Rata-rata pemilik rumah sewa kini tidak berminat nak menghias kediaman mereka kerana beranggapan rumah itu bukan milik mereka dan mungkin hanya tinggal sekejap saja disitu jadi tak perlu membazir wang nak deko pun. Tapi sedarkah anda, rumah kita melambangkan keperibadian kita. Kalau rumah tak selesa dan kusam, apa pula orang akan fikir tentang tuan rumah tersebut nanti?
Itulah yang pemilik akaun fb Puan Syafiqah Syaza ingin tekankan kepada semua penyewa rumah diluar sana. Supaya jangan malas nak menghias atau mencantikkan kediaman walau hanya disewa sementara kerana ianya tidak memerlukan kos yang tinggi pun. Yang penting, perancangan yang teliti dan bijak. Kerana bak kata pepatah “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih” jelas menggambarkan yang jika benar mahukan rumah yang cantik dan selesa, tak perlu tunggu cukup duit nak beli rumah sendiri pun. Mulakan dengan rumah yang disewa juga sudah memadai.
Terletak di Semabok, Bandar Melaka rumah sewa kampung yang mempunyai 2 bilik serta 1 bilik air ini dihias dengan konsep modern chinoiserie yang menggabungkan warna biru dan putih. Walaupun ruang terhad dengan keluasan 600 kaki persegi, tema itu dapat dizahirkan dengan baik sekali oleh pemilik. Perlu selalu diingat, hiasan dan susuan atur perlu disesuaikan dengan saiz ruang agar tidak nampak terlalu sarat dan serabut.
Mendapat ilham dan idea daripada perkongsian di IMPIANA sendiri, Puan Syafiqah mengambil masa lebih kurang 3 bulan sahaja untuk menyiapkan rumahnya sebelum musim perayaan yang lalu. Berlainan bagi setiap individu, beliau lebih selesa membeli barang online seperti di Shopee kerana mudah dan jauh lebih murah berbanding harga barang diluar sana. Jumlah RM1.5k termasuk perabot ruang tamu yang dibeli di kedai secondhand perabot hotel telah dibelanjakan. Pesan Puan Syafiqah lagi,
Bagi saya, untuk mula menghias kediaman, kena bermula dari rajinkan diri mengemas. Bila kemas, dari situ kita boleh fikir untuk idea dekorasi mengikut citarasa sendiri. Dan bagi saya, untuk menghias tidak perlu barang yang mahal, cukup nampak cantik dan harga berbaloi sudah memadai.
Ads
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Seperti yang sudah kita tahu, kesan bintik hitam atau tahi lalat muncul apabila pakaian dibiarkan lembap dan berkuap selama beberapa hari. Perkara ini boleh terjadi dengan sengaja ataupun tidak. Pasti kecewa apabila melihat pakaian kesayangan kita sudah bertahi lalat dan tidak lagi boleh digunakan kerana nampak kotor dan tidak kemas. Kebiasaannya, tahi lalat memang agak susah dan mustahil untuk dihilangkan. Tetapi jangan panik dulu. Cuba ikut langkah mudah ini untuk hilangkan tahi lalat pada pakaian anda, mungkin berkesan. Selamat mencuba!
LANGKAH-LANGKAHNYA :
1. Masukkan cuka kedalam baldi yang berisi setengah liter air.
2. Rendamkan pakaian yang bertahi lalat tersebut kedalam campuran tadi selama24 jam.
3. Selepas 24 jam, anda boleh cucui pakaian tersebut seperti biasa menggunakan sabun basuh baju.
4. Sediakan baldi berisi air panas dengan perahan limau nipis atau lemon.
5. Kemudian bilas pakaian yang sudah dibasuh menggunakan air panas dengan perahan limau yang telah disediakan tadi.
6. Biarkan pakaian selama beberapa minit didalam bilasan tadi kemudian ulang mencuci dengan sabun.
7. Selepas itu, bilas sahaja menggunakan air bersih.
8. Jika masih ada tahi lalat pada pakaian tadi, cuba ulang bilas dengan air panas + limau nipis/ lemon sehingga anda puas hati.
9. Jemur pakaian tadi di tengah panas sehingga betul-betul kering.
Antara perkara paling penting dan utama dalam proses menghias kediaman adalah pemilihan warna bagi setiap ruang dan juga perabot. Warna merupakan bahasa visual yang boleh difahami oleh semua orang walaupun dari latar belakang yang berbeza. Kita dapat berkomunikasi hanya dengan menggunakan warna sebagai ‘bahasa penghantar’ melalui pemilhan dan penggunaannya dalam seni hiasan dalaman. Jadi, untuk warna berbicara seiring dengan kehendak, kita perlu terlebih dahulu memahami dan mendalami bagaimana warna berfungsi dalam mempengaruhi mood atau suasana kediaman.
Warna pada dasarnya datang dalam tiga kategori iaitu aktif, pasif dan neutral. Warna-warna neutral termasuklah hitam, kelabu, putih dan coklat. Kebiasaannya, warna neutral digunakan untuk mewujudkan keseimbangan dalam hiasan yang menggunakan kedua-dua warna aktif dan pasif. Disini IMPIANA senaraikan skema warna asas untuk menghias kediaman anda agar nampak lebih sistematik dan menarik.
WARNA MONOKROMATIK Menggunakan satu warna tetapi dalam pelbagai variasi dari segi kepekatan atau saturation. Penggunaan skema monochromatic akan membuatkan ruang tampak elegan, kemas dan bersih. Monokromatik juga memberi suasana yang nyaman lebih-lebih lagi dengan penggunaan warna biru atau hijau yang digabungkan dengan warna neutral seperti putih, hitau atau kelabu kerana rona warna yang digunakan lebih sekata dan tidak menyakitkan mata.
WARNA ANALOG Menggunakan warna yang terletak bersebelahan dalam roda warna. Pilih satu warna yang lebih dominan dan gunakan (satu atau dua) warna disebelahnya untuk memperkayakan lagi pilihan skema warna ini. Skema warna analogous ini seakan sama dengan skema warna monochromatic tetapi menawarkan lebih nuansa atau kehalusan dari segi kemasan rona yang mampu mengubah suasana ruang.
WARNA PELENGKAP Untuk ruang dengan suasana lebih meriah atau vibrant, gunakan skema warna complementary. Pilih dua warna yang terletak bertentangan dalam roda warna. Contohnya seperti gabungan warna kuning dengan ungu, biru dengan oren dan sebagainya. Dua warna dengan kontras tinggi akan membuatkan ruang kediaman akan nampak lebih ceria dan bersemangat.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Cerita dapur sempit ni pasti ramai wanita kat luar sana mengeluh dan berbunyi kalau ada dan miliki dapur yang terhad keluasannya. Jangan lah marah Encik suami, sian dia dah beli rumah bagi isteri tersayang duduk kena marah pula sebab dapur sempit.
Isteri kena la pandai dan bijak bila mengemas dan menyusun ruang dapur agar selesa dan sesuai dengan keadaan. Jom IMPIANA share kan sikit langkah macam mana untuk anda semua.
Manfaatkan ruang tengah di antara kabinet dapur atas dan kabinet dapur bawah. Ruang tengah ini biasanya ditampal dengan jubin untuk mengelakkan dinding menjadi kotor dan berminyak. Namun, ruang ini anda boleh jadikan sebagai ruang kedua untuk menyimpan pinggan atau mengantung perkakasan memasak seperti senduk, pengepit, gunting dan sebagainya. Secara tidak langsung, anda boleh menjimatkan sedikit sebanyak ruangan dalam laci kabinet dapur anda.
2. Di bahagian belakang pintu dapur juga boleh dijadikan sebagai tempat untuk mengantung periuk, kuali, kain lap atau barang-barang yang anda rasa relevan untuk diletakkan di tempat tersebut. Tetapi janganlah terlalu banyak, nanti sukar pula nak tutup/buka pintu dapur.
3. Di bahagian belakang pintu dapur juga boleh dijadikan sebagai tempat untuk mengantung periuk, kuali, kain lap atau barang-barang yang anda rasa relevan untuk diletakkan di tempat tersebut. Tetapi janganlah terlalu banyak, nanti sukar pula nak tutup/buka pintu dapur.
4. Jika rajin, buat label di kabinet dapur agar barang tidak disimpan secara sesuka hati. Secara tidak langsung, ini akan membantu mendisplinkan diri anda dan juga penghuni yang lain.
5. Bagi menambahkan lagi kekemasan dalam dapur, gunakanlah balang-balang yang kedap udara dan sama saiz untuk menyimpan bahan-bahan masakan agar ia nampak selari dan teratur.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!