Laman

Teknik Tanam Serai Dalam Pasu Menjadi

Share

Bagi anda yang mempunyai kekangan ruang tapi minat berkebun, sudah pasti kaedah tanaman berpasu menjadi piliha. Namun, tidak semua tanaman sesuai menggunakan kaedah tanaman ini terutamanya pandan, serai, pokok kari dan sebagainya.

Jika berjaya ditanam pun, kebiasaanya pemilik akan mengalami masalah di mana tanaman tumbuh secara tidak optimum seperti terlalu kurus dan tidak produktif. Namun dengan tiknik tanamn dan penyelenggaraan yang sesuai, hasil tanaman berpasu lebih berkualiti daripada yang ditanam terus atas tanah. Berikut video cara pembiakkan serai di dalam pasu dan cara penyelenggaraanya:

Artikel berkaitan : Cara Mudah Tanam Pandan Dalam Pasu Yang Memang Menjadi

Penyelenggaraan

Menyiram. Di peringkat awal penanaman, Serai perlu disiram sekurang-kurangnya sehari dua kali . Ia berupaya menggalakkan tahap kematangan dan kestabilan serai kepada medium dan persekitarannya. Selepas 7 hari atau serai kelihatan mula stabil, kadar siraman perlu dikurangkan. Sekurang-kurangnya sehari sekali.

Pembajaan. Untuk mendapatkan perut serai yang gemuk, baja perlu di gunakan sekurang-kurangnya dua minggu sekali. Gunakan baja organik seperti air belacan.

IKLAN