
“Vented, Condenser & Heat Pump”- Kenali 3 Jenis ‘Dryer’ & Punca ‘Overheat’ Sebabkan Kebakaran. Mesin Pengering Pakaian (dryer) bagaikan satu keperluan dan gaya hidup buat pemilik kediaman masa kini. Ia dapat menjimatkan masa, lebih-lebih lagi bagi kediaman yang berkeluasan terhad seperti kondominium dan apartmen.
Sekiranya berhasrat untuk membeli pengering pakaian (dryer) di rumah, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira untuk mengelakkan daripada tersalah beli.
3 Jenis Kategori Dryer
Mesin pengering baju mempunyai tiga jenis kategori yang berbeza iaitu Vented, Condenser dan Heat Pump.

Jenis Vented

Mesin pengering baju jenis Vented harganya jauh lebih murah berbanding Condenser dan Heat Pump. Jika kita lihat di kedai barangan elektrik, harganya dijual sekitar dalam anggaran RM800 ke atas.
Namun, untuk jenis ni anda harus letak mesin pengering baju di kawasan luar kerana ia memerlukan aliran wap air dekat luar. Sekiranya mahu letak dalam rumah, anda kena sediakan satu saluran untuk tujuan keluarkan air tu.

Jenis Condenser
Manakala untuk jenis ‘Condenser’ pula harganya agak sedikit mahal, sekitar RM1200 ke atas. Bagi jenis anda tidak ni perlu letak luar rumah kerana ia memiliki satu fungsi yang membolehkan wap akan ditukar menjadi air lalu disimpan dalam bekas yang ada pada mesin.
Cuma, setiap kali selepas keringkan baju, anda kena buang air tu secara manual. Dari segi penggunaan elektrik pula agak sedikit tinggi jadi akan ada penambahan sebanyak RM15 hingga RM20 jika anda mengunakannya setiap hari.
Jenis Heat Pump

Konsep dan fungsi jenis ‘Heat Pump’ masih sama dengan Condenser’ cuma berbeza dari segi kualiti dan ciri-ciri fungsi istimewa yang lain. Harga yang dijual sekitar RM2000 ke atas dan menjadikan mesin pengering baju jenis ‘Heat Pump’ antara yang termahal.
Ini kerana penggunaan kuasa elektrik bagi mesin pengering baju jenis ini sangat minima, sekitar 800watt sekali penggunaan.
Bukan itu sahaja, tempoh masa yang diperlukan untuk jenis ini sangat singkat dan pantas. Jadi dapat menjimatkan masa anda yang pastinya!

Jadi jenis pilihan mana yang paling berbaloi dan sesuai untuk dibeli? Bak kata pepatah, tepuk dada tanya selera.
Meski anda perlu berbelanja lebih untuk mendapat mesin pengering baju jenis ‘Heat Pump’ yang dilengkapi dengan pelbagai kelebihan fungsi dan ciri-ciri istimewa lain maka ia boleh disifatkan sebagai satu pelaburan yang bijak. Bak kata orang, biar alah membeli, menang memakai.
🔥 Punca Dryer Overheat & Kebakaran
Lint Trap / Filter Tersumbat
– Serabut kain (lint) terkumpul pada penapis & saluran angin.
– Bila airflow tersekat, haba terkumpul → risiko terbakar tinggi.Saluran Udara (Vent Hose) Kotor / Tersumbat
– Debu & habuk melekat dalam hose → udara lembap tak boleh keluar.
– Mesin jadi panas melampau, boleh spark api.Overload Baju
– Masukkan terlalu banyak baju dalam dryer.
– Motor & heating element kerja keras, panas naik mendadak.Komponen Rosak (Thermostat / Heating Element)
– Kalau thermostat gagal detect suhu → dryer terus panaskan tanpa henti.
– Heating element retak / short circuit pun boleh jadi pencetus api.Penyelenggaraan Tak Teratur
– Tak pernah cuci filter, hose & bahagian dalam mesin.
– Habuk + haba + elektrik = resepi kebakaran.Lokasi Dryer Tak Sesuai
– Letak dryer dalam ruang sempit tanpa ventilation.
– Haba terkumpul lebih cepat, bahaya kalau ada bahan mudah terbakar dekat sekeliling.
Dryer Safety Checklist
Sementara itu, jika menggunakan dryer pastikan ikut ‘checklist’ ini sebagai langkah keselamatan dalam menggunakannya.
✅ Do (Amalkan)
Bersihkan lint filter setiap kali lepas guna.
Cuci vent hose & saluran udara setiap 6 bulan.
Pastikan dryer ada ruang ventilasi mencukupi.
Masukkan muatan baju sederhana (jangan overload).
Servis dryer secara berkala (check thermostat, wiring, heating element).
Guna soket yang stabil & sesuai dengan voltan.
❌ Don’t (Elakkan)
Jangan biarkan dryer berjalan tanpa pengawasan (terutama waktu tidur).
Jangan biarkan habuk & serabut terkumpul.
Jangan campur kain dengan bahan mudah terbakar (minyak, thinner, tisu basah).
Jangan guna extension murah untuk dryer (risiko overheat socket).
Jangan letak dryer dalam ruang sempit / tertutup.

IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat bagi yang ingin membeli dan menggunakan mesin pengering pakaian di rumah. Guna dengan cara yang betul bagi mengelakkan dryer overheat, sekaligus boleh mengakibatkan kebakaran di rumah.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.

Baca artikel berikutnya: Nak Beli ‘Wing Chair’ Tapi Tak Tahu Nak Pilih Mana Yang Sesuai? Ini Tips Untuk Anda!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di


