
Tampil ‘Bold & Vibrant’, Terjemahan Konsep ‘Mixed Culture’ Serlah Keunikan Dekorasi ‘House de Verde’. Kali pertama IMPIANA melihat dekorasi pada kediaman ini, terdetik rasa kagum kerana pemilik mempunyai citarasa yang unik & berani tampil berbeza, lain daripada yang lain. Bukan apa, secara umumnya kebanyakan pemilik kediaman gemar rona ‘selamat’ dan lebih cerah kerana ‘bimbangkan’ rumah nampak gelap dan sempit.
Berkongsi lebih lanjut pemilihan tema utama bagi dekorasi kediaman, ternyata pemilik kediaman Rinani Binti Ramli atau lebih mesra Nanee Ramli mempunyai alasan yang tersendiri.
“Kami memilih konsep ini kerana bersesuaian dengan jiwa dan mengikut citarasa kami sendiri yang sangat sukakan seni dan dekor yang lebih berat serta sedikit berlainan daripada kebanyakan tema kediaman masa sekarang.
“Penggunaan rona hijau gelap adalah elemen penting kerana kami lebih cenderung kepada penampilan citarasa Eropah yang tampak lebih berani. Terutamanya pada bahagian dapur yang menggunakan warna Emerald Green supaya dapat menerapkan mood lebih berani, jelas dan garang (bold),” jelas Nanee.

Idea Mix & Match Terjemahan Konsep ‘Mixed Culture’
Mengutamakan mix and match serta gandingan Konsep ‘Mixed Culture’ , pemilik cukup kreatif memilih campuran gaya Eropah, Bali dan Mongol bagi menghiasi ruang kediaman.
Bersesuaian namanya, House de Verde yang bermaksud ‘Rumah Hijau’. Tidak hairanlah pilihan padanan rona hijau gelap sage & army disamping pencahayaan suram, menyerlahkan suasana cosy dan elegan pada kediaman.
“‘House de Verde’ bermaksud Rumah Hijau dalam Bahasa Sepanyol. Ia boleh dilihat padanan elemen rona hijau seperti Sage dan Army pada kediaman ini,
“Rumah ini berkonsepkan ‘Mix Culture’. Dekorasi gaya percampuran budaya mengikut citarasa saya sendiri iaitu gandingan konsep ‘Modern Classic x Industrial Chic’ bagi menampilkan gabungan elemen bold, elegan dan suram.
“Kami memilih konsep ini agar tidak terikat hanya pada suatu konsep sahaja dan menggabungkan konsep-konsep yang difikirkan bersesuaian. Sesuai dengan perwatakan kami yang sukakan lain daripada yang lain, fancy dan berani mencuba.
“Kami juga lebih santai dalam menentukan gandingan perabot dan dekorasi dalam padanan warna dan tema bagi menghias rumah,” jelas Nanee lagi.












Dekorasi Rumah DIY Bersama Suami Isteri
Menariknya, semuanya dihias sendiri dan kebanyakan dekorasi serta renovasi pada kediaman ini merupakan hasil DIY gandingan bersama suami isteri yang dilakukan secara berperingkat. Inspirasi bagi dekorasi kediaman pula dirujuk daripada pelbagai sumber di media sosial serta pemerhatian ketika berkunjung di kedai perabot, cafe mahupun ketika melancong di luar negara.
“Boleh dikatakan 90 peratus ilham dan idea dekorasi rumah ini adalah daripada kami sendiri. Kebanyakkannya dilakukan secara DIY. Padanan warna pula lebih bersifat subjektif dan fleksibel. Saya memilih berdasarkan idea dan boleh bertukar jika mendapat padanan yang lebih sesuai.
“Kebiasaannya inspirasi idea ‘mix & match’ dirujuk melalui google, pinterest, youtube dan menerusi pemerhatian sebagai contoh kunjungan di kedai-kedai perabot, ID, cafe, serta pengalaman melancong di luar negara,” ujar Nanee.

Dapur & Bawah Loteng ‘Favorite Spot’ Di Rumah
Berkongsi ruang kegemaran pemilik kediaman di rumah, ternyata masing-masing mempunyai ‘favorite spot’ tersendiri. Namun persamaan yang pasti, sebuah bilik di kediaman ini dijadikan mini studio sendiri bagi memenuhi minat bersama pasangan ini yang menggemari muzik.
“Bagi saya, dapur merupakan ruang kegemaran di rumah. Ini kerana hobi saya suka memasak dan makan malam kami kebiasaannya di rumah walaupun setelah penat balik dari kerja. Kami juga selalu hos (jamu) kawan-kawan makan di rumah. Bagi suami pula, bawah loteng merupakan favorite spot dirinya kerana suka luangkan masa tengok ‘movie’ dan berehat di situ selepas balik kerja,” jelas Nanee.


Perancangan Dekorasi Kediaman Masa Hadapan
Bagi pemilik, perancangan masa hadapan bagi kediaman ini adalah memfokuskan untuk menghias pada ruang backyard/balkoni rumah dengan dekorasi simple tetapi praktikal serta dapat dijadikan tempat aktiviti riadah dan bbq serta menanam pokok menjalar. Begitu juga dekorasi pada bahagian bilik tidur utama. Keluasan bilik dan siling yang sangat tinggi, pemilik berharap dapat penuhkan dengan dekorasi yang menarik supaya nampak lebih padat dan classy.

TIP Dari Nanee Supaya Dekor Rumah Konsep Mix Culture Tampak Lebih Menyerlah & Elegan:
1. Kena berani untuk mencuba.
2. Harus tahu citarasa sendiri yang diinginkan dan tak terikat pada satu konsep sahaja.
3. Kena selalu ‘study’ ikut kesesuaian, bajet dan citarasa sendiri. Selalunya saya akan beli lain daripada kebiasaan supaya nampak lebih unik.
4. Penting pemilihan lampu yang tepat untuk fokus pencahayaan ruang supaya nampak estetik, elegan dan lebih menyerlah.
5. Penggunaan backsplash dan karpet unsur retro modern, oriental dan vintage.
6. Elemen bingkai gambar untuk tambahan gaya personal.
IMPIANA: Terima kasih buat pemilik kediaman kerana sudi menerima kunjungan IMPIANA dan berkongsi cerita dekorasi rumah yang indah ini. Semoga perkongsian dekorasi rumah ini dapat memberi inspirasi buat pencinta dekorasi kediaman yang lain untuk dijadikan rujukan dalam menata hias kediaman.
INFO KEDIAMAN:
Nama Pemilik: Nanee Ramli
Usia Kediaman:Februari 2024
Konsep Hiasan Dalaman: Mixed Culture
Lokasi: Semenyih
Keluasan Kediaman: 1700kps
Anggaran Kos Renovasi/Ubahsuai Rumah: RM40,000k
Jenis Kediaman: Teres 2 Tingkat
Spesifikasi Ruang Kediaman:
( Dapur, Bilik Tidur Utama, Bilik Pakaian, Mini Studio Muzik, 4 Bilik Air, Ruang Tamu, Loteng,Balkoni, Dining Area)
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

