Bagaikan satu fenomena baru serta pengalaman yang sangat menarik buat peminat-peminat rose di Malaysia. Kini menanam rose bukanlah sesukar dulu lagi sekiranya kena dengan cara, kaedah dan juga penggunaan media yang tepat bagi menggalakkan pertumbuhan pokok yang sihat dan subur. Ikuti cara serta tips mudah menanam rose terutamanya English Rose atau rose dari baka-baka luar negara mengikut gaya dan kaedah Taman Rose Addarosa Puncak Alam. Pokok akan hidup subur, berbunga lebat, saiz bunga yang lebih besar seakan berada di cuaca tempat asalnya.

CARA MUDAH TANAM ENGLISH ROSE

  1. Sediakan keperluan asas yang mencukupi seperti :
  • Pati nutrien ibu medium
  • Tanah khas untuk rose atau alternative lain tahah 6 dalam 1 (6 in 1)
  • Vitamin booster untuk pokok dan bunga
  • Baja khas rose
  • Pasu
  • Gunting
  • Botol sprayer

Tanam English Rose Guna Teknik Ini Confirm Pokok Subur Bunga Merimbun

  1. Langkah 1 :

Langkah pertama buangkan medium asal dari poly beg. Merujuk kepada gambar contoh pembekal menggunakan sekam padi sebagai medium asas. Buang medium lama tersebut sehingga nampak urat akar atau lebih atau ikuti seperti gambar contoh.

 

Tanam English Rose Guna Teknik Ini Confirm Pokok Subur Bunga Merimbun

Merujuk kepada kondisi akar pada pokok ini, pokok ini dikatakan sangat sihat kerana berakar putih. Sekiranya terdapat medium lama yg telah keras, ketuk secara perlahan dan pastikan ia terlerai.

 

Tanam English Rose Guna Teknik Ini Confirm Pokok Subur Bunga Merimbun

Setelah medium lama dibuang, kemuadiannya spray akar tersebut dengan bancuhan racun kawalan serangga dan kulat supaya akar akan bertambah sihat.

 

Tanam English Rose Guna Teknik Ini Confirm Pokok Subur Bunga Merimbun

 

  1. Langkah 2:

Kemudian langkah seterusnya adalah penyediaan medium untuk proses menanam rose. Sediakan bahan utama iaitu tanah khas ros dan juga pati nutrien ibu medium sebagai bahan asas untuk penyediaan medium rose anda. Nisbah yang digunakan adalah 1 paket pati nutrien digaul bersama  2 kg tanah khas rose atau tanah 6 in 1. Gaulkan rata sehingga sebati.

 

IKLAN

Tanam English Rose Guna Teknik Ini Confirm Pokok Subur Bunga Merimbun Tanam English Rose Guna Teknik Ini Confirm Pokok Subur Bunga Merimbun

 

  1. Langkah 3 :

Seterusnya sediakan pasu yang sesuai. Awal memasu tidak perlulah pasu yang terlalu besar. Kaedah ini supaya pokok akan mendapat nutrien yang secukupnya dan mempercepatkan proses tumbesaran pokok selain mengurangkan masalah kanker. Pastikan lubang tidak ditutup bagi melancarkan pengaliran air yg baik. Kemudian letakkan satu lapisan aduan medium di pasu.

 

Tanam English Rose Guna Teknik Ini Confirm Pokok Subur Bunga Merimbun Tanam English Rose Guna Teknik Ini Confirm Pokok Subur Bunga Merimbun

 

  1. Langkah 4 :

Masukkan pokok yang telah dibuang 85-90% medium lama. Selerakkan akar secara mengembang supaya akar bebas dan mudah menerima serta mecari makanan atau nutrien.

 

Tanam English Rose Guna Teknik Ini Confirm Pokok Subur Bunga Merimbun Tanam English Rose Guna Teknik Ini Confirm Pokok Subur Bunga Merimbun

IKLAN

 

  1. Langkah 5:

Langkah seterusnya, tambahkan satu lapisan lapisan adunan medium pada permukaan akar pokok. Kemudian tekan keliling pasu tersebut, supaya medium terus dapat mencengkam akar dengan baik dan kemas. kemudian tambahkan atau habiskan adunan medium tadi.

 

Tanam English Rose Guna Teknik Ini Confirm Pokok Subur Bunga Merimbun Tanam English Rose Guna Teknik Ini Confirm Pokok Subur Bunga Merimbun

 

  1. Langkah 6 :

Gunakan buloh sebagai penyokong pokok supaya pokok tidak goyang dan terus stabil. Sedikit info dalam proses ini iaitu apabila pokok yang tidak stabil kedudukannya akan melambatkan proses penstabilan kerana menyebabkan pokok bergerak-gerak dan menyebabkan akar turut terganggu kerana tidak memegang tanah dengan kemas. Ini baru dikatakan akar goyang. Kesan biasanya pokok akan layu dalam tempoh yang lama selepas dipasukan dan sekiranya berterusan ada kemungkinan terus mengering.

 

Tanam English Rose Guna Teknik Ini Confirm Pokok Subur Bunga Merimbun

 

IKLAN
  1. Langkah 7 :

Seterusnya, lakukan sedikit cantasan dimana buang daun-daun yang tidak sihat, daun atau pucuk kering, putik baru yang tidak stabil serta blind shoot supaya mempercepatkan proses pengeluaran tunas baru.

 

Tanam English Rose Guna Teknik Ini Confirm Pokok Subur Bunga Merimbun

 

  1. Langkah 8:

Kemudian tanamkan segenggam baja Addarosa disekeliling pokok bagi mempercepatkan proses tumbesaran pokok. Caranya korek sedikit permukaan tanah kemudiannya kambus semula. Setelah selesai, siram pokok sehingga lenjun dan pastikan air membasahi keseluruhan pokok dan tanah. Selepas 5 minit disiram, sembur bancuhan kawalan perosak.

 

Tanam English Rose Guna Teknik Ini Confirm Pokok Subur Bunga Merimbun An

 

 

  1. Langkah 9:

Akhir sekali, pokok yang telah siap dipasukan tadi diletakkan di bawah bumbung atau ditempat teduh selama 3-7 hari sehingga pokok nampak segar semula.

 

  1. Langkah 10:

Langkah terakhir, petang kesokannya buat semburan Vitamin Booster bada keseluruhan pokok termasuk daun dan dahan bagi mempercepatkan serta menggalakkan proses tunas baru. Untuk langkah penjagaan seterusnya, pastikan pokok anda dibaja, diberi vitamin booster dan formula kawalan tiga serangkai 3A Addarosa untuk pokok yang lebih sihat, subur, galak berbunga dan merimbun.

 

Selamat Mencuba!!!!

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI