Tak Perlu Racun, TURNERA Pokok Bunga Pukul 10 Bodyguard Semula Jadi LAMAN

Share

Tak Perlu Racun, TURNERA Pokok Bunga Pukul 10 Bodyguard Semula Jadi LAMAN. Pokok bunga Turnera juga dipanggil pokok bunga pukul 10 mempunyai banyak kelebihan selain jadi penyeri laman. Ia boleh dijadikan kawalan biologi untuk menghalau serangga perosak, malah ada juga yang menanamnya di kebun sebagai ‘pagar semula jadi’ daripada gangguan haiwan liar termasuk babi hutan.

Pokok bunga turnera selalu dilihat ditanam sekitar kebun, sawah padi malah di sekitar ladang kelapa sawit juga. Bunganya akan mula kembang pada pukul 10 pagi dan kuncup pada waktu petang. Itu sebabnya dipanggil pokok bunga Pukul 10.

Jenis Turnera:

1. Turnera Ulmifolia (Kuning Cerah)
Inilah yang paling biasa ditanam, bunga kuning terang dengan pusat hitam/coklat gelap.

2.Turnera Subulata (Putih Kekuningan)
Bunga warna putih ke krim dengan pusat ungu gelap.
Nampak lebih eksklusif & elegan, sesuai untuk taman yang nak nampak tenang.

Kelebihan Pokok Bunga TURNERA Untuk Tanaman Di Rumah:

1. Tarik Serangga Baik (Pollinator)

Bunganya yang kuning cerah menarik lebah & kupu-kupu yang membantu pendebungaan.Selain itu ia juga menjadi tempat perlindungan serangga kecil yang membantu ekosistem kebun.

2. Kawal Perosak Secara Semula Jadi

Kajian menunjukkan Turnera mengeluarkan bau tertentu yang kurang digemari serangga perosak.

3. Elak Gangguan Babi Hutan

Biasanya babi hutan tidak suka kawasan yang ada bau pokok ini, jadi ia boleh jadi “benteng semula jadi” untuk kebun. Jadi tanam pokok bunga turnera keliling kebun boleh dijadikan sebagai ‘pagar’.

4. Tumbuhan Penutup Tanah

Sesuai ditanam di tepi batas atau keliling laman kerana cepat membiak & jadi penutup tanah semula jadi.

5. Hiasan & Teduhan Rendah

Selain fungsi kawalan, ia mencantikkan laman dengan bunga kuning terang yang mekar setiap pagi.

6. Mudah Dijaga

Turnera mudah ditanam, cepat membiak, tahan panas serta kurang perlukan baja. Sesuai untuk mereka yang sibuk atau baru nak belajar berkebun.

7. Kurangkan Hakisan Tanah

Bila ditanam rapat-rapat, akarnya membantu ikat tanah, sesuai di kawasan cerun atau batas kebun.

Kaedah Penanaman Turnera

  • Kaedah penanaman pula sangat mudah. Hanya cucuk keratan batang ke tanah subur, siram selalu dan ia cepat hidup. Kalau ditanam berderet di pagar atau sempadan kebun, lagi berkesan sebagai pelindung.

Semoga Bermanfaat!

IMPIANA: Menarik juga jika tanam pokok bunga Turnera ini di laman rumah. Bukan sahaja cantik sebagai penyeri laman, malah boleh dijadikan kawalan biologi untuk menghalau serangga perosak.

Mesti Baca: Pokok Siti Zubaidah Cantik Tapi Getahnya Bahaya, Hati Hati Tanam Di Laman
Baca Lagi Di Sini: Elak Terkena Getah Pokok Bunga Oleander, Ia Boleh Menyebabkan Gangguan Fungsi Jantung
Artikel Menarik: Cantik Namun Beracun, Anda Perlu Elak Dari Memetik 5 Jenis Bunga Ini.

Published by
Suhaidah Wahab