Guna Sabun Pencuci Saja Periuk Hangit Kembali Licin Berkilat

Share

Sebagai wanita kita sememangnya tidak dapat lari daripada menguruskan rumahtangga . Mencuci, kemas rumah, handle anak yang meragam, yang nak makan, yang menangis dalam satu masa memang memerlukan ketahanan emosi yang tinggi. Kadang-kadang dek kerana terlalu banyak kerja yang kena buat dalam satu masa sehinggakan terlupa atau tidak sedar makanan yang dimasak hangit di atas dapur.

Nak dibuang sayang periuk masih baru dan elok. Kualitinya pun memamng terbaik. Sebenarnya tidak perlu buang pun periuk tersebut sebab ada cara mudah untuk bersihkan. Dalam masa 10 minit dah boleh setel semuanya.

Cara-cara

  1. Letakkan periuk hangit di atas dapur. Buka api.
  2. Kemudian masukkan air sehingga tenggelam kawasan yang telah hangit tersebut.
  3. Masukkan sabun pencuci pinggan ke dalam periuk. Biarkan sehingga mendidih.
  4. Setelah mendidih perlahankan api. Lebihan air yang tersejat boleh lah dibuang.
  5. Kemudian menggunakan sudu atau sudip buangkan bendasing hangit tersebut sehingga bersih.
  6. Setelah siap, cuci periuk tersebut seperti biasa. Gunakan pencuci dan sental dengan gosok periuk.

 

Sumber: Kabita’s Kitchen

IKLAN