Dalam menata hias tidak kira di dalam luar kediaman, sudah pasti anda akan cari kelainan. Baru-baru ini, tular di laman Facebook gaya dekorasi laman yang dipanggil “Pasu Tumpah”. Teknik gubahan pasu ini sebenarnya bukan lah sesuatu yang baru. Namun kini ia menarik perhatian apabila kehadirannya dilaman memberi suntikan berbeza dan unik.
Pelbagai jenis tanaman yang susai untuk digubah menjadi pasu tumpah ini. Namun, kebiasaanya tanaman jenis menjalar seperti Petunia menjadi pilihan. Berikut inspirasi pasu tumpah untuk rujukkan pembaca IMPIANA
Ads
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Bagi yang tidak berkemampuan, tidak salah untuk menyewa semantara menunggu peluang untuk memiliki kediaman sendiri. Namun, jangan teralu selasa untuk terus menyewa. Ini sebabnya:
1. KADAR SEWAAN SEMAKIN MENINGKAT
Nilai hartanah semakin meningkat. Tambahan dengan penyediaan kemudahan disesuatu kawasan perumahan, ia mendorong kepada peningkatan nilai haratanah tersebut. Oleh itu, sebagai pemilik ini lah peluang untuk mereka menaikan harga sewaan terutamanya apabila wujudnya permintaan yang tinggi. Jika anda menyewa terutamanya dalam tempoh lebih 5 tahun, tidak mustahil pemilik bakal menaikkan sewaan sekali ganda. Ada juga, pemilik yang akan menaikkan harga sewaan setiap kali kontrat diperbaharui. Jika anda tidak akur, maka pencarian rumah sewa lain perlu dilakukan.
Sanggup kah anda terus hidup nomad berpindah randah setiap kali pemilik mengambil keputusan untuk menaikkan harga sewaan? Tambahan, masih adakah lagi harga sewaan yang sama pada ketika itu? sudah pasti ramai pemilik turut menaikkan harga sewaan. Jika ada pun, mesti kondisi tidak sama dengan rumah yang disewa sebelumnya.
2. BUKAN HAK MILIK
Selain kenaikkan nilai hartanah, sudah pasti anda mengimpikan kediaman yang boleh direka atau diubah suai mengikut cita rasa sendiri. Namun, kebiasaanya pemilik mempunyai terma dan syarat dalam menyewa dan anda perlu akur. Yang paling pasti, untuk menebuk lubang pun tidak dibenarkan.
Ada juga yang beranggapan “rumah sewa, nak buat apa pun rugi”. Betul tak? hal ini membataskan anda untuk mencipta “rumahku syurgaku”. Jika anda mempunyai kediaman sendiri, apa sahaja yang anda ingin lakukan itu menjadi hak.
3. ASET JANGKA PANJANG
Membeli rumah sudah pasti akan menyebabkan anda menangung hutang dalam jangka yang lama. Tapi harus diingat, hartanah merupakan aset yang berkembang. Saban tahun nilainya meningkat. Kenapa perlu rasa rugi untuk berhutang di sebuah hartanah?
Jika di masa hadapan, anda ingin pindah ke lokasi lain dan tidak berniat untuk menyewakan kediaman tersebut, jualkan sahaja dan hasilnya boleh digunakan untuk membeli aset baru di lokasi yang bersesuaian dengan keperluan anda
4. TAWARAN MENARIK KERAJAAN DAN PEMAJU
Banyak usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan melalui sokongan pemaju. Seperti contoh skim rumah pertama, skim bayaran mudah pinjaman dan sebagainya. Usaha ini dilakukan untuk memberi peluang kepada anda yang belum memiliki hartanah sendiri untuk memperolehnya tanpa rasa terbeban. Apa kata rebut peluang ini.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Warna-warna lembut yang menyejukkan bukan sahaja menggambarkan suasana tenang malah boleh menimbulkan perasaan senang hati pada penghuninya. Susun atur yang santai juga memberikan kenyamanan, sesuai unttuk melakukan aktiviti bersama keluarga.
SURVEY BAJET II 5. TEEPEE, RM210.
POUF – HIPVAN, RM1099
SURVEY BAJET II 7. MF DESIGN, RM277.
KERUSI MAKAN BESI – MF DESIGN, RM277
SURVEY BAJET II 4. HIPVAN (LAHOLM) RM1099.
TEEPEE – RM210
SURVEY BAJET II 2. JOY, RM700.
LAMPU LANTAI – JOY DESIGN, RM700
SURVEY BAJET II 1. HIPVAN (LAHOLM) RM2499.
ARMCHAIR – HIPVAN, RM2499
SURVEY BAJET II ‘6. KARPET CANTIK WALL RM1547.
KARPET GEOMETRI – CANTIK WALL, RM1547
SURVEY BAJET II 3. BOOKCASE RM760 .
RAK BUKU – MF DESIGN, RM760
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Zaman nenek moyang kita dahulu mana ada racun serangga yang dijual secara meluas di pasaran seperti sekarang ni. Akan tetapi, tanaman mereka tetap optimum dan kurang masalah. Apa yang mereka lakukan? berikut adalah 4 masalah serangan serangga yang diselesaikan dengan amalan mampan. Hanya guna bahan-sekitar kita sahaja. Rugi kalau tak cuba.
MASALAH 1: CACING KUBIS
Bahan: Tepung naik sendiri Cara: Masukkan tepung ke dalam beg kertas, kemudian buat lubang kecil sebesar hujung jarum pada beg berkenaan. Taburkan tepung tersebut ke atas tumbuh-tumbuhan yang diserang pada awal pagi, Ini kerana awal pagi merupakan waktu paling aktif cacing memakan tumbuhan. Apabila suhu meningkat, tepung ‘naik sendiri’ yang melekat pada badan cacing akan menyebabkan ia membengkak dan mati.
MASALAH 2: SERANGAN SIPUT
Bahan: Air dan ammonia Cara: Campurkan air dan ammonia kemudian sembur pada siput. Air ammonia ini akan mengecutkan siput dan dalam masa sama, baik untuk tumbuhan kerana ia memberi sumber nitrogen Alternatif: Bancuhkan kopi pekat – 10 sudu serbuk kopi untuk secawan air dan sembur sekitar tumbuh-tumbuhan atau atas daun. Kafein adalah pembunuh siput!
MASALAH 3: SERANGAN ULAT PADA AKAR POKOK
Bahan: Ubi kentang Cara: Potong kentang dan letakkan sekitar akar pokok. Biasanya ulat akan beralih dari akar ke kentang kerana ulat lebih gemarkan akar dari jenis umbisi yang lazat. masa ni amat sesuai untuk memberi semburan racun pada ubi kentang tersebut untuk memusnahkan serangga tadi. Alternatif: Boleh gantikan kentang dengan lobak merah atau lobak putih.
MASALAH 4: KUTU DAUN, TERITIP DAN LALAT PUTIH
Bahan: Minyak daun semambu (Neem Oil) Cara: Semburkan pada daun Alternatif: * Ekstrak daun semambu.
Cara membuatnya campurkan 2kg daun neem yang sudah ditumbuk lumat bersama dengan 30 gram sabun basuh. Tinggalkan semalaman dan tapis. Setiap 5 liter bahagian dicampurkan dengan 15 liter air dan semburkan ke pokok.
* Ekstrak bawang putih
Campurkan 100 gram bawang putih dicincang dalam 0.5 liter air. Tambahkan 10 ml minyak masak dan 10 gm sabun. Tinggalkan semalaman dan tapiskan. Untuk semburan, campurkan larutan campuran bersama air dengan nisbah 1:200
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!