TIP Pokok KEMBOJA CINA Banyak Tunas Berbunga Lebat, Cucuk Dahan Dengan Lidi!

Share

Pokok bunga Kemboja Cina atau nama saintifiknya Adenium memang sangat cantik dijadikan pokok hiasan di halaman rumah dan mempunyai pelbagai warna.Jika pokok adenium ini sudah jarang-jarang berbunga ada cara mudah untuk membuatkan ia banyak tunas dan kembali berbunga lebat serta merimbun.

Boleh ikut tip ringkas yang dikongsikan oleh Irfan Hulya
ini supaya pokok Adenium atau Kemboja Cina berbunga lebat.

1. Potong dahan adenium yang sudah jarang berbunga.

2. Cucuk dahan tersebut dengan pencungkil gigi atau lidi supaya dahan-dahan tersebut dapat menghasilkan tunas-tunas yang lebih banyak.

3. Satu dahan biasanya boleh tumbuh 5 atau 6 tunas bahkan pokok saya ni kebanyakkan tumbuh sehingga 7 tunas baru kerana dahannya agak besar.

4. Siram bahagian akar pada waktu pagi dan petang agar subur dan cepat bertunas.Letak di tempat yang kena panas matahari dan hujan.

5. Dalam masa 3 minggu daun mulai bertunas dan mengeluarkan putik bunga.

Baca Lagi Di Sini:Jika Nak Kediaman Sentiasa Harum dan Segar Ini 10 Bunga Pewangi Asli Popular Yang Wajib Anda Tanam


Artikel Menarik:Ini Teknik Pasti Menjadi Untuk Hasilkan Pokok Kemboja Pelbagai Warna

IMPIANA: Menarik teknik yang dikongsikan ini. Jadi kalau ada pokok kemboja cina ini di rumah, boleh ikut teknik yang dikongsikan supaya ia berbunga lebat merimbun.

Sumber: Irfan Hulya 

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

IKLAN