Penjagaan pemakanan adalah untuk pastikan ibu mendapat zat makanan yang secukupnya untuk pemulihan selepas bersalin. Dalam menu untuk berpantang, jangan lupa masukkan sekali sayur-sayuran dan ulam-ulaman ya sebab ianya kaya dengan fiber, vitamin dan mineral serta membantu ibu dari menderita akibat sembelit.
Sayuran yang tidak boleh dimakan semasa berpantang
Ramai ibu yang tidak pasti dan keliru sayuran jenis apakah yang boleh dimakan sewaktu berpantang dan sayuran apa yang perlu dielakkan ketika berpantang. Ibu berpantang secara normal atau pun pembedahan tidak digalakkan untuk mengambil sayuran yang menjalar, sejuk dan berangin. Ini kerana sayuran yang tumbuh secara menjalar ni boleh menyebabkan ibu kembung, lemah sendi dan sejuk pada otot. Contoh sayuran menjalar seperti pucuk ubi, petola, kangkung, timun, rebung, labu, bayam, terung, sayuran kekacang dan petai.
Ads
Sayuran yang boleh dimakan semasa berpantang
Ads
Ibu berpantang sangatlah digalakkan untuk makan sayur sawi, peria, lobak merah dan lobak putih. Pengambilan sayur sawi adalah bertujuan untuk membuang angin. Sayur peria pula memudahkan ibu untuk membuang air besar di samping membantu membersihkan dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan.
Ads
Ulam-ulaman dan Rempah Ratus yang Boleh Dimakan semasa Berpantang
Halia, serai, lengkuas, bawang putih, pucuk pegaga, pucuk mengkudu, pucuk ulam raja, jantung pisang, kunyit hidup adalah ulam-ulaman yang kaya dengan fiber, zat galian mineral dan pelbagai vitamin seperti vitamin A, C dan E yang bersifat antioksidan.
Fungsi utama makanan jenis ini adalah untuk mencuci darah, merangsang peredaran darah, menyembuhkan luka dalaman dan luaran, membuang angin dalam badan, mengembalikan tenaga dan kecergasan badan. Tak hairanlah kalau orang dulu dulu semangat masak dan sediakan macam-macam jenis ulam disebabkan khasiatnya yang cukup banyak. Selain tu, penggunaan rempah ratus dalam hidangan utama terbukti dapat memulihkan kesihatan selepas melahirkan cahaya mata.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kajian menunjukkan bahawa di dalam perut lipas terdapat cacing halus dan lembut. Jadi jika anda memukul atau menghalau lipas menggunakan surat khabar ataupun penyapu, kemungkinan cacing dalam terdapat di dalam perut lipas itu akan terkeluar dan merayap mencari tempat yang baru. Cacing halus ini sukar dilihat dengan mata kasar kerana saiznya yang kecil tetapi ia boleh memasuki tubuh kita melalui pori-pori kaki ataupun jika kaki kita luka. Sangat bahaya!
Oleh itu, apa kata selepas ini jika mahu menghalau atau membunuh lipas anda cuba aplikasikan tip yang IMPIANA sediakan ini;
1) Ambil sebuku sabun mandi dan potong dadu. Kemudian letakkan ketulan kecil sabun ini pada setiap kawasan yang mempunyai lipas. Biarkan sahaja selama beberapa hari dan lihat hasilnya.
2) Potong dan letakkan hirisan lemon di kawasan yang ada lipas dan lipas akan bertempiaran lari selepas terkena lemon itu. Selepas beberapa hari, apabila lemon sudah kering, gantikan dengan lemon yang baru.
3) Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat yang terdapat banyak lipas. Kemudian secara perlahan-lahan lipas akan mati.
4) Seterusnya, Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.
5) Jika terlalu banyak lipas, sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek, kemudian campurkan bersama serbuk penaik dan gaul. Buat seperti bergedel dan letak di tempat banyak lipas.
6) Letakkan hirisan daun pandan di dalam uncang dan jangan lupa untuk tebuk uncang itu, kemudian letakkan di dalam laci atau di tempat pembiakan lipas.
Perlu Tahu!
Banyak kes keracunan makanan disebabkan oleh kuman yang dibawa oleh lipas. Hasilnya, ramai yang mendapat cirit-birit, hepatitis, disenteri, penyakit taun, kudis malah pembengkakan pada mata.
Apakah yang dilakukan oleh lipas pada makanan kita sehingga tercemar dengan banyak bakteria yang boleh membawa penyakit?
Sebenarnya lipas mempunyai satu tabiat yang buruk semasa makan. Lipas yang sedang makan akan melakukan ‘regurgitasi’ iaitu memuntahkan balik apa yang dimakan di tempat ia sedang menikmati makanan. Maka, semasa mereka makan, lipas meninggalkan bakteria-bakteria yang berbahaya berserta dengan najis-najisnya sekali yang dilumuri pelbagai jenis kuman lagi.
Di Malaysia sahaja terdapat sehingga 4000 spesies lipas yang mempunyai ciri-ciri yang berbeza tapi tidak ketara.Lipas membiak dengan banyak di dalam telurnya antara 6-16 ekor dalam setiap sebiji telur. Apabila matang, telur akan menetas dan mengeluarkan banyak anak-anak lipas. Biasanya, lipas akan menyimpan telurnya dan melekatkannya pada perabot, pakaian, dalam almari dan tempat-tempat yang kurang terusik sehinggalah telur tersebut menetas.
Sumber: Internet / Quaisz
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Antara kejadian yang boleh buat hilang mood adalah apabila sinki atau saluran air di mana-mana bahagian kediaman kita tersumbat. Kucar-kacir dapur dibuatnya dengan pinggan mangkuk yang bertimbun dan air bertakung, memang stress lah!
Tambahan pula ada yang ahli keluarga ramai dan memang memerlukan sinki untuk nak cuci segala macam benda, pastinya perkara ini akan menjadi masalah besar dan perlu diselesaikan dengan secepatnya.
Tapi ibu-ibu boleh tarik nafas lega kerana masalah ini ada penyelesaian mudah tanpa perlu panggil plumber. Hanya dengan tiga bahan yang sudah ada didapur, sinki anda akan kembali berfungsi seperti biasa. Jom ikuti perkongsian Puan Damia Hannah ini.
Salam semua.. ok nak tunjuk resepi masakan baru berasaskn 3 bahan … hehe gurau naaaa….. ni skill kita pompuan2 nak settle kan masalah longkang atau saluran air TSUMBAT tahap makhluk asing mnguasai … senang je. Tengok caption and selamat MENCUBA!!!
SALUR AIR BILIK AIR AKAK TERSUMBAT BARU2 NI.. DAH DEKAT 4 HARI TAU?? then tingat la dulu pernah wat skill ni.. tapi sebelum tu tak confident sebab dulu tak truk cmni. Yang ni blok habis sinki yg alirannya sekali (ikut teori akak jela hehe) . Longkang luar tu pun sumbat. Adeh tak sanggup haku .. Sebelum ni akak dah pernah la tunjuk skill ni tapi takde video… now dapatla buat testimoni lagi sekali ..
JADI OLEH SEBAB TERLALU TERUK AKAK BELI 2 BAKING soda! Hambik… siap la. SO BELI JE KAT SPEEDMART NI…. TAK SAMPAI 10 HINGGIT.
Hehe..saja nak interframe. Pic selepas BERJAYA!! ALHAMDULILLAH… SELAMAT MENCUBA BAGI YG ADA MASALAH NI…. TAK YAH FENING2 PANGGIL PLUMBER K…..
Haaa ni memang nak basuh pinggan tension!
1) Tuang baking soda tu.. dengan penuh kasih syg and kesungguhan… sambil berdoa semoga urusan jalan lancar…
2) Then msukkn pulak cuka. Tengok kemeluapannya haha… tunggu jap 5 min.
3) Masa ni sy off on video pegi ambil air panas n curah air panas yg baru pas menggelegak tu…. ! Pastikan panas tahap mggigil nk bawak tau.. akak tak dpt amik pic tengah curah ayaq panaih sebab tgn akak dua je.. tak kan guna kaki lak…sorry.
4) Dan SABAR tunggu .. akak punya proses ambik masa 1/2 jam lbih. (Sempat g solat masa ni) selesai solat dengar2 bunyi gelegak and air down serta merta, TAK SEMPAT AMIK VIDEO..
OK PENTING!! JGN EXPECT KORANG DPT HASIL IMMEDIATELY TAU.. tunggu dalam 1/2 jam.. sat g akan kedengaran seakan bunyi kahak pekat dikeluarkan.
Selamat mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kehadiran cicak di dalam kediaman adalah petanda. Petanda apa pulak ni? ia menunjukkan kediaman anda tidak bersih. Bukan sahaja tinja cicak yang mengotorkan rumah, kehadiran serangga kegemaran cicak seperti semut dan lalat pun mengundang masalah.
Bukan mudah ye nak musnahkan cicak di dalam rumah. Macam-macam jenis perangkap dan racun digunakan. Akan tetapi, kaedah tersebut tidak akan bertahan lama jika ada beberapa perkara lain yang tidak anda lakukan terlebih dahulu. Sekali lagi, puan Hani Mynis berkongsi tip kediaman di akauan facebook miliknya.
Hani tahu ramai yang tunggu hani post pasal pengurusan cicak kat rumah ni. Hani anti kat cicak ni bukan lah sebab semata-mata sebab geli dengan cicak tapi najis nya yg merata-rata tu mengotorkan dan susah nak dibersihkan bila dah kering
Punyalah hani anti (dan geli ) dengan cicak, ha hambik satu post hani buat khas utk dia haha
Sebelum hani kongsi macam mana nak elak atau taknak cicak masuk rumah ni, jom kita berkenalan dengan cicak ni dulu. Kita dah kenal dia baru kita boleh “hapus”kan dia hehe
BIODATA CICAK
Makanan cicak : binatang/serangga kecil seperti semut, nyamuk, lalat, kumbang, unggas, labah-labah kecil.
Pemangsa cicak: burung
Habitat cicak : Tempat yang hangat (disebabkan sekarang ni kan musim hujan sebab tu banyak cicak masuk rumah, dorang sejuk kat luar tu ), belakang almari, belakang tv, sekitar peti ais, sekitar lampu, belakang bingkai gambar dan cermin.
Kesukaan : persekitaran yang kotor, tempat yang berbau hapak seperti timbunan kertas terutamanya surat khabar, timbunan kasut, timbunan baju
Kebencian : bau yang tengik seperti bau bawang merah, bawang putih, tembakau, cuka, ubat gegat
Berdasarkan profile cicak kat atas ni hani senaraikan 10 cara nak elakkan cicak berkampung kat rumah kita
1. Hilangkan bekalan makanan cicak kat rumah kita , iaitu kita uruskan dulu masalah nyamuk dan semut yang banyak kat rumah. Gunakan racun semut (yang jual sepeket rm1 tu sangat berkesan) dan hapuskan tempat pembiakan nyamuk. Bila bekalan makanan dia tak ada kat rumah kita automatik cicak akan berkurang atau tak ada langsung. Hani gunakan cara ni juga yang menyebabkan kat rumah hani susah nak jumpa cicak
2. Disebabkan cicak takut kat burung, bela burung kat rumah! Eh eh haha takyah sampai cmtu sekali memadai sediakan jejak burung seolah2 ada burung kat rumah kita dgn cara :
-Letak beberapa kulit telur burung puyuh kat area tingkap atau mana2 tempat cicak boleh masuk. Dia nampak je telur burung puyuh tu confirm tak jadi masuk rumah haha
-Lekatkan bulu pelepah burung kat tempat masuk cicak tu. Kalau nak cantik boleh letak bulu pelepah burung merak lekatkan dinding jadikan perhiasan.
3. Disebabkan cicak suka lepak belakang almari dan bingkai cermin dan dinding, semasa susun atur perabot jangan rapatkan perabot kat dinding. Jarakkan dalam 10 cm dari dinding. Kalau kat rumah banyak cicak, kurangkan perhiasan sangkut2 mcm bingkai cermin dan gambar.
4. Jaga kebersihan rumah, pastikan tong sampah bertutup. Sebab bila sampah dan sisa makanan tarik perhatian lalat, automatik cicak pun datang ramai2 panggil geng dia sbb banyak makanan dia kat rumah tu haha
5. Elakkan suka melonggok barang samada kain-kain, kertas dan kasut. Kitar semula surat khabar lama. Re-organise semua barang supaya teratur dan berada di “rumah” dan tempat khas untuk setiap barang2.
6. Letakkan beberapa ulas bawang putih atau hirisan bawang merah dalam kabinet. Tapi ini kena berhati-hati sebab perlu ditukar selang 3 hari. Kang membusuk lain pulak jadinya.
7. Letak ubat gegat dalam kabinet atau laci. Tapi laci/kabinet berisi makanan tak digalakkan.
8. Lap permukaan meja makan/ kaunter kabinet dengan semburan campuran cuka untuk elakkan cicak melintas atas meja makan kita
250ml air biasa (air paip)
50ml cuka (cuka murah2 je cuka sintetik pn ok)
3 sudu plastik dish soap (hn guna Joy)
1 sudu plastik dettol
9. Guna pelekat perangkap lalat. Boleh beli di Eco. Tampalkan di sebelah peti ais atau belakang tv, bingkai cermin atau gambar. Cicak akan melekat kat atas pelekat tu dan kita boleh buang bila dah ada beberapa cicak melekat. Tak digalakkan utk org penggeli cicak mcm hani hahaha hani x berani buat ni
10. Bela kucing sbb kucing boleh tolong tangkap cicak, bukan setakat cicak kadang2 sumpah2 pun dorang boleh “hadiahkan” kat tuan dia
So pilihlah cara yang mana satu yg nak diguna utk singkirkan cicak kat rumah.
Semoga bermanfaat.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.