Tilam-Tilam Ini Mampu Membuatkan Anda Tidak Bangun Tidur Pada Esok Hari

Share

Katil dan juga tilam tidak dapat dipisahkan. Katil ini ibarat rangka dan tilam ini isinya. Jadi, jika kita sudah ada katil yang baik, mesti kita mahukan tilam yang baik dan bagus jugak kan? Oleh itu, hari ini saya akan beberapa tips penting dalam membeli tilam dan juga jenis yang ada.

BAGAIMANA INGIN MEMILIH TILAM YANG BAGUS?

Jadi bagaimana anda hendak pastikan tilam anda beli itu bagus? Mula-mula, anda perlu ketahui ukuran tilam tersebut. Tilam sepatutnya lebih besar dan luas 2 atau 3 kali ganda dengan tubuh badan kita supaya mendapat keselesaan untuk berguling-guling atas tilam itu. Hahahaha.

Seterusnya, pergi ke kedai yang boleh membenarkan kita uji tilam tersebut. Apa yang perlu anda buat adalah pusing-pusing dalam kedai tilam tersebut selama mana anda mahu dan apabila sudah jumpa tilam yang menarik perhatian anda, cuba anda baring untuk 10 minit begitu. Tapi pasti meminta izin dahulu sebelum mencubanya. Tujuannya, kita tidak menyesal kemudian jikalau kita beli tilam tersebut dan tidak selesa bagi kita.

Dan akhirnya, pastikan periksa jika tilam yang dijual itu ada jaminan jika dibeli. Selalunya, sebuah kedai yang baik dan menjual katil yang berkualiti, akan mempunyai tempoh minimum selama 10 tahun bagi penggantian penuh atau jaminan tanpa ‘protate’.

Sebagai pengakhirannya, kita semestinya bijak dalam membeli tilam ini. Semasa memilih tilam juga, kita perlu tahu apa jenis yang kita mahukan sebagai contoh, memory foam ke, gel, innerspring, air bed, lateks dan lain-lain yang ada. Maka dengan ini, itu sahaja penjelasan saya tentang tilam. Semoga anda berjaya membeli tilam dan berpuas hati setelah membelinya.

Sumber: Ceria Sihat (https://www.ceriasihat.com/sebelum-membeli-tilam-jom-ketahui-jenis-dan-tips-penting-dahulu/)

IKLAN