
Tip dapur bersih berkilat ini perlu dipraktikkan jika dapur yang kita gunakan sudah kotor, penuh dengan minyak hitam yang melekit selain melekat sisa makanan.
Kotoran sebegini memang sukar kita bersihkan sepenuhnya. Pasti akan ada kotoran tertinggal. Tapi cara yang dikongsi oleh Pak San ini memang berkesan kerana hasilnya dapur jadi bersih berkilat!
Bagi yang nak buat rumah terbuka, disarankan menggunakan tip ini sebab tetamu biasanya akan menjengah sampai ke dapur. Tak cantik pula kalau dapur memasak kita kotor.
Baking soda
Garam
Cecair pencuci pinggan
Cuka
Tisu dapur
1. Tabur baking soda dan garam atas dapur.
2. Kemudian tuang cecair pencuci pinggan. Lumur seluruh bahagian dapur supaya bahan tadi kena pada semua bahagian.
3. Selepas sapu rata, tutup bahagian dapur yang dilumur tadi guna tisu dapur.
4. Kemudian tuang cuka, pastikan cuka meresap dan basah. Biarkan dalam satu jam, selepas itu buka dan gosok guna besi pengosok periuk. Insya-Allah kotoran degil atas dapur senang bersih.
5. Nak bersihkan belakang kuali dan periuk pun boleh gunakan cara yang sama.
Mesti Baca: Hilangkan Bau Masakan Di Rumah, Sesuai Dapur Yang Tiada Hood
Baca Lagi Di Sini: Nubhan Beri Kejutan, Cantik Hasil Renovasi Dapur Baru ‘Mak Jenny’
Artikel Menarik: Susun Atur Dapur, Ada Alat Elektrik Tak Sesuai Letak Dekat-Dekat
Sumber: Dapur Pak San