Buat anda yang cintakan kehijauan dan gemar bercucuk tanam di halaman rumah, pasti susah hati untuk tinggalkan rumah dalam jangka masa yang lama. Takut tanaman layu dan mati kerana tidak disiram.
Tapi tip dari Puan Lina Sahedin yang dikongsi melalui Facebook Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri ini mampu mengelak situasi pokok bunga atau tanaman mati dari terjadi.
Caranya amat praktikal dan menjimatkan! Modal cuma plastik dan getah sahaja. Kreatif sungguh!
“Beginilah cara saya buat kalau nak tinggal rumah dalam beberapa hari. Saya buat begini, mudah modal kurang sebab saya ada banyak jugak pasu depan, belakang dan tepi rumah.”
BAHAN YANG DIPERLUKAN :
Ads
Plastik
Getah
LANGKAH-LANGKAHNYA :
1. Isikan air ke dalam plastik kemudian ikat plastik. Tetapi awas, jangan ikat terlalu padat kerana nanti air keluar akan cepat. Biar longgar saja plastik.
Ads
2. Cucuk plastik berisi air dengan hujung jarum peniti agar air dapat keluar secara perlahan.
Ads
3. Insya-Allah cara ni boleh bertahan beberapa hari. Selamat mencuba semua.
Sumber : Lina Sahedin via Facebook Kebun
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Menjadi seorang guru merupakan satu kerjaya yang mulia dan dipandang tinggi. Mendidik generasi muda yang bakal mewarisi negara dimasa hadapan bukanlah suatu tugas yang mudah. Baru-baru ini menerusi laman twitter FLJasmy, beliau ada berkongsi kisah seorang guru yang telah mengubahsuai sebuah kelas terbiar menjadi lebih interaktif buat kemudahan murid-muridnya.
Ruang kelas tersebut telah diubahsuai dengan inisiatif Cikgu Nordin Ismail sendiri. Keadaan bilik darjah terbiar itu yang pada awalnya tampak suram dan tidak terurus dengan serta merta bertukar menjadi ceria, menarik dan responsif terhadap keperluan pelajar dan guru.
Dengan persekitaran baru ini, barulah murid-murid lebih bersemangat dan berasa selesa untuk meneruskan sesi pembelajaran di dalam bilik darjah.
Terdapat sudut untuk murid-murid mengadakan perbincangan atau mengulangkaji dengan lebih santai bersama rakan sekelas.
Spotlight juga dipasang untuk menonjolkan lagi papan kenyataan di belakang kelas.
Meja guru tersusun rapi dan tampak kemas dengan kabinet fail yang diletakkan pada bahagian belakang.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Siapa je yang tidak geli dengan tikus? Haiwan perosak yang kotor dan membiak dengan cepat ini dikatakan boleh mendatangkan pelbagai penyakit merbahaya. Kehadiran tikus dalam sesebuah kediaman dianggap sebagai bala kerana haiwan ini amat sukar untuk dibasmi, memandangkan jangka hayat tikus adalah lebih panjang berbanding mana-mana haiwan perosak yang lain. Jadi tak hairanlah jika anda lihat tikus dirumah makin hari makin banyak dan makin ligat buat onar.
Dan disebabkan itu jugalah kita perlu cari jalan yang lebih efektif untuk menghapuskan terus haiwan menggelikan ini dari kediaman kita. Ada beberapa cara tradisional yang boleh anda lakukan untuk menghalau tikus seperti menggunakan racun tikus dan perangkap tikus. Tetapi tahukah anda, kita juga boleh menggunakan bahan semulajadi untuk membasmi dan mengusir tikus-tikus ini?
Berikut ada beberapa bahan yang boleh anda cuba :
Daun Pandan
Daun ini bukan sahaja berkesan menghalau serangga malah anda juga boleh gunakan daun pandan untuk menghalau tikus. Bau wangi daun pandan mengandungi bahan kimia beracun buat haiwan perosak ini. Untuk bau yang lebih kuat menyengat, tumbuk daun pandan separa hancur atau letakkan sahaja pada sarang tikus di kediaman anda.
Serai Wangi
Serai mengandungi zat penyembuhan antiseptik yang mampu menghapus kuman dan bakteria selain dapat menghapuskan bau busuk. Bagi anda yang ingin menghalau tikus, semburkan sahaja serai wangi ke tempat yang disyaki menjadi markas mereka dengan kerap. Lama-lama tikus pun tak tahan dengan dan akan terus keluar dari rumah anda.
Kulit Durian
Selain bau durian yang kuat dan menusuk hidung, kulit berduri Raja Buah ini juga akan membuatkan tikus ‘taubat’ nak masuk ke rumah. Anda hanya perlu letakkan potongan kulit durian di tempat yang selalu terlihat tikus. Letak kulit nya saja ya, isi buah anda boleh makan sepuasnya.
Buah Mengkudu
Sifat buah noni atau buah mengkudu yang antimikrobia, antibakteria dan anti-inflamasi menjadikannya sesuai untuk bertindak sebagai racun haiwan. Satu kajian telah dibuat dan didapati serangga seperti ulat yang telah termakan daun yang diaplikasikan dengan zat inseptik mengkudu menjadi pucat dan tidak lalu makan. Mengkudu sangat berkesan melemahkan serangga dan haiwan-haiwan perosak seperti tikus.
Minyak Daun Pudina
Bau pudina yang seakan ‘berangin’ dan kuat tidak digemari tikus. Jadi salah satu cara lagi untuk anda cuba adalah dengan menyapukan minyak daun pudina pada kawasan tikus berkeliar.
Kapur Barus
Pecahkan kapur barus kemudian letakkan pada tempat persembunyian tikus. Bila dah habis, tambahkan lagi sehingga akhirnya tikus mati dan terhapus. Tetapi anda perlu lebih cermat dengan penggunaan kapur barus kerana ia bukan sahaja bahaya untuk tikus malah, bahan ini juga bahaya untuk manusia jika terdedah dalam jangka masa yang lama.
Jadi inilah antara bahan semulajadi yang berkesan menghalau dan membasmi tikus dirumah. Selamat mencuba!
Salah satu aksesori wajib di ruang tamu tentulah televisyen, bukan? Tanpa sebuah TV rasanya bagai tidak lengkap ruang ini.
Terdapat pelbagai cara nak “display” televisyen bagi melengkapi ruang tamu kediaman tetapi tidak semua cara sesuai. Jika tak kena gayanya, mungkin akan tampak bersepah dan serabut dengan wayar yang berselirat dan perhiasan yang berhabuk.
Jadi kali ini IMPIANA ada himpunkan beberapa idea kabinet tv dengan ruang penstoran agar sudut ini akan sentiasa tampil kemas dan menarik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!