
Pintu bilik bukan sahaja berfungsi sebagai penghalang antara bilik-bilik tetapi juga memainkan peranan penting dalam reka bentuk dalaman dan keselamatan sesebuah rumah. Apabila tiba masa untuk menukar tuil pintu pemegang atau tombol, pemilihan jenis pemegang memainkan peranan besar terhadap keselesaan dan keselamatan penghuni.
Kenapa Pilih Tuil Pintu Pemegang Berbanding Tombol?
Jika anda ingin menukar tombol pintu yang telah rosak, pertimbangkan untuk memilih tuil pintu pemegang kerana ia lebih mesra pengguna. Cadangan ini dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, seorang Doktor Perubatan Rehabilitasi Fizikal.

1. Mesra Warga Emas
Tuil pemegang boleh dipulas menggunakan kekuatan lengan, menjadikannya lebih mudah berbanding tombol yang menggunakan kekuatan pergelangan tangan. Oleh itu, tuil pintu pemegang lebih mesra kepada warga emas yang mempunyai masalah sendi atau arthritis.
2. Mesra Kanak-Kanak
Reka bentuk tuil pemegang membolehkan kanak-kanak menggunakan kedua-dua tangan dan berat badan mereka untuk memulas pintu. Kanak-kanak sering sukar memegang tombol kerana saiz dan kekuatan tangan yang kecil.
3. Tak Licin & Mudah Dipulas
Untuk bilik air atau tandas, tuil pintu pemegang jauh lebih sesuai. Apabila tangan basah, tombol mudah menjadi licin dan sukar dipulas. Ini boleh menyukarkan warga emas dan kanak-kanak yang ingin keluar atau masuk.
4. Mesra OKU
Bagi pengguna kerusi roda atau mereka yang mempunyai kekangan pergerakan tangan, tuil pintu pemegang sangat membantu. Ia boleh dipulas menggunakan siku atau kaki jika tangan penuh dengan barang. Ini menjadikannya pilihan inklusif untuk semua golongan.

5. Lebih Selamat Dalam Situasi Genting
Dalam keadaan kecemasan, tuil jenis pemegang lebih mudah disendal menggunakan perabot seperti kerusi untuk menghalang seseorang daripada masuk. Ini menambah tahap keselamatan dalam rumah.
Konsep Sama Untuk Pili Air Jenis Tuil Pemegang
Bukan hanya pada pintu, konsep tuil pemegang juga sesuai untuk pili air. Rekaan pili air jenis tuil lebih mudah digunakan oleh kanak-kanak, warga emas, dan OKU berbanding jenis tombol atau kepala silang (+).
Rumah Mesra Semua Golongan
Menggunakan tuil pintu pemegang dan pili air jenis pemegang adalah langkah mudah untuk menjadikan rumah lebih inklusif dan selamat. Anak-anak, ibu bapa, serta warga emas akan lebih selesa menggunakannya setiap hari.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi, jika anda ingin menukar pintu bilik atau rumah, pilihlah tuil pintu pemegang berbanding tombol. Ia bukan sahaja praktikal, tetapi juga mesra semua peringkat umur dan keperluan fizikal.
Artikel asal diolah daripada perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

