Wanita Ini Tunjuk DIY Stool Bajet Dari Tong Cat

Share

Jika sebelum ini Puan   Mastura Mohd Yusoff viral dengan make over kerusi meja makan yang telah patah menjadi sofa Cleopatra [klik sini untuk artikel lengkap], kali ni kita tengok pula DIY stool dari tong cat yang dikongsikan.

Bahan-bahan:

1 biji Tong cat 5 liter
4 batang kayu sebagai kaki
Span
Skru
Fabrik untuk membalut
Gam lilin

Cara-cara:

  1. Berishkan tong cat dan keringkan sepenuhnya
  2. Lekatkan kaki kayu dari dalam tong dengan menggunkan skru yang diterbuk dari luar tong seperti dalam gambar
  3. Tampalkan span pada sekeliling tong cat mengikut ketebalan yang diinginkan.
  4. Untuk bahagian atas tempat duduk, potong span berbentuk bulat mengikut saiz tong cat yang telah di balut.
  5. Balutkan fabrik pada alas tempat duduk sebelum di gamkan pada tong cat
  6. Sementara itu, balutkan dinding stool dan lipatkan bahagian atas dan bawah ke dalam dan kemaskan dengan menggunkan gam lilin.
  7. Bila dah kemas balutan dinding stool barulah ditamplkan lasa tempat duduk yang telah di balut fabrik tadi. Dah siap!

Tip: Nak lebih cantik, catkan bahagian kaki

IKLAN