
Tinggal di kediaman bertingkat seperti apartmen, kondominium atau rumah dua tingkat memang praktikal dan menjimatkan ruang. Tapi bila ada anak kecil, isu keselamatan jadi perkara utama yang tak boleh dipandang ringan. Ruang tinggi dan terbuka,tangga, balkoni, tingkap semuanya boleh jadi potensi bahaya jika tidak ditangani dengan betul.
Ini antara perkara yang perlu diberi perhatian bila ada anak kecil di rumah;
Pastikan semua tingkap, pintu gelangsar ke balkoni dan ruang berisiko tinggi dipasang dengan sistem pengunci keselamatan tambahan. Pilih jenis yang tidak mudah dibuka oleh kanak-kanak, walaupun mereka cuba.
Grill berkualiti atau jeriji keselamatan di tingkap dan balkoni boleh menyelamatkan nyawa. Ia menghalang anak daripada terjatuh walaupun mereka memanjat. Pastikan materialnya kukuh dan tidak mudah berkarat atau reput.
Untuk rumah dua tingkat, pasang pagar keselamatan pada bahagian atas dan bawah tangga. Elak tangga terbuka tanpa penghadang. Tangga juga mesti mempunyai pemegang yang kukuh dan tak licin.
Meja, kerusi atau sofa berhampiran tingkap atau balkoni boleh jadi ‘tangga’ untuk anak kecil panjat. Jauhkan dari kawasan berisiko tinggi.
Jika anda bekerja dari rumah atau anak bermain di bilik sendiri, gunakan baby monitor atau CCTV untuk pantauan segera.
Walau sistem keselamatan lengkap, pendidikan awal tetap penting. Ajarkan bahaya memanjat tingkap, bermain dekat balkoni dan tangga sejak kecil.
Keselamatan bukan hal remeh. Rumah tinggi bukan penghalang untuk anak membesar dengan selamat, asalkan ibu bapa peka dan bersedia. Lindungi mereka, kerana satu kecuaian boleh membawa padah.
Mesti Baca: Dinding Rumah Comot Kesan Conteng, 5 Cat Rumah Ini Senang Cuci!
Baca Lagi Di Sini:Tip Pilih Warna Cat Ideal Untuk Dinding, Tersalah Pilih Rosak Dekorasi Rumah
Artikel Menarik: Ini Cara Baiki Cat Dinding Rumah Mengelupas Selepas Terendam Banjir
Sumber: Azlan Mohamad
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.