Walaupun Direka Dengan Bajet Yang Terhad, Binaan Kediaman Ini Tetap Tampak Unik & Estetik

Share

Tidak dinafikan, apabila kita mahu memulakan langkah untuk melakukan pengubahsuaian kediaman khususnya, antara perkara penting yang sering menjadi keutamaan adalah bajet kos perbelanjaan yang diperlu dilaburkan. 

Bukan sekadar itu sahaja, jumlah bajet kos perbelanjaan yang perlu dilaburkan bagi untuk melakukan pengubahsuaian rumah juga boleh menimbulkan kebimbangan serta perasaan yang hiba dalam diri bagi memiliki sebuah rumah idaman. 

Apabila berbicara soal jumlah bajet kos perbelanjaan pengubahsuaian kediaman, mungkin ada juga segelintir di kalangan anda yang beranggapan dengan jumlah kos perbelanjaan bajet yang terhad hasrat untuk memiliki sebuah rumah idaman tidak akan berjaya dikecapi. 

Namun tahukah anda, dengan kos perbelanjaan yang terhad anda sebenarnya mampu menghasilkan rekaan binaan sebuah rumah yang cantik bersama konsep yang anda ingin tampilkan pada kediaman anda.

Sebagai pemiliki kediaman, anda seharusnya perlu bijak berbelanja dan teliti dalam mengatur setiap langkah pengubahsuaian bagi kediaman anda. Kita mesti mahu sentiasa memberikan yang terbaik untuk rumah idaman kita, betul tak?

Seperti contoh perkongsian menerusi beberapa keping foto di atas, anda dapat lihat sebuah binaan rumah yang memiliki ciri-ciri rekaan yang menarik dan cantik meski dengan bajet kos perbelanjaan yang terhad.

Bagi anda yang mempunyai kos bajet perbelanjaan yang terhad bagi pengubahsuaian rumah, anda disarankan untuk menggunakan bahan-bahan binaan kos yang lebih murah sebagai pilihan. Selain anda juga digalakkan untuk bertukar daripada pengunaan jubin kepada kemasan simen licin untuk seluruh ruang permukaan lantai kediaman anda.

Apabila melihat hasil binaan rumah ini setelah siap sepenuhnya, sememangnya akan terzahir rasa kagum melihat keindahan kediaman yang sangat menakjubkan ini. Jadi, diharapkan perkongsian ini juga boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi dan pemangkin semangat kepada anda semua.

Foto: Facebook Kakideko

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

Baca artikel berikutnya: Dekorasi Bertemakan Rona Emerald Green, Buat Hiasan Dalaman Tampak Lebih Elegan

IKLAN