Ini merupakan salah satu daripada masalah utama yang sering kita hadapi apabila memelihara kucing. Pasti sofa kesayangan anda akan dicakar si comel, kerana ‘mencakar’ merupakan tabiat si kucing untuk melepaskan geram.
Ketahuilah sebenarnya kita tidak boleh hentikan tabiat mencakar yg dilakukan oleh kucing kerana itu memang habitat mereka. Apa yg kita boleh buat ialah dengan melatih mereka mencakar pada objek yg dikhaskan.
Berikut ialah beberapa tips yang boleh kita guna untuk mengelak perabot dari menjadi ‘mangsa’ mereka:
1. Spray – cara yang paling mudah dan sering digunakan. Pastikan botol spray sentiasa bersebelahan perabot. Kita bertindak menyembur percikan air dari botol bila kita terpandang mereka “dalam percubaan” hendak mencakar. Katakan ‘tidak’ atau ‘no’ dengan tegas pada kucing anda. Namun cara ini agak kurang berkesan kerana kita sentiasa harus berada di sekitar perabot untuk memastikan mereka tidak mencakar.
Ads
Ads
2. Scratching Post (Tempat mencakar) – Kucing lazimnya gemar mencakar selepas makan dan juga bila bangun tidur. Oleh sebab itu, letak lah scratching post berdekatan dgn favourite spot mereka. Letak juga tempat mencakar berdekatan dgn perabot atau bersebelahan tempat makanan dan minuman si Comel. Sekiranya kita nakkan kucing bukan sahaja mencakar tetapi tidur dan memanjat di satu tempat, sediakan juga Cat Tree. Pelbagai tempat mencakar boleh didapati di pasaran.
Ads
3. Pelekat – Kebanyakan kucing benci dengan benda2 yg melekat pada bulu atau tapak kaki mereka. Gunakan double-sided tape yg tidak memudaratkan atau meninggalkan sebarang tanda (stain) pada karpet atau sofa juga pd kucing kita. Pelekat yg bersifat lutsinar ini mudah memperdaya si Comel yg degil. Awas! Jgn anda pula yg terperangkap dan duduk di atas pelekat tersebut.
4. Potong kuku kucing – Memotong kuku kucing mungkin membantu mengurangkan tabiat mencakarnya. Sebaik-baiknya lakukan ketika kucing anda masih kecil.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Nak hias rumah dengan pokok? Itu memang idea yang hebat! Tapi, kena hati-hati sikit sebab ada beberapa jenis pokok yang tidak sesuai diletakkan di dalam rumah.
Contohnya, pokok beracun, pokok berduri atau yang menarik perhatian serangga. Nanti kita juga yang tidak selesa.
Kalau nak tahu lebih lanjut, jom kita semak senarai di bawah ini:-
Pokok Beracun: Contohnya pokok Dieffenbachia (Dumb Cane), Philodendron dan Pothos yang boleh menyebabkan keracunan jika dimakan oleh kanak-kanak atau haiwan peliharaan.
Pokok Berduri: Kaktus besar atau pokok berduri lain yang boleh mencederakan jika tersentuh secara tidak sengaja.
Pokok yang Memerlukan Cahaya Matahari Secara Langsung: Pokok bunga raya atau kebanyakan pokok buah yang memerlukan cahaya matahari yang maksima untuk tumbuh dengan baik dan mungkin sukar untuk dijaga di dalam rumah.
Pokok yang Menarik Perhatian Serangga: Pokok yang menghasilkan nektar atau buah yang menarik serangga seperti semut dan lalat yang boleh menjadi gangguan di dalam rumah.
Pokok yang Menyebabkan Alergi: Contohnya, pokok yang menghasilkan debunga banyak yang boleh menyebabkan alahan kepada sesetengah orang.
Menjaga pokok yang sesuai dengan persekitaran dalam rumah adalah penting untuk memastikan ia tumbuh dengan sihat dan tidak menimbulkan masalah kepada penghuni rumah.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Transformasi bilik tidur utama konsep ‘Modern English,’ pintu tandas tersorok dalam almari. Memiliki bilik tidur yang cantik dan selesa merupakan impian setiap orang. Tidak ramai di antara kita yang tahu bagaimana untuk menghias bilik tidur supaya kelihatan lebih menarik.
Cara menghias bilik tidur serta susun atur perabot memainkan peranan penting dalam memberi impak terhadap keluasan bilik terutamanya bilik tidur yang kecil dan ruang terhad. Susun atur perabot biarlah praktikal selain sesuai dengan aktiviti harian anda.
Berikut dikongsikan dekorasi bilik tidurutama hasil kreativiti pereka hiasan dalamam, Isa Interior
Transformasi bilik tidur utama. Bertemakan modern English, dinding dicat dengan warna white linen (Jotun). Paling menarik dalam almari ada pintu ke bilik air. Jadinya bilik air memang tersorok. Sangat privasi.
Bila bercakap soal menghias kamar anak-anak, kita bagaikan rambang mata untuk menyediakan ruang terbaik untuk si kecil. Namun adakala dalam keadaan kelam kabut kita terlupa satu dua perkara yang dianggap remeh tetapi sangat penting. IMPIANA berkongsi tip yang mungkin boleh ditambah dalam skill anda menghias kamar anak anda. Persediaan yang rapi menjaminkan hasil yang bermutu dan amali.
1.Pastikan anda memilih perabot yang dijamin tahan dengan aktiviti anak-anak. Jangan hanya harganya yang begitu murah, anda mempertaruhkan keselamatan anak anda terutama bagi yang memilih katil bertingkat.
2. Pastikan struktur dan material yang dipilih cukup utuh terutama pada bahagian yang menyokong tilam.
3.Jangan lupa elemen bunyi yang menceriakan ruang kamar kanak-kanak. Gantungan kreatif yang berloceng misalnya mampu menghiburkan anak-anak . Malah juga merangsang deria si manja agar lebih peka. Anda sendiri boleh menyediakan gantungan kreatif ini. Jangan lupa selak ruangan DIY.
4.Elemen kraf perlbagai warna dan melukis sememangnya cukup bagus untuk perkembangan kreativiti kanak-kanak. Gantungkan ia di sekitar dinding kamar dengan kreatif dan tampil riang. Paling tidak anak-anak akan menghargai seni yang dilakukan sendiri.
5. Kabinet tertutup perlu dikurangkan bagi mengalakkan kemalangan jari tersepit atau pun terluka. Ia juga boleh dijadikan tempat persembunyian si manja dan sememangnya sangat biasa.
6.Mahukan lampu hiasan? Cukup dengan lampu dinding yang kini didatangkan dengan pelbagai rekaan menarik. Elakkan memilih lampu lantai atau meja bagi ruang kanak-kanak kerana ia agak bahaya dan mengganggu pergerakan kanak-kanak.
7.Elakkan membeli perabot yang berbucu tajam. Sebaliknya carilah perabot yang mempunyai bucu separuh bulat dan cuba ke kedai perabot khusus untuk perabot kanak-kanak.
8. Pilihlah fabrik organik . Fabrik yang tidak panas dan mudah dicuci serta selesa. Fabrik kapas merupakan pilihan terbaik dengan pelbagai kualiti yang ada.
9. Kepada anda yang menetap di tengah bandar, tidak salah menyediakan penyegar udara bagi memberi udara yang berkualiti di sekitar kamar untuk keselesaan si manja.
10. Pastikan juga suiz lampu semua di tutup dan di bawah pengawasan penjaga mereka. Ini penting bagi mengelakkan kemalangan domestik.
11.Terdapat lampu dinding untuk kamar kanak-kanak yang tidak terlalu terang dan sesuai untuk mata.
12.Jika membina kabinet bina dalam untuk penstoran barang-barang si manja, seeloknya pilihlah kabinet terbuka. Terutama untuk menyimpan permainan bagi merangsang si manja bermain dengan permainannya dan mudah pula di simpan balik. Ia nampak ringkas tetapi dengan cara ini kita mampu merangsang rasa girang dan mendisiplinkan mereka dengan berkesan.
13. Kini warna klise seperti biru dan merah jambu dilihat sudah ketinggalan zaman. Pilihlah tema warna neutral sama ada warm neutral seperti warna-warna perang kayu atau cool neutral seperti warna kelabu kebiruan air batu. Kemusian serikan ruang dengan warna ketiga dari kemasan lembut anda.
14.Jika memilih permaidani, pilihlah permaidani bulu pendek yang boleh dibersihkan dengan mudah 3 kali seminggu.
15.Siling yang ringkas dan mudah pula dibersihkan. Jika memilih tema klasik, elakkan membeli jenis siling plaster yang berkeluk-keluk dan menyusahkan anda untuk membersihnya.
16.Pastikan anda menggunakan jenis cat yang mesra kanak-kanak. Kini di pasaran terdapat jenis cat yang mudah dibersihkan dan anti bakteria. Jadi selain kertas dinding, anda boleh kembali memilih cat bagi perancangan jangka masa jauh.
17.Pastikan anda menggunakan kemasan lantai yang tidak sejuk seperti jubin dan marmar. Sebaliknya lantai kayu atau vinyl lebih selesa malah menarik bagi sebuah kamar kanak-kanak
18.Elakkan binatang peliharaan memasuki kamar anak anda. Pastikan juga lantai dan peralatan lain, dibersihkan sekerap mungkin dengan pembasmi kuman. Ini bagi mengelakkan alahan, jangkitan dan lain-lain masalah kesihatan berlaku. Awas, segala kelengkapan dan bahan kimia ini, perlulah anda simpan di tempat yang sewajarnya dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak
19. Elakkan membeli perabot bayi berusia di bawah 5 tahun. Jika anda mempunyai bajet kecil. Terus cari perabot yang mampu menampung anak anda sehingga ke peringkat sekolah rendah. Anda hanya perlu menukar tilamnya setiap lima tahun. Jika merancang mempunyai zuriat lagi, beli sahaja katil dua atau tiga tingkat.
20.Jika kamar andanya tidak seluas mana, rancang penstoran maksimum untuk si manja. Dalam hidupnya, mereka akan menempuh pelbagai fasa dan setiap fasa memerlukan kelengkapan yang berbeza. Jadi pastikan anda tidak menyimpan baju-baju lama yang tidak boleh dipakai lagi. Ibu bapa adakala sayang untuk membuang atau memberikan pakaian kepada yang memerlukan. Jangan sempitkan ruang dengan benda yang tidak digunakan lagi.
21. Jangan lupa menggunakan penyendal pintu bagi mengelakkan kemalangan domestik. Apatah lagi jika kediaman anda di kondominium tinggi yang selalunya angin bertiup agak kencang pada satu-satu masa. Kealpaan kita boleh membuat anak –anak terhantuk pada pintu atau tersepit. Jangan bimbang kini di pasaran terdapat pelbagai penyendal pintu menarik bagi selaraskan dengan tata hias kediaman anda.
"Vented, Condenser & Heat Pump"- Kenali 3 Jenis 'Dryer' & Punca 'Overheat' Sebabkan Kebakaran. Mesin Pengering Pakaian (dryer) bagaikan satu keperluan dan gaya hidup buat pemilik kediaman masa kini. Ia dapat menjimatkan masa, lebih-lebih lagi bagi kediaman yang berkeluasan terhad seperti kondominium dan apartmen.