Ya, benar. Surat khabar merupakan elemen karbon yang boleh dijadikan kompos. Jika di rumah anda mempunyai banyak akhbar lama, boleh lah cuba komposkan ia. Jika tempat kerja anda banyak shredded paper, jangan dibuang, ambil dan kitarlah menjadi kompos yang berguna pada tanah dan tanaman.

Surat khabar Ini sebenarnya merupakan sumber yang tinggi kandungan karbon. Jadi ia memang sesuai dijadikan bahan untuk proses pengomposan. Cuma perlu ditambah kandungan Nitrogen supaya ia dapat menjalani proses pengomposan yang sempurna.

KAEDAH PEMBUATAN

1. Carikkan/koyakkan sebanyak 1 kg surat khabar (yang sudah siap ‘shred’ boleh teruskan pada next step).

2. Rendamkan surat khabar tadi di dalam air tanpa klorin. Biar kan keseluruhannya meresap dengan air.

3. Angkat dari rendaman dan toskan supaya kelembapan 50%-60%. Kalau boleh jangan bagi ada yang menitik bila diperah.

4. Gaulkan dengan apa-apa jenis tinja seperti lembu, kambing, ayam, arnab. Gunakan tinja dengan jumlah 1 kg untuk digaulkan bersama dengan surat khabar tadi (gunakan nisbah C/N 1:1). Gaul sehingga ‘sebati’. Time ni boleh semburkan EM atau apa-apa bahan yang mengandungi bakteria baik untuk mempercepatkan proses pengomposan.

5. Perap selama 3 minggu. Tapi perlu buat pemantauan juga sepanjang proses pengomposan, balikkan atau ‘turning’ kompos sekurang-kurangnya seminggu sekali.

6. Bila kompos sudah matang dan sedia untuk digunakan. Anda boleh lah gunakan ia pada semua jenis tanaman. Cacing sangat suka pada kompos ini dan ada yang membuat vermikompos menggunakan proses yang sama seperti ini.

Sumber: FJ Agroscience

Komen anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: