(VIDEO) Rak Tanaman Bertingkat Dari Batu Blok Pasir SUPER MUDAH

Share

Nak bina rak untuk letak tanaman biasanya memerlukan tenaga dan kemahiran yang tinggi. Almaklum lah, khuatir rak yang dibina nanti roboh pulak kan. Tapi ada cara yang lebih mudah dan cepat yang boleh anda lakukan dengan menggunakan cinder block atau blok batu pasir.

Macam tak percaya sahaja kan. Blok batu pasir ini kebiasaanya digunakan untuk tujuan pembinaan bangunaan. Tapi macam mana boleh jadi rak tanaman yang awesome ni? Jom ikuti langkah yang telah disediakan oleh garden answer.

Bahan-bahan: 

– Beberapa biji blok batu pasir mengikut rekaan dan ketinggian yang anda inginkan
– Pewarna pelaka / poster
– Span kraf
– Beberapa keping rekaan stencil
– Jaring stainless steel
– Plastik hitam atau landscape fabric 

Cara-cara: 

1. Gunakan pita pelekat kertas untuk membentuk pattern pada dinding batu blok pasir mengikut kreativiti anda

2. Cat kan pattern yang telah dirancang dengan menggunakan cat pelaka dan span kraf

3. Untuk mempelbagaikan pattern, gunakan kepingan stencil untuk mendapatkan corak yang lebih menarik

 

4. Pelbagaikan lagi corak dan warna agar rak batu blok pasir anda lebih menarik

5. Apabila semua rekaan telah kering sepenuhnya, susun mengikut kreativiti anda.

6. Letakkan jaring stainless steel pada setiap permukaan yang tak di jadikan sebagai ruang tanaman. Ia bertujuan untuk mengelak medium tanaman dari jatuh

7. Pada setiap lubang tanaman, letakkan plastik hitam untuk menampung medium

8. Isikan medium tanaman dan berikan ruang untuk rootball 

9. Tanam tanaman mengikut cita rasa anda pada ruang-ruang yang disediakan

DAH SIAP!

Sumber: Garden Answer 

IKLAN