Berkat kecekalan dan minat yang mendalam seorang suri rumah sepenuh masa, pemilik rumah teres satu tingkat di Johor Bahru yang sudah didiami selama 8 tahun ini telah berubah wajah menjadi lebih moden dan nyaman. Minat yang timbul setelah berhenti kerja serta usaha yang berterusan bagi mendapatkan barangan yang diingini membuatkan segalanya lebih lancar dan seronok. Menurut Puan Nor Azila, hampir 90% kerja-kerja pengubahsuaian ini telah dilakukannya sendiri. Bermula dengan menjual kesemua perabot lama yang terdapat di rumah, beliau kemudiannya mula mengecat dan memasang sendiri perabot-perabot baru dalam masa satu hari sahaja. Ini barulah namanya girl power! Hanya untuk proses drilling dan wiring sahaja Puan Nor Azila meminta pertolongan daripada abang iparnya.
Dengan modal keseluruhan RM18k, ibu kepada dua anak comel ini telah mengubah suai dua ruang kegemaran beliau iaitu halaman rumah dan ruang tamu dengan perabot dan perhiasan ringkas dan moden. Keluasan 20 x 60 yang agak terhad tidak menghalang beliau untuk terus bermain dengan kreativiti bagi mendapatkan hasil yang memuaskan hati. Barangan dari IKEA dan SSF telah menjadi pilihan kerana mudah didapati di samping harga yang berpatutan. Bagi Puan Nor Azila, pemilihan warna cat, karpet serta langsir perlu dilakukan dengan teliti agar mudah untuk dipadankan dengan apa juga jenis aksesori dan perhiasan.
Mari IMPIANA bawakan anda menyusuri transformasi rumah kecil yang indah ini. Semoga semuanya mendapat manfaat dan ilham hasil drai perkongsian ini. Selamat menghias!
+ LAMAN : SEBELUM
+ LAMAN : SELEPAS
Ads
Ads
+ RUANG TAMU
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Memilih konsep kediaman bukanlah berdasarkan kepada minat semata-mata. Tetapi, ia perlu bersesuaian dengan perwatakkan dan keperluan harian anda. Contoh kata, anda minat rumah berwarna putih. Tapi pada hakikatnya, anda seorang yang pemalas atau mempunyai keluarga yang besar. Adakah deko berwarna putih tu sesuai dengan situasi dan personaliti anda?
Jadi dalam memilih dekor yang bersesuaian dengan diri anda, kaji dulu personaliti anda. Bila dah tahu, baru tengok apakah konsep dekor bersesuain dengan diri anda dari senarai yang telah disediakan
Pembersih atau OCD
Untuk mereka yang OCD atau sangat pembersih, deko berwarna putih tadi memang sesuai. Tapi kalau anda jenis OCD yang mempunyai kekangan masa untuk mengemas rumah, sebaiknya pilih konsep kedimana minimalis.
Konsep minimalis tidak memerlukan perabot dan perincian yang banyak. Disamping itu, ia lebih mudah tersusun dan akan membuatkan minda anda lebih tenang. Ruang rumah yang kosong dan lapang akan memudahkan anda untuk kekal fokus kepada hal-hal yang lebih penting.
Kerjaya seorang fashionista, instagrammer atau ikon media sosial
Kebiasaanya, orang yang banyak mendedahkan diri terhadap umum ni mudah mendapat perhatian dan sentiasa diikuti. Oleh itu, mereka harus kelihatan “up to date” sama ada dari segi fesyen ataupun lifestyle. Disamping itu, anda yang mempunyai kerjaya yang cemerlang dalam bidang ini harus berfikiran terbuka dan seorang yang suka mencuba.
Oleh itu, konsep yang amat bersesuaian dengan anda yang mempunyai personaliti ini adalah kediaman yang berkonsepkan kontemporari kerana sentuhan deko ini sentiasa akan nampak segar dan terkini.
Walaupun stail kontemporari akan sentiasa berubah mengikut masa dan trend pada ketika itu, ada elemenpemilihan perabot bertamakan Scandinavian contohnya masih boleh dikekalkan dalam tema kontemporari. Penggunaan hasil karya dan poster juga amat sesuai dengan tema ini.
Golongan muda yang cemerlang dan profesional
Anda seorang yang amat suka dengan gaya hidup urban dan mewah. Kehidupan harian anda sangat tersusun dan kebiasaan akan dihabiskan dengan kerja dari 9 hingga 5 petang. usai kerja, masa untuk ke gim dan selepas tu bersantai di kedai-kedai atau restoran mewah dan terkemuka adalah cara hidup anda.
Jelas ini menunjukkan, gaya dan konsep kediaman moden amat sesuai untuk anda yang jenis metropolitan ini. Kebiasaanya untuk konsep kediaman ini, pemilihan unit studio, SOHO atau SOVO amat bertepatan dengan anda.
Pemilihan perabot eksklusif dengan gabungan warna yang kontra amat bersesuaian dengan konsep kediaman moden. yang penting hasilnya harus kelihatan seperti hotel
Penggunaan perabot yang licin dan tanpa tekstur, ia akan membuatkan rumah anda tampak lebih elegan. Anda boleh menggunakan kombinasi perabot, langsir, dinding dan lantai untuk mendapat efek ‘monochrome’.
Anda seorang jurugambar, designer atau berjiwa hipster
Kebiasaanya, anda yang memegang personaliti ini merupakan seorang yang kreatif dan inovatif. Hanya mereka yang mempunyai sisi kreatif sahaja boleh menghargai tema dekorasi yang nampak seperti bangunan tak siap ini atau lebih mudah dikenali sebagai konsep industri.
Di Malaysia, tema atau konsep ini amat digilai oleh golongan muda. Kebanyakkan pejabat dan kafe menggunakan konsep dekor ini sebagai tarikkan. Material yang selalu dipilih untuk konsep industri adalah seperti tekstur batu bata, konkrit dan kayu.
Untuk mendapatkan stail ini, kombinasi penggunaan batu bata sebagai hiasan dinding, permukaan konkrit dan guna pakai kayu lama adalah amat penting. Penggunaan besi dan kerja pendawaian elektrik terbuka juga menjadi salah satu elemen menarik dalam hiasan dalaman stail industrial ini.
Anda sangat “easy going”
Umum tahu anda seorang yang ringkas, tenang dan amat mudah didekati. Melalui personaliti ini, konsep kediaman yang bersesuaian dengan adalah nordic atau scandinavian.
Walaupun pemilihan perabot untuk konsep kediaman ini ringkas dan hampir sama dengan minimalis, ia mementingkan perincian lain seperti pasu, ornamen bingkai gambar, lampu, bakul dan sebagainya. Namun kebiasaannya pemilihan perabot kayu dengan rona-rona pastel adalah bersesuaian.
Konsep kediaman nordic atau scandinavian lebih menonjolkan material kayu. Bukan sahaja pada perabotnya, malah kemasan lantai dan dinding.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pernah terbayang tinggal dalam rumah tradisional Melayu yang penuh nilai sejarah, tapi dengan sentuhan moden yang cukup selesa? Inilah yang ditawarkan oleh Asthana Tela, sebuah kediaman unik yang kini berdiri megah di Batang Kali, Selangor.
Asalnya dibina di Kuala Terengganu pada tahun 1879, rumah ini telah dipindahkan dan dipulihara dengan penuh teliti. Apa yang menarik, Asthana Tela mengekalkan elemen asal Rumah Limas Bungkus, gaya seni bina Melayu klasik yang dipengaruhi sentuhan kolonial Belanda dan British. Struktur bertiang, peleh berbentuk bilah pedang dan ukiran kayu halus menambah nilai artistik rumah ini.
Tradisional Bertemu Moden
Transformasi rumah ini tak terhenti pada struktur semata-mata.Ruang dalaman rumah ini direka oleh firma IDent-3 yang diasaskan oleh Nik Ida Juliana. Pereka bijak menggabungkan keindahan pertukangan kayu tradisional, seperti dinding ukiran gaya Janda Berhias, dengan perabot moden bergaya klasik.
Menariknya, gabungan ini menjadikan ruang kediaman kelihatan luas, selesa dan seimbang antara elemen lama dan baru. Pencahayaan semula jadi dan aliran angin masuk melalui panel kayu berukir mencerminkan bagaimana seni bina Melayu dahulu mementingkan pengudaraan semula jadi yang sesuai dengan iklim tropika.
Di ruang utama Rumah Ibu, susun atur terbuka menampilkan gabungan estetika kolonial dengan elemen moden. Bilik utama dilengkapi dengan katil empat tiang berukir dan bilik mandi moden yang dihias dengan jubin mozek hitam dan putih menyatu gaya tradisi dan kontemporari secara harmoni tanpa menjejaskan keaslian bentuk dan susun atur asal.
Keseimbangan dan Ketenangan
Susun atur terbuka dan penggunaan panel kayu berukir bukan sekadar cantik, tapi bijak dari segi pengaliran udara, sesuai dengan iklim Malaysia yang panas lembap. Tambahan seperti anjung dan bilik mandi moden pula diserap masuk tanpa menjejaskan keaslian asal rumah ini.
Warisan Yang Masih Hidup
Asthana Tela bukan sekadar rumah, tapi lambang warisan budaya yang hidup dan bernafas dalam gaya hidup moden. Ia membuktikan bahawa rumah tradisional Melayu boleh jadi lebih dari sekadar tempat tinggal ia boleh jadi karya seni yang praktikal dan memukau.
Reka bentuk dalaman: IDent-3 Fotografi: The Space Storyteller
IMPIANA: Memang cantik senibina rumah tradisional Melayu yang dinamakan “Ashtana Tela” ini.Satu kebanggaan apabila ia berjaya dipertahankan dan dipulihara demi warisan budaya dan sejarah Melayu buat generasi kini.
Kabinet warna biru? Cantik ke? Selalunya bila bercakap soal kabinet dapur warna kayu , putih, krim , hitam atau hijau menjadi pilihan. Bagaimana pula dengan biru? Tidakkan ia nampak janggal dan lucu? Tanggapan anda itu salah sebenarnya kerana pereka kini mereka bentuk dapur dengan pelbagai gaya dan mempunyai personaliti tersendiri. Dari reka bentuk tradisi ke moden, anda kini boleh menikmati sbuah dapur dengan warna biru yang cantik.
Selalunya kediaman moden yang ringkas lebih menarik dengan rona ini. Tetapi kini dengan kemasan matte , biru dilihat lebih cantik dan unik. Anda yang gemar aksesori putih sememangnya cukup cantik menikmati gaya seumpama ini. Malah biru juga sesuai bagi kediaman kecil .
Kini terdapat banyak aksesori dapur seperti pembancuh kek, peti sejuk dan spatula di sediakan dalam rona menarik seumpama ini. Inilah masa anda mencuba sesuatu yang baru dan menyegarkan. Simple-simple je di IMPIANA…
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
"Vented, Condenser & Heat Pump"- Kenali 3 Jenis 'Dryer' & Punca 'Overheat' Sebabkan Kebakaran. Mesin Pengering Pakaian (dryer) bagaikan satu keperluan dan gaya hidup buat pemilik kediaman masa kini. Ia dapat menjimatkan masa, lebih-lebih lagi bagi kediaman yang berkeluasan terhad seperti kondominium dan apartmen.