Tanda-Tanda Banjir Besar Bakal Melanda Kawasan Rumah, Jangan Abaikan Petanda Ini!

Tanda-Tanda Banjir Besar Bakal Melanda Kawasan Rumah, Jangan Abaikan Petanda Ini! Tanda-tanda kawasan rumah bakal dinaiki air atau banjir besar memang sering dikongsi oleh mangsa-mangsa terdahulu. Meskipun perkongsian ini bukanlah berasaskan kajian saintifik, namun ramai penduduk yang pernah melalui pengalaman sama menyedari bahawa tanda-tanda tersebut muncul sebelum banjir besar melanda.

Info daripada Ommar Abdul Aziz ini boleh dijadikan panduan berguna supaya kita lebih bersedia untuk menyelamatkan diri dan harta benda sebelum berlakunya kejadian tidak diingini. Menyedari tanda-tanda banjir besar lebih awal dapat membantu kita bertindak segera.

Tanda Kawasan Rumah Bakal Dilanda Banjir Besar

Berikut antara petanda awal yang sering dilihat oleh penduduk sebelum banjir besar melanda kawasan rumah:

1. Air Naik Walaupun Hujan Sudah Berhenti

Ini tanda awal yang sering diabaikan. Jika paras air di longkang atau halaman mula naik walaupun hujan sudah berhenti, besar kemungkinan sistem saliran sudah tidak mampu menampung aliran air dari kawasan lebih tinggi.

Tanda-Tanda Banjir Besar Bakal Melanda Kawasan Rumah, Jangan Abaikan Petanda Ini!

2. Air Pada Mulanya Jernih

Pada peringkat awal, air yang mengalir kelihatan jernih seperti anak sungai. Ramai yang terpesona dan membiarkan anak-anak bermain air. Namun inilah tanda awal bahawa banjir besar mungkin sedang terbentuk.

Tanda-Tanda Banjir Besar Bakal Melanda Kawasan Rumah, Jangan Abaikan Petanda Ini!

Ads

3. Air Mula Keruh Selepas Beberapa Jam

Selepas beberapa jam, air yang jernih akan bertukar menjadi keruh. Ketika ini, anda perlu bersiap sedia untuk berpindah kerana keadaan mungkin semakin buruk.

Tanda-Tanda Banjir Besar Bakal Melanda Kawasan Rumah, Jangan Abaikan Petanda Ini!

4. Air Menjadi Kuning, Berkeladak & Bersampah

Apabila air berubah menjadi kuning dan membawa sampah-sarap, itu tanda jelas bahawa banjir besar sedang berlaku berhampiran kawasan anda. Segeralah keluar dari rumah dan berpindah ke tempat yang lebih tinggi.

5. Kadar Kenaikan Air Berbeza Mengikut Tempat

Setiap kawasan mempunyai kadar kenaikan air yang berbeza. Ada tempat yang naik satu inci dalam masa sejam, dan ada pula yang naik sekaki dalam tempoh yang sama. Jangan tunggu hingga air mencecah lantai rumah sebelum bertindak.

Ads

Tanda-Tanda Banjir Besar Bakal Melanda Kawasan Rumah, Jangan Abaikan Petanda Ini!

6. Jangan Terlalu Sayang Untuk Tinggalkan Rumah

Rasa sayang terhadap rumah atau harta benda sering membuatkan ramai menunggu hingga saat akhir. Abaikan perasaan itu kerana keselamatan diri lebih utama. Jika tidak, mungkin anda terpaksa menunggu pihak penyelamat seperti JPAM datang membantu di saat genting.

Tanda-Tanda Banjir Besar Bakal Melanda Kawasan Rumah, Jangan Abaikan Petanda Ini!

Tip Ekstra Keselamatan Ketika Banjir

Sebelum keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri, pastikan langkah-langkah keselamatan berikut dilakukan:

Ads
  • Kunci pintu rumah dan tutup semua suis utama elektrik.
  • Jika boleh, cabut fius utama sebelum keluar.
  • Sumbat lubang ekzos kereta dan cabut terminal bateri jika kenderaan ditinggalkan.
  • Parkir kereta di tempat yang lebih tinggi dan selamat daripada arus deras.

Dengan mengenal pasti tanda-tanda banjir besar lebih awal, kita boleh bertindak dengan cepat dan mengelakkan diri daripada terperangkap dalam keadaan bahaya. Semoga perkongsian ini membantu kita semua lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan pada masa akan datang.

Semoga Bermanfaat!

Sumber: Ommar Abdul Aziz

Sumber: Ommar Abdul Aziz

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip dekorasi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads