SEREMBAN – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan mengarahkan sebuah kilang kitar semula di kawasan perindustrian ringan Senawang di sini memberhentikan kerja-kerja pencucian plastik terpakai serta-merta setelah masyarakat setempat gempar dengan ‘fenomena air biru’.
Pengarah JAS Negeri Sembilan Norhazni Mat Sari berkata notis arahan itu dikeluarkan semalam, selepas pemeriksaan dilakukan pihaknya setelah mendapat aduan awam pada pukul 1.15 tengah hari, hari yang sama.
“Siasatan kami mendapati air biru itu terjadi akibat daripada kerja-kerja pencucian plastik terpakai yang dicemari dengan bahan pewarna. Kita telah arahkan kilang terbabit menghentikan operasi pencucian itu dan tidak lagi menerima plastik yang telah dicemari dengan bahan pewarna.
“Kilang terbabit juga telah kita arahkan supaya menyedut semula air biru itu dan proses berkenaan telah pun selesai pagi tadi dan keadaan sungai kini kembali seperti sediakala,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
IKLAN
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kejadian air biru di kawasan perumahan Taman Tuanku Jaafar (TTJ), Senawang dekat sini yang tular di media sosial semalam.
IKLAN
Mengulas lanjut, Norhazni berkata fenomena air biru itu dikesan bermula daripada saluran longkang di kilang terbabit dan kemudiannya mengalir ke kawasan perumahan TTJ, seterusnya ke Sungai Simin, di sini.
IKLAN
“JAS juga membuat pengukuran ‘in situ’ dan mendapati tahap bacaan pH adalah neutral dan tidak berbahaya kepada masyarakat setempat. Pun begitu, kita juga mengambil sampel air biru itu untuk dianalisa kandungan sebenarnya,” katanya. – Bernama
Sumber:kosmo.com.my
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sebuah syarikat kelengkapan bilik tidur jenama terkenal, Sonno buat julung kalinya secara secara rasmi telah membuka pintu butik flagship yang pertama di Publika kepada orang ramai. Butik baharu Sonno ini bakal memberikan pengalaman menakjubkan buat para pelanggan setianya untuk merasai membeli-belah secara omnisaluran dengan lancar dan selesa.
Flagship Sonno yang pertama ini juga dikenali sebagai ‘Sonno Sleep House’ yang bakal memberikan peluang kepada para pelanggan untuk merasai sendiri pengalaman koleksi kelengkapan tidur yang ditawarkan syarikat ini.
Menariknya lagi, ruang flagship juga telah direka dengan sangat teliti ini dengan meliputi tiga buah bilik tidur yang luas dalam sebuah rumah bagi memberikan keselesaan kepada para pelanggan untuk menguji tahap kualiti tilam. Selain itu, para pakar tip kelengkapan bilik tidur akan bertugas sebagai wakil jualan Sonno akan menyambut pelanggan dengan menggayakan pijama bagi membantu proses pembelian dan memberikan pengalaman membeli yang menyeronokkan.
“Kami amat berbangga dengan pencapaian yang signifikan ini menerusi pembukaan butik flagship Sonno yang pertama di Publika. Butik ini menjadi satu langkah penting kepada usaha kami dalam menyediakan pengalaman membeli-belah yang lancar menerusi pelbagai saluran yang berbeza. Pengalaman ini boleh dinikmati pelanggan-pelanggan kami tanpa mengira sama ada mereka membeli secara dalam talian di laman web, menerusi platform pemesejan, atau menerusi kedai fizikal kami,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sonno, Fabio Miceli.
“Sebagai sebuah jenama yang lahir secara digital, pembukaan butik fizikal ini membantu syarikat untuk memenuhi evolusi selera pengguna di samping mencipta sebuah pengalaman membeli tilam yang mengasyikkan dan menjadi memori yang indah buat pelanggan,” katanya lagi.
Serentak dengan pelancaran butik flagship pertama ini, Sonno turut memperkenalkan koleksi tilam yang terbaharunya iaitu ‘Sonno Signature Bed Frame’. Diinspirasikan daripada reka bentuk Japandi yang menjadi trend masa kini, reka bentuk rangka katil Sonno ini diperbuat daripada 100 peratus daripada kayu getah asli Malaysia tanpa menggunakan sebarang kompanen logam.
Katil ini juga direka khas bertujuan bagi memberikan para pelanggan untuk merasai pengalaman memasang tanpa menggunakan sebarang peralatan. Di samping itu, rangka katilnya juga dilengkapi dengan slot peranti khusus yang akan menarik minat generasi anak muda hari ini.
Menurut pengasasnya, “Kami adalah sebuah syarikat yang sentiasa berpandukan pengumpulan data maklum balas para pelanggan terhadap produk kami. Oleh itu, kami amat teruja apabila kami akhirnya berjaya memperkenalkan satu produk yang sering mendapat permintaan tinggi daripada para pengguna kami dengan memperkenalkan sebuah rangka katil yang cantik dan terbaharu dengan tiga kategori iaitu kualiti tinggi, kesederhanaan dan reka bentuk yang luar biasa”.
Pada masa hadapan, Sonno akan terus komited untuk memanfaatkan data maklum balas tersebut untuk meningkatkan lagi mutu kualiti pengalaman membeli-belah pelanggan, dengan harapan akan dapat memperkenalkan lebih banyak produk-produk baharu yang menarik dalam katalognya dalam suku keempat 2022 bagi membantu orang ramai mendapat tidur yang berkualiti dan meningkatkan gaya hidup mereka.
Sebelum ini, Sonno mula menjadi terkenal sebagai jenama pengeluar tilam berkualiti tinggi selepas strategi pemasaran menghantar tilam di dalam kotak kepada pembeli mendapat perhatian ramai selain tawaran harga yang berpatutan, percubaan selama 100 malam, dan penghantaran secara percuma.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi di laman sesawang www.sleepsonno.com.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Bagi anda yang mempunyai kebun dan dusun durian di kampung, sudah pasti pernah berdepan dengan masalah buah yang rosak akibat ditebuk haiwan perosak seperti tupai.
Malah, meski pelbagai cara dan kaedah sudah dilakukan bagi untuk menanganinya, namun masalah tersebut masih tidak berhasil atau berjaya untuk diatasi.
Buat anda yang ingin mengatasi masalah tersebut, tidak perlu lagi berasa bimbang dan khuatir kerana kini ada cara dan kaedah yang boleh anda lakukan untuk menangani daripada haiwan perosak ini terus berleluasa di kebun dusun durian anda.
Apa yang cuma perlu anda lakukan adalah hanya menggunakan sekeping atau dua keping ‘aluminium plate’ yang boleh dibentuk kemudian diletakkan pada setiap batang pokok durian menggunakan paku seperti yang tertera dalam gambar di bawah.
Pastikan keliling batang pokok durian anda itu telah balut dengan ‘aluminium plate’ dengan ketat supaya ia tidak mudah tertanggal dan sebagainya.
Akhir sekali, apa yang anda perlu lakukan adalah sapukan sedikit minyak di keliling permukaan ‘aluminium plate’ yang telah dipasang pada batang pokok durian. Dengan kaedah ini, dipercayai boleh menyebabkan haiwan perosak seperti tupai ini susah dan tidak lagi berupaya untuk naik ke atas dahan pokok durian anda lagi selepas ini.
Semoga perkongsian manfaat ini dapat dikongsi bersama orang ramai dan selamat mencuba!
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Colony meraikan pembukaan rangkaian kelima yang ulungnya di Colony @ Star Boulevard KLCC di Jalan Yap Kwan Seng. Ruang kerja bersama menakjubkan dengan keluasan 35 ribu kaki persegi ini juga disertakan dengan ballroom mewah dan taman rooftop yang subur, melambangkan kemegahan dan komitmen pihak pengurusan dalam menjamin pengalaman kerja bersama di Colonya dalah yang terbaik boleh anda dapati.
Sejak pelancaran ruang pertamanya pada 2017, Colony sememangnya amat komited dalam menyediakan ruang kerja kelas pertama yang elegan dan memenuhi keperluan pelanggan.
Ruang bekerja baharu tersebut yang bernilai USD1.5 telah menawarkan sesuatu yang luar dari norma kebanyakan ruang kerja bersama yang lain.Memulakan debutnya sebagai destinasi untuk majlis keramaian di kawasan rooftop indah, dipenuhi kehijauan bersama pengalaman makan bak restoran 5 bintang.
Merangkumi 2 tingkat, Colony @ Star Boulevard KLCC merupakan gabungan kreatif rekabentuk modern urban loft dengan gaya eklektik bohemian dilihat melalui mata pemenang anugerah pereka dalaman mewah yang berpangkal di London, Hoe & Yin Design Studio.
Selain ruang kerja bersama, Colony juga berjaya membezakan dirinya sebagai destinasi yang lengka, merangkumi ruang acara yang unik. Berikutan kejayaan lokasi sebelum ini, ruang unggul ini muncul buat pertama kali dengan ruang acara eksklusif di Kuala Lumpur dengan hampir 10,000 kaki persegi ruang majlis yang terbentang luas di seluruh bilik tarian dan 2 taman atas bumbung. Dewan canggih merangkumi lebih daripada 4,000 kaki persegi dengan reka bentuk siling yang tinggi dan candelier mewah amat sesuai untuk acara-acara berprestij dan elegan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sebelum merancang untuk membeli RUMAH PERTAMA, sebaiknya mempertimbangkan beberapa perkara ini dahulu supaya tidak menyesal di kemudian hari. Pembelian rumah yang betul mampu menjadi aset, sebaliknya jika tersalah beli boleh menjadi liabiti kepada pemilik.