Berbaloi Tanam KANGKUNG Kaedah Separa Hidroponik, Sangkut Dekat Pagar Jimat Ruang!

Berbaloi Tanam KANGKUNG Kaedah Separa Hidroponik, Sangkut Dekat Pagar Jimat Ruang! Memang berbaloi berbudi pada tanah, dapat jimat belanja dapur. Seronok tengok hasil tanaman yang ditanam ‘menjadi’, segar dan subur. Selain dibuat makan sendiri, hasilnya juga boleh dijual untuk dijadikan pendapatan sampingan.

Bagi yang mempunyai kawasan terhad, boleh gunakan kaedah tanam kangkung separa hidroponik ini di rumah. Mudah sangat boleh sangkut di pagar atau dinding, malah tak perlu nak siram hari-hari.

Perkongsian daripada Kawe Ayoh yang berkebun tepi rumah dengan menanam kangkung secara kaedah separa hidroponik ini boleh dijadikan panduan.

Kutipan sebelum solat jumaat. Belum timbang lagi berapa kilo dapat.
Konsep tanaman separa hidroponik. Tapi bukan baja AB.

Yang dah rasa semua cakap batang lembut walau besar. Orang tua takde gigi pun kunyah dengan gusi je. Separuh kita sedekah, separuh jual bukan cari untung, hanya untuk pulangan kos. RM3 sekilo. RM1 seikat, 350g +-. Murah ke mahal.

Berbaloi Tanam KANGKUNG Kaedah Separa Hidroponik, Sangkut Dekat Pagar Jimat Ruang! Berbaloi Tanam KANGKUNG Kaedah Separa Hidroponik, Sangkut Dekat Pagar Jimat Ruang!

Bahan Diperlukan:

Benih Kangkung
Pasu Kecil
Cawan Plastik
Tanah Campuran
Baja Organik
Air Bancuhan Baja

Ads

Tanam Kangkung Kaedah Separa Hidroponik

1.Letak tanah campuran sedikit sahaja dalam pasu. Untuk pertumbuhan biji benih. Tak sampai separuh pasu.

2.Paras air lebih kurang suku pasu untuk pastikan bekalan air tidak terputus. Maka tidak perlu hari-hari siram. Cuma tambah air bila perlu.

Berbaloi Tanam KANGKUNG Kaedah Separa Hidroponik, Sangkut Dekat Pagar Jimat Ruang! Berbaloi Tanam KANGKUNG Kaedah Separa Hidroponik, Sangkut Dekat Pagar Jimat Ruang!

Ads

3.Mulai-mula semai guna baja organik. Kemudian, letak air bancuhan baja beli di kedai pertanian bila kangkung mula membesar.

4.Tanam sangkut dekat pagar atau dinding rumah pun boleh guna. Yang penting tahu caranya.

Berbaloi Tanam KANGKUNG Kaedah Separa Hidroponik, Sangkut Dekat Pagar Jimat Ruang! Berbaloi Tanam KANGKUNG Kaedah Separa Hidroponik, Sangkut Dekat Pagar Jimat Ruang!

Ads

Tip Ekstra! Elak Jentik-Jentik

  • Sebelah atas pasu masukkan ngam-ngam dengan cawan plastik. Lubang air lebihan berada di tengah-tengah pasu. Tiada ruang untuk nyamuk masuk. Setakat ni saya takde jumpa lagi jentik-jentik masuk dalam ni. Lagipun ini bukan air kosong. Air baja. Nyamuk pun fikir 2 kali nak check in.

Berbaloi Tanam KANGKUNG Kaedah Separa Hidroponik, Sangkut Dekat Pagar Jimat Ruang!

IMPIANA: Bagi yang cuba tanam kangkung kaedah separa hidropnik ini boleh cuba tip dan cara yang dikongsikan. Memang mudah, tak perlu siram hari-hari malah jimat ruang, sangkut dekat tepi pagar je.

Sumber: Kawe Ayoh

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip dekorasi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads