
Tip halau anai-anai guna bahan mudah dapat. Anai-anai memang dikenali sebagai serangga perosak yang suka bersarang di tempat lembap dan gelap. Kalau tidak dibendung awal, serangan anai-anai boleh menyebabkan kerugian besar, terutama pada perabot kayu atau pokok buah.
Sebenarnya, ada banyak cara tradisional yang boleh dicuba untuk menghalau serangga ini tanpa perlu terus bergantung kepada racun kimia. Bahan-bahannya pun mudah didapati di rumah, malah lebih selamat digunakan.
Minyak tanah hasil penyulingan petroleum mempunyai bau kuat yang tidak disukai anai-anai. Tuangkan atau sembur pada sarang anai-anai. Untuk kesan lebih mujarab, boleh campurkan dengan minyak serai.
Jika anai-anai menyerang perabot, segera jemur di bawah cahaya matahari. Anai-anai memang tidak suka tempat kering dan panas, jadi langkah ini sangat berkesan.
Jangan buang air basuhan beras. Semburkan pada kawasan yang dihuni anai-anai kerana ia boleh menghalau serangga tersebut keluar.
Rendam tembakau semalaman untuk keluarkan sarinya. Keesokan harinya, siram atau semburkan pada sarang anai-anai.
Taburkan garam pada sarang anai-anai. Jika mahu lebih kuat, campurkan garam dengan air rendaman tembakau sebelum disembur.
Anai-anai tidak tahan terkena kapur sirih kerana kulit mereka lembut. Siram air kapur sirih pada sarang untuk kesan segera.
Jika serangan terlalu serius, anda boleh gunakan racun yang dijual di kedai pertanian. Pastikan ikut sukatan betul untuk keselamatan.
Petua ini sesuai diamalkan lebih awal sebelum anai-anai membiak. Ingat, pencegahan lebih baik daripada mengeluarkan kos besar untuk membaiki kerosakan harta benda atau tanaman seperti pokok durian.
Artikel lain: Masalah Anai-Anai Suda Menjajah Rumah, Ini Tandanya
Busut Anai-Anai Mampu Suburkan Tanah Untuk Petani
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.