Rose atau mawar antara tanaman berbunga yang diminati ramai. Tanaman ini bukanlah dari jenis yang memerlukan penjagaan yang rapi walaupun ia banyak tumbuh di negara-negara beriklim sejuk. Diluar negara terutamanya Eropah. pokok rose diolah menjadi topiari memberi bentuk unik kepada tanaman berbunga ini. Yang lebih menarik, kaedah penghasilan rose topiari ini dapat menjamin hasil bunga yang lebih lebat. Berikut teknik cantuman mata tunas untuk menghasilkan topiari rose
Sebersih mana pun kediaman anda, pasti wujud serangga-serangga perosak dan pemusanah seperti semut, lipas, nyamuk, kutu dan sebagainya. Walaupun kecil, jika di biarkan bukan sahaja mengancam keselamatan malah nyawa.
Kebiasanya, habitat untuk lipas adaalh di bahagian lembap seperti tong sampah, kabinet dapur, almari baju dan bawah katil. Tempat atau ruang-ruang ini lah yang kerap digunakan. Kebiasaanya, untuk memusnahkan serangga perosak ini, racun serangga yang mempunyai bahan kimia cepat berkesan.
Tapi, takkan anda nak musnahkan serangga perosak malah mendedahkan diri pada bahan kimia berbahaya pula. Apa kata kita buat sendiri racun serrangga untuk musnahkan lipas, semut, lalat dan sebagainya secara total.
Cara-cara:
Campurkan semua bahan di dalam botol penyembur dan semburkan pada permukaan meja atau di dalam almari untuk mencegah atau semburkan terus pada serrangga terus
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kaunter pulau bagaikan satu tren di malaysia. Kewujudannya, bukan sahaja memberi ruang pelbagai guna malah menjadi salah satu teknik pembahagi ruang. Bagi anda yang tinggal di apartment atau mempunyai dapur berkonsepkan terbuka, kaunter pulau atau lebih dikenali “counter island” ini amat diperlukan. Namun, ramai mengabaikannya disebabkan kos yang tinggi untuk membinanya. Tapi, IMPIANA nak bagi satu idea murah, mudah dan cepat untuk membina kaunter pulau iaitu dengan menggunakan rak buku Kallax. Yang penting anda perlu bijak memilih padanan permukaan untuk dijadikan table top. Berikut antara idea yang boleh anda pertimbangkan:
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kertas dinding bukan hanya terhad pada dinding sahaja. Kalau anda kreatif kertas dinding itu boleh dibalut pada pelbagai permukaan barangan termasuk memberi wajah baru bagi peti sejuk anda. Itulah antara cara-cara menghias yang menarik sebagaimana ditonjolkan oleh sesetengah pengemar hiasan rumah. Cuma, persoalannya adakah ia bahaya atau tidak? Lebih-lebih lagi memandangkan peti sejuk adalah barangan elektrik.
JANGAN, BOLEH AKIBATKAN KEBAKARAN
Baru-baru ni, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memuat naik menerusi laman muka buku Facebook nasihat atau pesanan khidmat masyarakat yang menunjukkan gambar dua buah peti sejuk yang sudah cantik ‘dibungkus’ dengan kertas dinding. Memang kelihatan lain daripada yang lain. Namum mampu mengundang bahaya yang mungkin tidak disedari ramai.
PDRM memberi amaran bahawa kertas dinding adalah bahan mudah terbakar dan tidak seharusnya diletakkan pada peralatan elektrik. “Selain haba tidak dapat dibebaskan dengan baik, trend pemasangan kertas dinding pada peti sejuk misalnya boleh meningkatkan risiko kebakaran,” menurut PDRM. Ia menambah, perbuatan itu akan mengurangkan keberkesanan dan memendekkan jangka hayat sesebuah peralatan elektrik.
peti sejuk.
PETI SEJUK JANGAN DIPAKAIKAN ‘TUDUNG’
Awal dari itu, platform Kesihatan Awam Malaysia (Public Health Malaysia) juga memberi peringatan kepada umum, agar mengelak daripada meletakkan bahan-bahan mudah terbakar berhampiran dapur. Ini termasuk kertas dinding. “Peti sejuk tidak perlu dipakaikan tudung, tidak perlu dilapik dan dibungkus dengan kertas dinding. “Membungkus peti sejuk dan barang elektrik akan menyebabkan haba dari barang elektrik tidak dapat dibebaskan dengan berkesan,” menurut platform itu di laman Facebooknya.
Sekalipun demikian, ada pandangan warga siber yang menyangkal dakwaan itu, dengan menyatakan bahagian badan peti sejuk memang direka untuk menebat (insulate) haba. Maka, melapik dengan kertas dinding “mungkin menambah keberkesanan” proses penebatan tersebut, menurut Julina Sisey di segmen komen catatan Facebook PDRM itu.
Walaupun apa pun yang ingin dilakukan pada peralatan di rumah, masyarakat perlu memastikan mereka mengkaji dan menimbangkan sama ada terdapat risiko bahaya atau tidak.
Menurut seorang mantan anggota bomba veteran dari Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) kepada BERITAmediacorp, untuk menyebabkan kebakaran, tiga elemen perlu wujud – oksigen, haba dan ‘bahan pembakar’ (fuel). Kertas boleh disifatkan sebagai sejenis bahan pembakar. Haba pula dihasilkan oleh motor di belakang peti sejuk. Oksigen pula ada di mana-mana.
Pastinya ramai diluar sana terkejutkan dengan kenyataan ini bukan, kalau takut akan keselamatan nyawa. maka janganlah memasang kertas hiasan dinding pada peti sejuk rumah korang ye.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!