Laman

Tanaman Subur Dan Produktif Lepas Siram Air Basuhan Beras

Share

Air beras, antara sisa dapur yang orang dulu-dulu TAK AKAN BUANG. Ia bukan sahaja bagus untuk memutih dan meregangkan kulit, malah banyak khasiatnya pada tanaman. Huda zainal

berkongsi khasiat air basuhan beras yang siram pada tanaman di dalam facebook miliknya.

Zaman belum berjinak dengan pokok, air basuhan beras ni memang akan buang je. Namun semenjak dah berjinak dengan tanaman, air bilasan beras ni Huda akan guna untuk pokok-pokok.

Bilasan air beras yang berwarna putih disebabkan oleh kanji. Ia mampu menggalakkan pembiakan bakteria baik untuk akar.
Ada juga mineral seperti nitrogen, potassium dan phosphorus dalam air beras. Semua tu bagus untuk tumbesaran pokok. Hah, ingat manusia je ke yang nak mineral. Pokok pun nak.

Satu lagi buat macam ni supaya kurangkan pembaziran air. #zerowaste.

Subur juga pokok-pokok ni, padahal tuan dia tak baja pun.

 

IKLAN