Mencari bingkai gambar yang sempurna sering menjadi punca ramai diantara kita give up dari mendeko galeri gambar di dinding. Cadangan kami? Pilih sesuatu yang simple dan biarkan gambar anda berbicara.
Selepas memilih bingkai yang bersesuaian, kita beralih ke bahagian yang sukar : menggantungkannya. Dengar macam mudah – hanya ketuk paku ke dalam dinding, bukan? Hakikatnya, prep dan perancangan adalah kunci utama untuk galeri dinding yang menarik dan kemas. Tanpa perancangan rapi, bingkai di dinding akan nampak caca marba serta out of place.
Di bawah IMPIANA kongsikan enam cara susun atur bingkai gambar untuk panduan kita semua. Jangan lupa share dengan kawan yang lain!
Ads
SPIRALMulakan dengan satu bingkai di tengah kemudian dari situ, susun bingkai yang lain mengelilingi bingkai pertama tadi.
CENTEREDIni susun atur yang ringkas memerlukan usaha yang minima. Anda hanya perlu letakkan satu atau dua bingkai di bahagian tengah dan selaraskan bingkai di sisi kiri dan kanan dengan satu sama lain.
OUTER ALIGNAnda hanya perlu pastikan kesemua bingkai gambar pada bahagian luar selari dan tidak terkeluar dari ‘barisan’.
REFLECTIONTidak perlu risaukan saiz bingkai jika anda mahu cuba susunan refleksi ini. Hanya perlu pastikan bingkai gambar yang digantung itu terbentuk seakan objek dan bayang-bayangnya.
STAIRCASESedikit kelainan dengan susunan ini kerana anda perlu susun mengikut arah menaik tangga. Pasti lebih menarik!
NINE-SQUAREJangan pandang rendah pada susunan simple ini. Walaupun nampak mudah, susunan inilah yang dapat memberi impak lebih besar pada sesuatu ruang.
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Reka Teemor, nama yang tidak asing lagi untuk industri hiasan dalaman. Mula bertapak sejak 2006, pelbagai anugerah telah digalas menyebabkan Reka Teemor sentiasa menjadi perhatian bukan sahaja di dalam industri dalaman, malah kini lebih aktif sebagai perancang perkahwinan. Sentuhan magis Faizal Sabari dan Rozana Mumtaz sentiasa menjadi idaman pasangan mempelai. Jika sebuah dekorasi tidak kira interior mahupun majlis perahwinan yang mendapat sentuhan pasangan ini, pastinya membuatkan mata yang melihat hilang kata-kata, bagaimana pula dengan keindahan kediaman mereka ya?
Untuk edisi raya kali ini, IMPIANA diberi peluang berkunjung ke kediaman pemilik Reka Teemor yang terletak di Shah Alam. “Asal struktur kediaman ini adalah dari Batu Pahat dan ia merupakan rumah pusaka dari nenekanda yang mengetengahkan nilai senibina rumah limas Johor,” kata pemilik untuk pengenalan. Keseluruhan struktur diperbuat daripada kayu dan menggunakan sistem tanggam serta pasak menyebabkan ia boleh dibuka untuk tujuan memudahkan jika ingin beralih ke lokasi berlainan.
Namun, untuk memastikan nilai terdisional pada struktur asal tidak terlalu lapuk, pemilik menggabungkan senibina kolonial agar ia kelihatan lebih segar. Menyerlahkan lagi struktur dan interior kediaman ini, pemilik telah memberi tatapan rona monokromatik agar ia sentiasa kelihatan segar dan tidak sarat apabila terkandung himpunan koleksi pemilik. ”
Tambahan, rona tenang seperti putih dan beige dapat memberi ketenangan vibrasi rona ketika menghias pelamin,”jelas pemilik. Dari fasad, sudah jelas menunjukkan nilai arkitektural yang masih terpelihara seperti pada bahagian bumbungnya dan daun tingkap. Rekaan bumbung bertebar layar di lengkap dengan tunjuk langit namun tidak di padankan pula kerawang bagi mengetengahkan gaya kolonial. Pemilihan atap genting amat sesuai buat iklim Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun. Ia menjadikan kediaman ini sejuk dan nyaman.
Jom lihat kediaman ini dalam aplikasi 360?
Inginkan cerita yang lebih panjang dan menarik mengenai kediaman ini, dapatkan e- magazine IMPIANA, di E-Mall. Ikut arahan di bawah.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Musim durian dah tiba. Bagi peminat tegar, pemburuan durian perlu dilakukan segera. Sebab nanti dah lewat musim, durian mula rasa tak sedap. Buah pula biasanya pada hujung-hujung musim kurang mengancam. Biasanya buah pada kitaran pertama musim sentiasa terbaik.
Tangkai menceritakan segala-galanya ketika hayat si durian
Tapi agak mengecewakan jika buah yang dibeli tidak memuaskan apabila dimakan, kurang nikmat durian. Biasa nya peniaga akan bagitahu semua buah terbaik jadi bagi mengatasi masalah terbeli buah yang tidak sedap ini, jadikan 8 tip ini sebagai panduan
1. Tangkai
Pertama sekali ketika memilih durian perlu lihat pada bahagian tangkainya. Tangkai menceritakan segala-galanya ketika hayat si durian. Durian kalau dah masak ia akan jatuh sendiri kan. Jika durian yang jatuh sendiri, tangkainya kelihatan bergigi. Manakala yang licin itu, maknanya belum masak lagi tapi telah dipetik.
Tangkai yang masih segar, bermakna ia baru gugur. Ini menunjukkan buah masih segar dan kandungan gas dalam buah pun tak banyak dan isinya enak.
Cungkil sikit pada bahagian kulit tangkai. Kalau kulitnya tebal, ia bermaksud isinya pun tebal. Kalau bahagian dalam kulit nya kuning, ini bermakna isi dalamnya kuning.
2. Pilih yang ringan
Jangan sibuk nak ambil durian yang berat. Ini antara salah satu kesalahan yang kerap dilakukan oleh pembeli. Bila berat, dia ingat isinya banyak. Buah berat tak bermaksud isinya banyak. Ia menunjukkan ia masih mentah atau terlalu berair dan kemungkinan busuk.
3. Goncang
Perasan tak kalau kita nak beli durian, penjual tua akan ketuk-ketuk dan goncang? Baik anda buat sendiri. Kot-kot ditipu. Kalau kedengaran benda bergoncang dalam tu, ia menunjukkan isinya kering dan sudah masak. Isi kering tak bermakna kering kontang. Ia bermakna enak dimakan lah tu.
4. Bentuk fizikalnya bulat
Orang kata kalau jenis bulat ini isi nya tebal. Tapi sebanrnya bergantung kepada jenis. Tapi kalau boleh, berusaha ambil yang bulat lah ya.. durian bukit banyak bulat. Itu yang sodap.. makan seulas pun dah kenyang
5. Tengok kulit
Durian dengan durinya halus dan rapat, ia menunjukkan isi dagingnya jenis yang lembik. Kalau yang durinya besar-besar dan jarang, ini menunjukkan isinya padat. Bila makan tu tak susah nak kemas. Isinya boleh kita makan sampai nampak biji bersih suci.
6. Tepuk manja
Tepuk-tepuk manja pada permukaan kulit durian. Jangan kuat-kuat, nanti tembus pula durinya. Kalau boleh gunakan sesuatu yang solid. Kalau peniaga, dia guna parang untuk belah durian tu. Kalau dengar bunyi merdu “buk-buk” maksudnya durian dah matang. Kalau bunyinya macam pantul cepat “kedepek” bermakna durian masih muda
7. Tampok/juring lima
Macam manggis, nak tentukan isi di dalam ada berapa kita akan tengok tampuk. Sama seperti durian. Anda perlu pilih yang ada tampuk lima di bahagian bawah durian. Kalu 6 atau lebih, jangan ambil. Ini bermakna isinya tak banyak. Pastikan juring atau tampuk tersebut jelas sampai ke sisi kulit durian.
8. Aroma yang menawan
Selesai ketujuh-tujuh tip, barulah tip ke-8 dilakukan. Bau durian sedekat yang boleh. Kalau boleh, biar durinya betul-betul terkena sedikit pada hidung. Kalau baunya harum manis, ini bermakna durian masih optimum. Kalau tidak berbau, ini bermakna durian sudah masuk angin. Durian yang dah masuk angin rasanya hambar.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Meskipun cuba dibersihkan namun jika tidak kena gayanya mangkuk tandas yang dicuci tidak juga terlihat bersih berkilat malah masih lagi mempunyai kesan hitam bercapuk-capuk. Mangkuk tandas jika kelihatan bercapuk-capuk akan membuatkan kita berasa jijik untuk menggunakannya.
Jadi apa kata anda cuba membersihkan mangkuk tandas tersbeut dengan teknik yang dikongsikan oleh Puan Rosnai Ali sepertimana di dalam group #kemasrumahwithhani.
“Boleh tak puan2 bagi cadangan, macamana saya nak buat dgn keadaan gini, sbb cucu xguna span. Ada tak pencuci yg boleh bersihkan.”
Antara cara yang berkesan dan mudah yang digunakan ialah menggosok permukaan mangkuk tandas dengan menggunakan dua bahan iaitu kertas pasir dan pencuci pinggan Axion.
Alhamdulillah, tak sampai 12 jam problem settle, ramai yg bagi solution. Terima kasih semua. Saya ambil yg mudah dan brg ada di rumah iaitu Kertas pasir halus dan axion. Terima kasih yg bagi idea, saya dah taq nama penyumbang idea. Hasilnya … Taraaa.
Jadi bolehlah anda mencuba tip ini untuk membersihkan kotoran degil pada bahagian mangkuk tandas untuk kembali bersinar macam baru.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!