Kerja-kerja pertukangan kayu lebih sinonim dengan golongan lelaki, namun peredaran masa kini membolehkan kerja-kerja yang dilihat sukar dan kasar turut diterokai golongan wanita. Resipinya mudah. Minat, nekad untuk melakukan sesuatu serta melakukannya dengan bersungguh-sungguh merupakan resipi asas dalam menceburi bidang yang jarang dipelopori golongan Hawa ini.

Siapa Cakap Wanita Tak Mampu Buat Kerja Pertukangan Kayu? Gadis Ini Telah Buktikannya.

+INFO PEREKA

Nama Pereka: Nur Shazlisha Sahar

Jenama Perabot: Lisha.Furniture

Lokasi: Denai Alam

Jenis Perabot: Kayu

Konsep: Moden Industri

 

Pertemuan IMPIANA dengan Lisha di rumahnya yang terletak di Denai Alam, Shah Alam, Selangor yang juga lokasi sama bengkel pertukangan di bawah sentuhan Lisha.Furniture, membuatkan team IMPIANA berasa amat kagum. Lambakan kayu-kayu terpakai daripada pokok pain di depan rumah teres dua tingkat itu, menunjukkan minatnya yang serius dalam bidang reka bentuk perabot ini.

IKLAN

Siapa Cakap Wanita Tak Mampu Buat Kerja Pertukangan Kayu? Gadis Ini Telah Buktikannya.

Lisha, dia sendiri tidak sedar sejak bila dia jatuh hati pada bidang pertukangan sedangkan tiada ahli keluarganya yang terlibat dalam perusahaan berkenaan.
“Bermulanya saya dalam bidang pertukangan ini apabila saya menyertai satu karnival makanan dan perlu menyediakan gerai mudah alih dan ketika itu saya dan suami cuba membuat sebuah kiosk kecil menggunakan kayu pain terbuang dan kiosk itu mendapat pujian daripada rakan-rakan dan pelanggan. Dari situ, saya mengambil keputusan untuk cuba membuat perabot-perabot lain dan perabot pertama yang saya buat adalah sebuah meja serta papan tanda,” katanya yang mengusahakan perniagaan pertukangan kayu berkenaan bersama suami, Zarul Alif Zulkifli, 29.

Siapa Cakap Wanita Tak Mampu Buat Kerja Pertukangan Kayu? Gadis Ini Telah Buktikannya.

IKLAN

Lisha mengakui dia benyak merujuk dan mempelajari tentang reka bentuk perabot melalui laman You Tube, Lisha mempelajari proses pertukangan sedikit demi sedikit, selain merujuk komuniti-komuniti pertukangan kayu serta mereka yang mahir dalam bidang berkenaan bagi berkongsi pengalaman dan cara kerja.

Siapa Cakap Wanita Tak Mampu Buat Kerja Pertukangan Kayu? Gadis Ini Telah Buktikannya.

IKLAN

Dia yang lembut bicaranya, santun perilakunya tiba-tiba bertukar karakter sebaik sahaja menyarung apron dan gogal (pelindung mata) untuk memulakan kerja-kerja pertukangan. Lisha ingin berkongsi bersama anda bagaimana proses untuk menghasilkan bangku mini yang comel.

 

[/et_pb_text]
[/et_pb_column]
[/et_pb_row]
[/et_pb_section]

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI