Dalam kita sedang sibuk menyediakan segala juadah untuk dihidangkan kepada tetamu, jangan kita lupa kepada keselamatan barangan dekorasi rumah yang telah kita sediakan sejak sebelum raya lagi.
Ini kerana dalam kesibukan kita melayan tetamu, pasti akan ada pelbagai kejadian yang tidak ingini berlaku seperti pasu hiasan pecah, langsir terkoyak serta jatuh dari bidai sebab ditarik dan pelbagai lagi.
Dalam isu ini, kita tidak seharusnya menuding jari kepada si pelaku kerana mungkin mereka masih kecil atau ianya berlaku secara tidak sengaja.
Jadi, IMPIANA menggariskan empat tip penting yang boleh dijadikan panduan dalam memastikan segala perkakas dekor anda berkeadaan baik walaupun dikunjungi oleh ramai tetamu.
1. Simpan segala peralatan dekor yang sememangnya cantik tetapi berisiko tinggi untuk rosak atau pecah seperti pinggan kaca, pasu bunga mini, lampu lantai dan pelbagai lagi. Tidak dapat kita bayangkan segala peralatan yang dibeli, pecah begitu sahaja.
Ads
Ianya nampak biasa, tetapi hanya pemilik sahaja tahu betapa mahalnya perkakasan kaca ini, Dari menunjuk-nunjuk dan akhirnya pecah, baik anda simpan di tempat yang selamat dan tersembunyi.
2. Sebaiknya gunakan pinggan, cawan dan sudu plastik. Ini kerana anda bukan sahaja dapat menjimatkan tenaga mencuci, tetapi memudahkan kerja anda untuk mengemas sebaik sahaja majlis rumah terbuka selesai. Jika anda rasa pinggan mangkuk plastik putih kelihatan kurang menarik, kini terdapat banyak pinggan mangkuk pakai buang dengan pelbagai warna dan corak yang lebih menarik.
Lepas habis makan, tetamu anda hanya perlu buang sahaja ke dalam tong sampah, tidak perlu mencuci, anda tidak penat, tetamu anda kenyang
3. Hadkan akses dalam rumah semasa kehadiran tetamu, ini untuk mengelakkan perabot dalam kamar tidur anda turut menjadi public area. Cukup sahaja ruangan majlis anda di sekitar ruang tamu, balkoni (jika anda menetap di rumah kondominium atau apartment) dan kawasan hadapan rumah. Kalau boleh bahagian dapur juga harus dihadkan. Jika anda tidak bertindak sedemikian, jangan pelik kalau terjumpa bekas minuman tertumpah di atas tilam, sisa makanan di bawah katil dan pelbagai lagi perkara yang anda tidak ingin lihat selepas seharian penat melayani tetamu.
Anda bayangkan kalau yang tumpah ini adalah sos cili atau minuman kordial. Memang jenuh nak membersihkannya
4. Bersihkan kediaman anda secepat mungkin sebaik sahaja majlis rumah terbuka selesai. Perkara ini amat penting kerana jika anda terlepas pandang, pasti segala spesies makhluk perosak hadir yang akan merayap mencari makanan pada waktu malam. Ianya bukan sahaja mengotorkan kediaman malah mengundang bahaya jika ada kes kencing tikus. Takut-takut merayap pula ke rumah jiran malah jiran juga terkena tempiasnya.
Ads
Sekali ‘tentera’ ini sudah datang ke rumah anda, nak ke rumah jiran, sekejap sahaja
Sudah pasti anda tidak mahu hubungan akrab yang terjalin menjadi renggang. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati. Biar penat mencuci dari penat meminta maaf. Paling penting jaga lah kebersihan ketika menganjurkan majlis rumah terbuka.
Masih bising lagi baik di dalam tv dan meda sosial mengenai kenaikan harga penggunaan TNB secara mendadak. Perkara ini dikesan kebanyakkanya berpunca selepas penukaran meter lama ke pada smart meter. Tapi, ada satu posting dari pekerja TNB Fawwaz Johari yang menerangkan bahawa bil elektriknya dalam lingkungan RM40-70 sebulan selepas penukaran smart meter.
Ada pengguna yang mengalami situasi seperti Fawwaz tak? atau semua nya bil melambung juga? Kebanykkan bil yang diterima pengguna mendapat peningkatan lebih dari 40% setakat yang di lihat dan perkongsian rakan-rakan IMPIANA. Jom kita tengok macam mana Fawwaz boleh jadikan bil elektriknya hanya RM 40-70 sebulan selepas penukaran smart meter walaupun kediamannya mempunyai 4 air cond.
Viral harini di media sosial mengenai bil elektrik yang tinggi setelah TNB menukarkan ‘Smart Meter’ yang baru menggantikan meter TNB yang lama.
Saya adalah salah seorang pekerja TNB. Posting saya ini bukanlah bertujuan untuk menjawab atau menjelaskan mengenai ura-ura bil elektrik yang dikatakan meningkat tersebut. Namun hanya untuk kongsikan kaedah dan cara yang anda boleh lakukan untuk menjimatkan bil elektrik di rumah anda.
Ingin saya nyatakan disclaimer disini bahawa kaedah dan cara ini bukanlah saranan daripada syarikat TNB, namun hanya sekadar perkongsian peribadi berdasarkan penggunaan elektrik di rumah kami di Melaka.
Sebelum saya mulakan, izinkan untuk saya kongsikan dahulu mengenai latar belakang kediaman kami di Melaka ini. Rumah yang kami duduki ini adalah rumah 2 tingkat. Ia ini mempunyai 4 bilik, dan setiap bilik dipasang dengan alat penghawa dingin. Di ruang tamu rumah pula dipasang dengan 2 set alat penghawa dingin.
Rumah ini secara kebiasaannya di diami oleh ibu bapa saya, dan setiap malam mereka akan memasang alat penghawa dingin di bilik mereka. Manakala bilik-bilik lain pula akan dipenuhi dengan adik beradik saya yang lain pada setiap kali hujung minggu dan setiap kali musim cuti.
Rumah ini telah dipasang dengan ‘Smart Meter TNB’ pada bulan Februari 2019 yang lalu. Di sini saya sertakan gambar bil elektrik terkini rumah saya pada bulan lepas, iaitu HANYA SEBANYAK RM 62.30.
Bagaimanakah kami lakukannya?
Di bawah ini saya kongsikan tips dan gambar-gambar tentang bagaimana cara ia dapat dilakukan.
1. Gunakan teknologi inverter
Pertama sekali, bagi yang menggunakan alat penghawa dingin, pastikan anda menggunakan penghawa dingin yang mempunyai teknologi inverter.
Kesemua penghawa dingin dan peti ais yang ada di rumah kami ini telah dilengkapi dengan teknologi inverter ini.
Harganya mungkin mahal sedikit berbanding dengan peralatan yang biasa, namun anda hanya perlu membayar harga tersebut sekali sewaktu pembelian, dan kemudian anda boleh dapat menikmati penjimatan elektrik yang berterusan dalam jangka masa yang panjang.
2. Peralatan elektrik berstatus “5 bintang”
Apabila anda pergi ke kedai peralatan elektronik seperti One Living, Seng Heng, Home Pro, Courts Mammoth dan sebagainya, anda akan mendapati terdapat tanda 1-5 bintang pada setiap barangan elektronik yang dijual. Belilah barangan yang mempunyai 5 bintang. Bintang itu adalah Standard yang telah dikeluarkan oleh pihak Sirim untuk menyatakan “Energy Efficiency” peralatan tersebut. Peralatan yang efisien akan dapat lebih menjimatkan penggunaan elektrik di rumah anda.
3. Tidak menggunakan alat-alat pemanas elektrik:
Diantara peralatan yang tidak digunakan di rumah kami di Melaka ini termasuklah:
– pemasak nasi elektrik
– cerek air elektrik
– water dispenser
Bagi tujuan memasak, kami menggunakan gas api. Kami menanak nasi di dalam periuk dan menggunakan cerek api untuk memanaskan air.
Pemanas elektrik yang digunakan di rumah kami ini hanyalah seterika dan ‘water heater’ untuk mandi.
4. Menggunakan lampu LED
Kesemua lampu yang dipasang di rumah kami ini diperbuat dari LED. Penggunaan lampu LED ini dikatakan dapat mengurangkan 75% penggunaan elektrik berbanding dengan lampu-lampu biasa.
5. Mencabut plug selepas menggunakan alat elektrik
Selepas menonton TV, mengecas telefon bimbit, menggunakan seterika, atau menggunakan mesin basuh, tutup suis dan cabut sekali plug yang digunakan. Sekiranya extension wire digunakan, cabut sekali plug extension wire tersebut apabila ianya tidak digunakan.
Melalui pengalaman di rumah-rumah yang pernah melakukan cara ini, kadar elektrik adakalanya dapat dikurangkan sebanyak RM15-RM50. Kadar penjimatan bergantung kepada jenis rumah dan jenis peralatan elektrik yang digunapakai.
Untuk mendapatkan penjimatan yang lebih banyak, anda juga boleh mencabut plug ‘wifi’ di rumah anda pada waktu malam apabila semua orang tidur dan tidak menggunakannya.
6. Menggunakan ‘Turbine Ventilator’ di bumbung
Untuk memastikan rumah berada di dalam keadaan sejuk, Turbine Ventilator telah dipasang di atap rumah ini. Turbine ventilator ini berfungsi untuk membenarkan udara-udara panas yang terperangkap di dalam bumbung untuk keluar. Kekosongan udara di bahagian bumbung itu pula akan menyebabkan udara panas lain yang ada di dalam rumah ditarik pergi ke bahagian atas bumbung tersebut. Dengan menggunakan Turbine Ventilator ini, suhu rumah dapat diturunkan.
7. Memanam pokok di dalam dan luar rumah
Antara hobi ibu saya adalah menanam pokok. Ibu saya telah menanam pelbagai jenis pokok dan tumbuhan di sekeliling dan juga di dalam rumah kami. Bapa saya pula akan membantunya untuk menyiram pokok-pokok tersebut pada setiap hari.
Pokok diketahui dapat mengurangkan suhu udara. Dengan adanya pokok-pokok ini, udara di rumah kami biasanya berada pada suhu yang rendah. Oleh itu, kami jarang perlu membuka penghawa dingin di waktu tengahhari, melainkan pada hari yang benar-benar panas ataupun ketika tetamu datang ke rumah.
Di samping itu, pokok juga berfungsi untuk mengeluarkan oksigen dan menyerap karbon dioksida. Dengan mempunyai pelbagai jenis pokok di sekeliling rumah kami, kami sekeluarga dapat menikmati udara yang segar dan pemandangan yang indah pada setiap hari.
8. Penggunaan elektrik penghawa dingin dapat dikurangkan dengan suhu sekeliling yang rendah.
Apabila sekeliling rumah bersuhu rendah, penghawa dingin tidak perlu menggunakan tenaga yang lebih untuk menurunkan suhu kepada suhu yang dikehendaki.
Sebagai contoh, jika suhu sekeliling adalah 30°C, manakala suhu yang dikehendaki pula adalah 23°C. Maka perbezaan suhu adalah sebanyak 7°C, ini menyebabkan penghawa dingin perlu bekerja keras untuk menurunkan 7°C tersebut.
Bayangkan jika suhu sekeliling rumah hanya 25°C, penghawa dingin cuma perlu menurunkan suhu sebanyak 2°C untuk mendapatkan suhu yang dikehendaki. Maka dengan adanya pohon-pohon tanaman berserta dengan Turbine Ventilator, tenaga elektrik dapat dijimatkan dengan lebih banyak.
9. Kredit kepada ibu bapa saya iaitu Johari Judan & Dr Zorina Khalid kerana telah berusaha untuk menjaga alam sekitar. Dengan semangat mereka, kami dapat menikmati pemandangan yang indah, udara yang nyaman dan sejuk apabila pulang ke rumah di melaka, di samping ia dapat menjimatkan bil elektrik rumah kami.
[Nota tambahan: perkongsian ini mungkin tidak relevan bagi mereka yang tidak menggunakan alat penghawa dingin di rumah mereka]
Pada pendapat IMPIANA, ada beberapa point yang dikongsikan Fawwaz memang benar dan dapat membantu mengurangkan kadar pengunaan elektrik yang kita tidak sedar. Namun, masih tertanya-tanya, penggunaan air-cond sampai 4 dengan kapasiti bayaran tak samapi RM 70 tu masih di ragukan. APA PENDAPAT ANDA?
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Tidak ramai antara kita yang mengambil kisah atau peduli akan kebersihan mesin basuh. Zahir nya kelihatan bersih, hakikat yang kita sendiri tidak lihat adalah bahagia belakang dinding drum mencuci. Terfikir tak nak bersihkan atau tinjau keadaan di bahagian belakang tersebut?
Tanpa anda sedari dinding drum pencuci yang tidak bersih antara punca berlakunya alahan terutamanya buat kanak-kanak yang mempunyai kulit yang nipis. Puas lah si ibu menjemur tilam dan permaidani. Walhal, punca sebenar adalah dari mesin basuh yang digunakan untuk mencuci baju yang dianggap SENTIASA BERSIH
Tahukah anda bahawa masin basuh yang tidak bersih 60x ganda lebih kotor dari tandas?
Sewajarnya, mesin basuh perlu diselenggara dan dicuci sekurang-kurangnya 1 kali setahun. Berikut, 2 cara mudah untuk mencuci mesin basuh anda:
1. BAKING SODA DAN CUKA
Jika mesin basuh anda mempunyai tetapan “tube cleaning”, guna kan tetapan tersebut dan masukkan baking soda bersama cuka. Jika tiada, gunakan tetapan “soak” dan biarkan ia terendam selama 5 minit, kemudian di cuci lagi dan biarkan lagi setengah jam. Selesai kitaran cucian, cuci bersih mesin basuh anda dengan mengenakan tetapan cucian normal
Bagi kediaman yang mempunyai kelembapan yang tinggi di tambah tersedianya ruang gelap sentiasa menajdi pilihan sebagai habitat serangga perosak utama di dalam kediaman iaitu lipas. Terdpat pelbagai produk pemusnah dan pencegah lipas di pasaran. Namun, kebanyakkanya mempunyai kandungan kimia yang akan memudaratkan kesihatan jika berlaku sedikit kecuaian
Bagi mengatasi ancaman tersebut, apa kata anda gunakan beberapa kaedah lain yang lebih selamat dan efektif untuk mencegah dan memusnahkan liaps yang bertapa di dalam kediaman anda.
1. DIFFUSE MINYAK PATI
Antara aroma minyak pati yang tidak digemari oleh lipas adalah seperti peppermint, lavender, eucalyptus dan tee tree. Sebaiknya, diffuse sekurang-kurnagnya seminggu sekali untuk memastikan kaedah pembasmian yang digunakan efektif. Jika anda tidak mempunyai diffuser, letakkan beberapa titis minyak pati pada tisu dan letakkan di kawasan yang menjadi target atau laluan lipas
2. CAMPURAN SERBUK PENAIK DAN GULA
Campur satu bahagian serbuk penaik bersama 2 bahagian gula. kacau rata dan letakkan di kawasan laluan lipas. Canpuran ini akan membunuh lipas secara senyap. Gula yang digunakan berupaya menarik minat lipas. Manakala, baking soda yang digaul bersama akan merosakkan sistem tubuh lipas yang telah memakannya
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!