Ular Sawa 80 Kg Jatuh Dari Siling Bilik, Penghuni Rumah Cemas

Ular sawa 80 kg jatuh dari siling bilik, penghuni rumah cemas. Penghuni sebuah rumah di Kampung Kempadang, Kuantan gempar apabila seekor ular sawa gergasi seberat lebih 80 kilogram tiba-tiba jatuh dari siling bilik kediaman berkenaan.

Ular Sawa 80 Kg Jatuh Dari Siling Bilik, Penghuni Rumah Cemas

Menurut pemilik rumah, Mazlan Zakaria, 67, dia pada mulanya terdengar bunyi runtuhan sebelum mendapati siling bilik anak perempuannya roboh. Tidak lama selepas itu, sekali lagi kedengaran bunyi kuat dan apabila diperiksa, seekor ular sawa sepanjang kira-kira 10 meter kelihatan berada di atas katil bersama serpihan siling yang jatuh.

Ular Sawa 80 Kg Jatuh Dari Siling Bilik, Penghuni Rumah Cemas

 

“Kebelakangan ini memang terdapat bunyi di atas bumbung, saya ingat tikus atau anak musang yang berlari pada waktu malam dan hari ini kami sekeluarga dikejutkan dengan kehadiran ular yang sangat besar dari siling bumbung rumah.

“Kami segera buat panggilan 999 untuk minta bantuan sebelum pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) datang mengeluarkan ular berkenaan dari rumah,” katanya ketika ditemui.

Ular Sawa 80 Kg Jatuh Dari Siling Bilik, Penghuni Rumah Cemas
Foto: Bernama

Anak perempuan Mazlan yang dikenali sebagai Wani, 20, pula mendedahkan bahawa sekitar dua tahun lalu, rumah mereka pernah juga ‘disinggahi’ reptilia yang sama.

Ads

“Ketika itu ular hanya berada di laman rumah, tak sempat masuk dan ditangkap, tetapi hari ini seekor lagi berada di atas siling bilik. Mujur ketika kejadian saya berada di luar bilik,” jelasnya.

Ular Sawa 80 Kg Jatuh Dari Siling Bilik, Penghuni Rumah Cemas

Sementara itu, Pegawai APM Daerah Kuantan, Mejar (PA) Zahidi Zainudin berkata pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada jam 11.53 pagi sebelum mengerahkan 10 anggota bersama dua pegawai ke lokasi.

Ular Sawa 80 Kg Jatuh Dari Siling Bilik, Penghuni Rumah Cemas

Ads

Beliau menjelaskan proses mengeluarkan reptilia tersebut mengambil masa kira-kira 45 minit berikutan saiznya yang sangat besar.

“Ular itu akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sumber: Bernama

Baca artikel lain juga: Rumah Bujang Flat Kos Rendah, Bermula Unit Kosong Lantai Simen Kini Nampak Eksklusif

Ads

Bunga Yang Elok Ditanam Supaya Rumah Jadi Wangi, Pewangi Semula Jadi Yang Menyegarkan

Bata Tanah VS Bata Simen/Press: Mana Satu Lebih Baik Untuk Buat Rumah

 

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip dekorasi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads