Amerika Syarikat.
Manakala untuk pemilihan warna pula, palet warna cerah dan berkilau seperti warna metalik, emas dan permata sesuai dipadankan pada perabot dan kemasan lembut. Gandingkan bersama warna neutral seperti putih dan hitam untuk warna seting ruang dan mencetuskan kontras, seperti warna dinding dan juga warna kusyen.
Terdapat beberapa aksesori yang sesuai untuk digayakan, seperti arca, lampu vintaj, lukisan dan foto hitam putih. Bagi menambahkan seri, lampu candelier kristal vintaj digunakan bagi mewujudkan pencahayaan aksen yang elegan. Di meja sisi pula, lampu meja terendak moden boleh dipadankan bersama.
Foto: Carian Pinterest
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Pernah atau tidak anda melihat sebuah binaan rumah yang telah dihasilkan serta dibina sepenuhnya daripada kayu buluh? Tidak dinafikan, memang jarang-jarang untuk dapat kita lihat binaan rumah yang sedemikian.
Tambahan pula, dengan perubahan era zaman yang semakin moden dan maju kehadapan, memang sudah pasti binaan rumah seperti ini kelihatan asing dan sesuatu yang sangat luar biasa pada masa kini.
Namun meski begitu, tiada apa yang mustahil atau penghalang bagi membangunkan binaan rumah sedemikian pada masa kini. Baru-baru ini, terdapat satu akaun di laman media sosial Facebook yang dikenali sebagai Rumah Impian telah memuat naik beberapa keping foto di laman maya berkenaan.
Menerusi hantaran tersebut telah memaparkan sebuah binaan rumah yang telah siap dibina sepenuhnya daripada kayu buluh lantas sekaligus membuatkan binaan rumah ini mendapat perhatian ramai.
Lihat sahaja lah hasilnya, binaan rumah berkenaan sememangnya tampak sangat unik dan luar biasa berbanding dengan binaan rumah yang lain. Jadi tidak hairan lah mengapa rumah ini telah meraih perhatian wargamaya.
Semoga binaan rumah ini dapat dijadikan sebagai satu sumber idea dan inspirasi kepada orang khususnya buat mereka yang sememangnya gemar dengan alam semula jadi.
Sumber: Facebook Rumah Impian
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!