Tabulampot adalah kaedah yang digunakan secara meluas di Indonesia bagi tujuan penanaman pokok buah di dalam pot atau bekas tanaman seperti pasu dan sebagainya. Ia bukanlah sesuatu yang baru namun masih ramai yang kurang sedar akan teknik tanaman ini. Ia Juga menjadi solusi bagi mereka yang mempunyai kekurangan ruang.

Pasti ada antara pembaca yang telah mencuba teknik tanaman tabulampot ini. Namun masalah yang dihadapi adalah apabila pohon buah yang ditanam tidak mendatangkan hasil. Banyak faktor mempengaruhi masalah ini dan ada yang berpunca dari pada seawal tanaman dilakukan. Pastikan 5 faktor utama ini diambil kira untuk memastikan Tabulampot anda berbuah cepat.

1. Siraman

Pohon buah seperti mangga, rambutan, limau dan sebagainya lumrah ditanam di batas tanaman terus. Hal ini menyebabkan akar pohon bebas mencari sumber makanan. Namun tidak bagi tanaman teknik tabulampot. akar pohon buah menjadi terbatas.

Oleh itu, bekalan keperluan yang mencukupi perlu disediakan untuk menggalakkan pertumbuhan sihat tanaman. Untuk pohon buah yang ditanam secara tabulampot, ia memerlukan siraman yang mencukupi seperti tanaman ornamental yang lain iaitu sekurang-kurangnya 2 kali sehari iaitu di awal pagi dan lewat petang.

Namun, jadual penyiraman anda bakal berubah apabila cuaca semakin panas. Penyaraman perlu digandakan untuk memastikan tanah tabulampot sentiasa lembab. Sebaliknya jika musim hujan. Kekangan siram perlu dilakukan.

Tabulampot Berbuah Lebat. Ini Perkara Wajib Yang Perlu Anda Lakukan

IKLAN

2. Baja

Pembajaan tabulampot bukan sekadar diambilkira setelah tempoh matang. Ia perlu dari awal penyediaan tanaman di mana campuran bahan organik perlu di sediakan saat penyediaan medium tanaman tabulampot. Bahan organik yang sesuai digunakan sebagai adunan medium tanaman adalah seperti tinja kambing yang telah diproses.

Selain daripada itu, baja NPK 15:15:15 juga perlu diletakkan setiap empat bulan sebanyak 25gm sebagai makanan tambahan sehingga pokok sampai tempoh matang iaitu dua tahun. selepas dua tahun, jumlah baja perlu ditingkatkan kepada 100gm. Cara pembajaan adalah dengan mengali lubang sedalam +- 10cm satu jengkal dari pangkal pokok dan tanam kan baja di lubang tersebut.

3. Gembur

IKLAN

Akibat siraman, Medium tanaman di dalam tabulampot akan mudah mendap atau padat. Oleh itu penggemburan perlu dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali. Ia bertujuan memperbaiki struktur saliran dan pengudaraan di dalam medium.

Namun harus berhati-hati ketika melakukan penggemburan kerana khuatir akan mencederakan akar pokok. Akar pokok yang cedera juga menyumbang kepada kegagalan produktiviti hasil.

4. Ganti medium tanam

Medium tanaman untuk tabulampot sebaiknya diganti dua kali setahun. Namun jika keberatan, lakuakn gantian apabila pasu atau bekas tabulampot pecah disebabkan akar yang agresif. Ketika proses ini, pasu lebih besar perlu disediakan di samping penggunaan medium yang baru

IKLAN

5. Pemangkasan

Pemangkasan dilakukan bagi tujuan mengawal tumbesaran tumbuhan. Pokok perlu mula dipangkas seawal usianya dibawah 1 tahun atau ketinggiannya mencecah 75-100cm dari aras tanah. Disamping itu juga, ia memastikan semua bahagian pokok terdedah kepada terik matahari bagi mengurangkan masalah tanah lembab yang boleh memberi risiko ancaman perosak.

Tabulampot Berbuah Lebat. Ini Perkara Wajib Yang Perlu Anda Lakukan

Tabulampot Berbuah Lebat. Ini Perkara Wajib Yang Perlu Anda Lakukan

 

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI