Berapa kerap anda mencuci peti ais atau peti sejuk? Setidaknya, peti sejuk wajib di cuci sebulan sekali bagi memastikan ia sentiasa bersih dan tidak menjadi habitat bekteria yang akan menjadi punca kepada masalah kesihatan seperti keracunan makanan.
Jangan ingat ruang yang sejuk tak menjadi habitat bakteria ya. Oleh sebab itu, untuk pastikan peti ais anda sentiasa bersih dan terhindar dari sebarang bakteria ia perlu di cuci bersih. Kebiasaannya bahan cucian yang digunakan adalah sabun pembersih pinggan. Betul tak? kalau sabun tersebut tidak di cuci bersih kan mendatangkan kemudaratan.
Melalui perkongsian di dalam Facebook, Puan Ayus Hanif berkongsi bahan yang digunakan untuk mencuci peti sejuk.
Ads
Selalu masak masak, peti sejuk, freezer cuci tak? Paling rajin mesti cuci seminggu sekali. Ataupun sebulan sekali mesti cuci. Kebersihan sangat penting. Itu lambang peribadi seseorang.
Cara saya, campurkan cuka makan @ cuka epal dengan 1 sudu besar baking powder untuk cuci peti sejuk. Campuran ini boleh juga gunakan untuk cuci oven juga. Untuk freezer kadang-kadang ada kotoran degil, ambil berus gigi dan sental kotoran tu.
Dengan melakukan rutin ini secara konsisten, keadaan peti ais akan lebih bersih dan tidak berbau memandangkan ia umpama bekas besar menyimpan semua makanan kita secara bercampur-campur. Selamat mencuba!
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Bila bercakap soal persiapan menjelang bulan mulia, dapur antara lokasi di dalam kediaman yang sangat penting. Malah banyak masa kita juga akan tertumpu di dapur. Inilah ruang untuk menyediakan juadah sahur, berbuka puasa malah hari raya. Namun bagi yang berhajat untuk membina semula dapur baru atau memiliki sebuah dapur baru, terdapat beberapa perkara yang perlu di ambil kira. Jangan sesekali lepas tangan dalam memilih komponen dapur, kelak menyesal menggigit jari. IMPIANA mencari 10 perkara asas untuk anda beri tumpuan semasa membina sebuah dapur. Baca Part 1 [klik sini]
6. Pemilihan Penyendal
Ia bagaikan aksesori kepada rekaan dapur. Malah ia juga membentuk sesebuah karakter dapur. Daripada klasik ke moden, ia memberi nilai estetika yang berbeza dan harganya juga berbeza. Jadi fahamkan dengan betul apakah konsep dapur anda dan keserasiannya dengan tombol pintu kabinet anda. Ada juga pintu yang tidak memerlukan tombol dan direka begitu sofistikated dengan menggunakan tekanan jari.
Jadi jangan terlalu taksub hanya dengan melihat rekaan tombol yang pelbagai. Fikirkan juga rekaan pintu kabinet anda juga adakah ia dapat dijodohkan dengan baik dan cantik. Ia hanya sekadar pelengkap rekaan pintu kabinet dapur anda bukannya material utama yang perlu dilihat setiap masa.
7. Pencahayaan
Fahami pelan lantai dapur anda. Adakah ia gelap atau terang? Adakah anda memerlukan langsir nipis atau langsir senteng atau lebih sesuai bidai? Adakah anda memerlukan pencahayaan di bawah kabinet atas ? Adakah anda memerlukan pencahayaan lebih kerana warna kabinetnya gelap? Adakah kabinet anda juga memerlukan pencahayaan struktur yang ditempatkan di dalam kerana menggunakan kaca kabut?
Jika anda mahu melaram dapur kering anda, mungkin boleh ditambah down light atau halogen . Jadi rekaan istimewa dapur kering anda lebih menarik dan menyerlahkan ruang utama kediaman. Namun jika sekadar untuk membuat kerja-kerja dapur, pencahayaan asas sudah memadai.
8. Permukaan kaunter
Permukaan yang dimaksudkan adalah permukaan kaunter dapur anda. Adakah ia diperbuat daripada bahan padu, tahan lasak atau sekadar kayu mampat yang lebih murah. Kini terdapat beberapa permukaan yang lebih tahan lasak, mudah dibersihkan dan menyenangkan apabila disentuh. Ia merupakan satu permainan psikologi pada deria sentuhan kita.
Malah anda sendiri perlu bijak memilih warna material permukaan kaunter dapur anda agar lebih hidup dan menyenangkan. Jangan pula hanya kerana dapur anda hitam , habis sampai permukaan kaunter anda dihias dengan rona hitam. Tidakkah ia bahaya semasa memasak? Padanan seumpama ini juga perlu anda belek berkali-kali dengan kabinet dan kelengkapan lain agar tidak nampak asing dan canggung apabila siap kelak.
9. Aksesori
Tiada lain yang cukup indah pada sebuah dapur selain aksesori yang menarik. Bekas gila, garam, segala rempah ratus. Begitu juga pengisar makanan , ketuhar dan lain-lain lagi. Bukan sekadar pelengkap gaya tetapi menyerikan dapur anda. Pengeluar perkakas dapur juga banyak yang menyediakan rekaan ranggi untuk menghidupkan dapur para pengguna. Malah kebanyakan kelengkapan elektronik dan manual disempurnakan dengan rekaan kreatif pelbagai warna agar serasi dengan pilihan warna dapur idaman anda.
Jadi ada konsep yang memerlukan aksesori yang banyak dan pelbagai ragam. Ada juga yang memerlukan aksesori yang ringkas seragam seperti hitam, jernih mahu pun putih. Malah ada yang memerlukan aksesori yang minimal. Awas, jangan tersalah beli aksesori. Hiasan klasik di tempatkan pada dapur moden?
10. Kemasan
Bercakap soal kemasan, sekali lagi anda perlu bijak memilih corak dan warna. Kini pereka suka menemukan dua budaya atau dua zaman di dalam sebuah ruang. Bayangkan kabinet moden ringkas bebas corak aksesori kecil, diserlahkan dengan jubin Belanda yang popular di kediaman kolonial.
Belek juga permukaannya. Adakah sesuai dengan diri anda. Berkilau mungkin cantik namun jika anda gemar memasak menggunakan minyak yang banyak, ia mungkin memberi pengaruh kepada kesan lantai dapur anda. Mungkin jubin seperti slate atau granit matte mahu pun terracota sesuai untuk mereka yang cemerkap dan berusia. Apa pun biarlah ia sepadan dengan tema rekaan anda dan mudah dibersihkan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Lantai marmar/marble biasanya mempunyai tekstur berkilat dan bersinar dengan efek bersih dan kemas. Oleh sebab itulah ia menjadi pilihan ramai pemilik rumah. Walaupun permukaannya cantik berkilat ini tidak bermakna lantai marble tidak perlu dibuat maintenance. Polish atau kilatkan kembali wajib anda lakukan sekurang-kurangnya setahun sekali untuk menjaganya agar sentiasa kelihatan seperti baru.
Biasanya anda perlu menggunakan alat untuk polish lantai marble tetapi adalah mustahil untuk membeli mesin kilatan dengan harga yang mahal tetapi digunakan hanya sekali setahun. Fai Marble Renovation Works mampu kilatkan apa saja jenis lantai sama ada marmar, terrazzo, kayu atau granite yang menggunakan teknologi penggilap berlian kasar terkini. Hasil proses penggilapan ini akan memulihkan sifat kilauan semula jadi material lantai dan menjadikan permukaan yang lebih berkilau dan selesa untuk dipijak.
Tip Penjagaan Lantai Selepas Di Gilap
Sapu lantai setiap hari untuk mengelakkan kotoran daripada merosakkan permukaan bawah dan terkumpul di dalam grout. Sikap malas untuk menyapu boleh menjadikan rongga kemasan lantai kita pudar serinya.
Penyapu dengan bulu lembut boleh digunakan tetapi kaedah yang paling berkesan. Malah penyapu yang paling sesuai untuk membersihkan permukaan halus ialah dengan menggunakan Mikrofibre Mop. Ia yang mempunyai pad lembut. Ia boleh digunakan basah atau kering.
Cara mengelap lantai yang dicadangkan adalah dengan menggunakan teknik kepala mop membentuk satu pusaran besar. Ia akan menghasilkan satu pergerakan dan kerja -kerja menyapu menjadi cepat.
Ketika mengemop tukar air dengan kerap supaya kotoran tidak terus dipindahkan ke lantai. Bilas lantai selepas mengelap untuk memastikan air kotor dikeluarkan sepenuhnya dari permukaan.
Lap lantai dengan kain atau tuala kerana ini akan mengeringkan lantai dan mengeluarkan apa-apa kekotoran pada sambungan, permukaan dan garis-garis. Kekerapan pembersihan akan bergantung pada trafik dan keadaan lantai.
Manfaat Selepas Menggilap Lantai Marmar
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!