Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang sangat diperlukan dalam semua bidang kehidupan manusia. Seperti projek membuat open wardrobe oleh saudara Izat Akmal ini.
Walaupun nampak simple tapi sesuai untuk meletakkan pakaian terutamanya bagi anda yang mempunyai anak lelaki.
Ads
Ini perkongsiannya :
Assalam semua.. projek pkp open wardrobe baju sekolah anak.. disebabkn budak laki ni dia lasak sikit sampai almari baju lama trcabut pintu, so diy sendiri yg lebih kukuh.
Ads
Material besi hollow 1.5inci x 0.5inci kayu hevea board besi jaring diamond mesh
Ads
heveaboardsiap cat rangkacat alas
nampak tegap, harap dpt la bertahan
Amik masa 2 hari untuk siap rangka, dan 1 hari untuk cat kering.. alhamdulillah, siap dan puas hati.
dah siap susun baju,walau sekolah lambat lg nk buka
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Buat sendiri rak dapur? Kedengarannya agak sukar namun bagi pencinta seni seperti Norpadilah Binti Afandi menyukai kerja-kerja pertukangan atau lebih tepat DIY. Laci dari kayu lama ditukar menjadi rak dapur yang memberi manfaat di dapur. Bila dah dicat, hasilnya memang terserlah seninya. Anda yang berhajat nak buat sendiri ini boleh ikut langkah berikut.
1. Laci rosak dan terpakai. Kita hanya guna papan kiri kanan dan belakang sebab bahagian depan bukan kayu solid, tapi campuran habuk papan.
2. Laci terpakai macam ini dan papan 4 keping untuk buat pintu rak.
3. Guna gam kayu untuk gam papan pintu rak.
4. Bila gam kering dan kuat dalam anggaran 4 jam, boleh attach paku tembak atau stapple khas untuk perabut tu. Tapi kalau tak ada alatan itu,antara solusinya kita boleh guna bracket macam ni. Ketuk bracket bagi rata dan pakukan ke cantuman papan untuk kukuhkan lagi ketahanan pintu.
5. Boleh gosok guna kertas pasir untuk licinkan permukaan bagi memudahkan kerja mengecat nanti.
6. Kita gunting chicken wire atau dawai mata punai ( beli kat hardware ).Ikut saiz pintu dan stapple kan.
7. Pasangkan plywood di bahagian belakang dan papan rak ikut kesesuaian macam ni pada laci tadi.
8. Kita cat guna cat air biasa warna putih dengan kaedah guna kain buruk untuk bagi nampk rustic.
9. Pasangkan aksesori dan kunci. Kita guna dawai biasa dan aksesori tu tombol pintu kabinet yang dah patah, kitar semula.
Gazebo sebenarnya sudah lama berada di laman-laman rumah masyarakat Melayu sejak zaman dahulu lagi. Jika dulu lebih dikenali sebagai pangkin dan sangat popular kerana ia adalah lokasi duduk santai ketika petang.
Tapi siapa sangka, rupanya Gazebo ini boleh dibina sendiri. Lelaki bernama Abu Kasim Md Jani ini berkongsi yang beliau hanya berbekalkan carian di Google dan panduan dari tukang untuk menghasilkan gazebo seperti yang diinginkan.
Bagi yang nak cuba, perkongsian beliau boleh dijadikan rujukan.
First time buat gazebo. Asalnya kawan bagi tiang 4 batang, nekad buat saja. Memang puas tanya tukang, tengok gazebo orang dan Google. Beranikan diri jer buat.
1.Penyediaan tapak, tambak dan ratakan tanah.
2.Buat tapak. Tiang batu beli 2 batang, potong dua.
3.Tegakkan tiang, letak saja kayu atas tiang batu. Tapi pada batu bubuh puting besi 2 inci masuk ke tapak tiang supaya tiang kayu tak bergerak.
4.Buat rangka bumbung. Pasang bahagian bawah dulu. Sampai atas nanti pasang tongkat supaya tak bergerak.
5.Buat lantai. Skirting bawah guna papan biasa kemudian potong buat design. Dah siap lantai sapu minyak guna Timbertone tapi saya campur sikit cat hitam untuk bagi gelap lagi.
6.Pasang kipas dan lampu (upah kawan). Buat siling. Kalau nak senang cat putih siling asbestos 2×4 tu. Letak sebelah atas baru paku dengan kayu gegulung untuk bubuh genting.
7.Siap. Papan bunga kat sisi tu pun buat sendiri. Sekarang baru tahu mengapa orang buat gazebo tak buat bumbung nasi lemak. Sebab banyak pakai genting, rabung dan muncung itik kat hujung tu.
Ini hasilnya gazebo ukuran 8×8 bermodal RM3k, lagi jimat dari upah orang buat.
Terbaru dah ada penambahan tangga dan lantai.
Semoga artikel ini bermanfaat kepada semua dan selamat berdiy!
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.