Tip cuci langsir di lobi layan diri ini perlu kita tahu sebab kebiasaannya langsir kediaman ini kita basuh di dobi layan diri memandang ia memerlukan mesin basuh yang lebih besar di samping pengering.
Kalau jemur di rumah memang tak cukup ampaian. Cumanya, untuk mencuci langsir di dobi layan diri ini kena tahu cara yang betul. Ini kerana langsir ada banyak jenis dan tak semuanya sesuai menggunakan cucian mesin basuh.
Berikut adalah tip yang perlu kita ikuti untuk mencuci langsir kediaman di dobi layan diri
1. Periksa label cadangan cucian pada langsir (langsir ready-made) sama ada sesuai untuk basuhan mesin, basuhan tangan atau dry-cleaning.
2. Pastikan semua penyangkut sudah ditanggalkan pada langsir French pleat.
3. Bersihkan habuk pada langsir dengan cara mengibaskannya atau menggunakan vacuum. Pre-wash kotoran kasar jika perlu.
4. Asingkan langsir siang (day curtain/lining/voile) daripada langsir kain tebal/biasa.
5. Untuk langsir kain tebal/biasa, cucian mesin boleh dilakukan dengan menggunakan air sejuk/biasa dengan sedikit sabun. Elakkan daripada menggunakan air panas kerana ini akan menyebabkan sesetengah fabrik mengecut.
6. Langsir siang (day curtain/lining/voile) adalah nipis. Oleh itu cuba elakkan cucian menggunakan mesin. Pilihan lain adalah basuhan tangan atau dry-cleaning. Jika perlu cucian mesin, masukkan ke dalam net laundry bag yang besar dan kemudian barulah dimasukkan kedalam mesin dan dibasuh menggunakan air sejuk/biasa.
7. Langsir eyelet tidak sesuai untuk cucian mesin kerana boleh menyebabkan kerosakkan pada eyelet. Jika perlu cucian mesin, masukkan kedalam net laundry bag yang besar, sama seperti langsir siang.
Sumber: Bubble Laundrette
Mesti Baca: Cangkuk Langsir Mudah Saja Nak Pasang Semula Dengan Tip
Baca Lagi: ‘Window Blinds’ Pengganti Langsir, 9 Jenis BIDAI Serikan Ruang