Masalah sinki tersumbat memang ramai yang selalu alami. Tapi ramai yang tidak tahu ada cara mudah untuk atasi masalah sinki tersumbat. Caranya ialah hanya gunakan baking soda dan juga cuka makan. Kemudian gunakan air panas untuk melarutkan semua sisa bendasing yang menyebabkan sinki kita tersumbat. Tak perlu panggil tukang paip lagi lepas ni.
2. Gosok permukaan meja kayu anda dengan menggunakan mesin sander. Pastikan keseluruhan permukaan kayu licin dan sekata.
3. Cat kan perabot anda dengan menggunakan cat kayu berwarna putih untuk lapisan pertama.
4. Kemudian sapukan pula dengan cat warna hitam. Jangan cat pada keseluruhan perabot, anda perlu campurkan dengan warna lain untuk dapatkan reka bentuk yang menarik.
5. Tutup permukaan yang telah di cat untuk memulakan cat warna lain pada bahagian hadapan perabot.
6. Sapukan cat pada bahagian laci perabot.
7. Kemudian sapukan cat warna gold.
Jom lihat antara perabot lain yang telah dihasilkan oleh Encik Imran.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Hanger atau penyangkut baju antara perkara yang paling orang geram bila bersepah. Cara mudah adalah sangkut kan semula pada ampaian atau rak baju selepas digunakan. Tapi bila terlalu banyak ia akan makan ruang pula.
Jadi ada yang ambil keputusan untuk letak dalam bakul. Haaa… ni masalah lain pulak. Bila nak guna kita ambil dalam bakul satu semua terikut. RIMASNYA… Lepas tu, pergi Shopping mall. Tengok kat butik-butik pakaian tu, berkenan je tempat simpan penyangkut baju yang diletakkan dekat kaunter bayaran mahupun fitting room. Berangan kan best kalau ada satu macam tu kat rumah. Tapi harganya pulak buat poket bocor.
Ini tip mudah menyimpan penyangkut baju, Impiana paparkan perkongsian En Mohd Azrin Roselan di dalam akaun facebooknya.
Saya dan isteri selalu sahaja mengalami penyangkut baju bersepah dan hilang. Ting! tiba-tiba dapat idea untuk hasilkan rak penyimpan penyangkut baju dari paip PVC.
Project DIY hujung minggu menghasilkan rak tempat letak penyangkut baju murah dan mudah.
Bila dah ada rak penyangkut baju tiada lagi masalah penyangkut baju bersepah dan hilang. Kalau hilang juga tentu ia hilang sekali dengan raknya sekali.
Modal nak hasilkan rak penyangkut baju sekitar RM20. Bahan-bahan yang diperlukan:-
1. Paip PVC 15mm sepanjang 9 kaki
2. Gam paip PVC
Kos upah: Air Sirap.
1. Pasang paip 5″ pada elbow dan 3 joint untuk bahagian A
2. Pasang paip 5″ pada 3 joint untuk bahagian B
3. Pasang bahagian A dan B
4. Sambung paip 8″
5. Pasang elbow pada paip 8″ untuk bahagian C
6. Pasang paip 33″ pada kaki rak dan bahagian C tadi
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Pernahkah anda mendengar kes mozek lantai rumah ‘meletup’? Atau dalam kata lain, keadaan di mana mozek lantai tercungkil keluar. Kebiasaannya fenomena ini terjadi selepas beberapa tahun rumah siap dan lebih kerap berlaku jika menggunakan mozek yang bersaiz besar.
Terdapat beberapa sebab kepada fenomena ini antaranya :
1. Tanah di tapak rumah mendap.
2. Tidak menggunakan besi BRC pada tapak lantai.
3. Pemasangan mozek yang tidak mengikut spesifikasi.
4. Kesukaran pemasangan konkrit sekata pada semua bahagian mozek terutama untuk mozek bersaiz besar menyebabkan terdapat poket udara yang boleh mengembang.
Ini Cara Penyelesaian!
Cara untuk memperbaikinya adalah membongkar papan jubin yang telah dipasang. Selepas itu, bersihkan permukaan dasar lantai dari kotoran yang melekat dan biarkan hingga dasar lantai kering. Pasanglah jubin yang baru dengan pelekat yang elastic. Salah satunya adalah pelekat dengan bahan polyurethane.
Agar tidak berlaku lagi, pasanglah joint sealent setebal 2cm pada permukaan jubin dengan dinding.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Dalam kediaman moden hari ini, ruang hiburan bukan lagi sekadar sudut untuk menonton televisyen. Ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup, tempat keluarga berkumpul,...