7 Tip Sejukkan Rumah Panas di Malaysia Dengan Mudah & Berkesan

Share

Sudah beberapa minggu Malaysia dilanda cuaca yang tidak menentu. Malah cuaca panas dan suhu yang semakin meningkat turut terasa sehinggakan suasana di rumah menjadi bahang dan membuat anda tidak selesa untuk beristirehat dan tidur. Dengan suhu yang agak panas di Malaysia ni, pasti ramai yang tercari-cari tip sejukkan rumah panas supaya lebih selesa.

Untuk menyejukkan rumah atau bilik, boleh saja pasang air-cond atau pendingin udara bagi yang ada bajet lebih. Tapi bagi yang tak berkemampuan, bolehlah cuba tips di bawah.

1. Letak Besen Air di Dalam Bilik

Sejukkan suhu dalam bilik tidur dengan besen-besen berisi air. Selalunya kita tertanya-tanya kenapa bilik air selalunya sejuk. Jawapan yang paling mudah ialah di dalam bilik air ada bekas air atau selalu disirami dengan air. Dikatakan dengan meletakkan besen-besen berisi air di dalam bilik, maka bilik akan bertambah sejuk kerana wap-wap panas di dalam rumah akan terserap ke dalam air di dalam besen itu tadi. Untuk kesan terbaik, gunakan besen air yang mempunyai luas permukaan yang besar bagi memudahkan penyerapan wap-wap panas di dalam bilik.

2. Gunakan Lampu dari Jenis Kurang Memancarkan Haba

Anda disarankan untuk menggunakan fluorescent bulb. Lampu jenis ini menawarkan jumlah cahaya yang sama seperti incandescent bulbs tetapi mengeluarkan sedikit haba. Selain itu, lampu ini juga kurang menggunakan tenaga elektrik, menjadikannya pilihan terbaik untuk rumah panas di Malaysia.

3. Pokok Ekor Kucing Boleh Menyejukkan Rumah

Tanaman hiasan dalaman juga boleh diletakkan di sudut rumah anda. Selain menjadikan ruang rumah anda kelihatan lebih segar dan menarik, ia juga dapat membantu menyejukkan ruang dalaman. Antara pokok hiasan hidup yang sesuai diletakkan di dalam rumah ialah ekor kucing, pokok palma, Anthurium sp., Caladium sp., Dieffenbachia sp., Begonia sp. dan sebagainya. Inilah salah satu cara sejukkan rumah panas yang paling semula jadi dan menjimatkan.

4. Cat Dinding Rumah dengan Warna Cerah

Anda juga boleh mengecat dinding rumah dengan menggunakan warna yang cerah seperti biru cair, kuning cair dan sebagainya. Ini dapat membantu ruang dalaman rumah anda lebih sejuk kerana warna cerah dapat memantulkan semula cahaya dan haba. Selain itu, rumah anda juga akan kelihatan lebih cantik, tenang dan segar sesuai dengan konsep rumah sejuk tanpa aircond

.

5. Pasang Jaring Kelambu Besi dan Buka Tingkap pada Waktu Malam

Pada waktu malam, udara panas akan mengewap. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan membuka tingkap bagi membebaskan udara panas. Apabila udara panas, zarah-zarah udara akan semakin berjauhan, dan apabila tingkap dibuka, dengan mudahnya wap panas ini keluar. Namun, rumah atau bilik anda mungkin akan mudah dimasuki nyamuk. Jadi, pemasangan jaring yang halus seperti kelambu boleh membantu mengatasi masalah nyamuk tanpa mengganggu aliran udara malam yang sejuk.

6. Gunakan Papan Fiber Simen untuk Siling Rumah

Siling jenis fiber cement board lebih murah dan senang diperoleh. Untuk memastikan ruang dalaman kelihatan sejuk, alaskan dengan fiberwool insulation. Ramai yang tersilap dengan menggantikan kepada siling kumai di mana siling ini lebih mahal dan juga menjadikan ruang dalaman kelihatan rendah serta bersuhu panas. Siling baru eloklah dipasang mengikut bentuk bumbung supaya pasak kayu bumbung boleh dilihat. Siling yang tinggi juga mampu untuk menjadikan ruang dalaman rumah anda lebih sejuk dan selesa.

7. Pasang Awnings untuk Kurangkan Bahang Cahaya Matahari

Salah satu punca utama rumah menjadi panas ialah dinding yang terdedah kepada cahaya matahari menyebabkan haba tersebar ke dalam rumah. Untuk kurangkan bahang pada waktu siang, pasang awning

bagi mengelakkan dinding rumah menjadi panas kerana terkena cahaya matahari secara langsung.

Selalunya awning dipasang pada bahagian dinding yang menghadap matahari jatuh kerana cuaca mulai panas pada waktu tengah hari hingga petang. Jika ada bajet lebih, pasang saja awning di sekeliling rumah. Anda juga boleh tanam pokok rendang di sekeliling rumah supaya kawasan rumah lebih redup dan tidak terkena bahang matahari secara terus.

Dengan mengamalkan semua tip sejukkan rumah panas ini, anda bukan sahaja dapat menikmati suasana rumah yang lebih selesa, tetapi juga menjimatkan tenaga dan kos elektrik dalam jangka panjang. Selamat mencuba!

Mesti Baca: Cara Sejukkan Rumah Ketika Cuaca Panas Menyengat, Tanpa Bil Melambung Tinggi

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Impiana