
Siapa sangka, hanya dengan dua bahan dapur iaitu garam dan baking soda dalam tong sampah boleh bantu selesaikan masalah bau busuk dan ulat sampah? Tip mudah ini dikongsikan oleh pengguna Instagram ruangteduh.house dan kini ramai yang teruja mencubanya kerana hasilnya benar-benar berkesan.
Caranya sangat mudah dan boleh dilakukan selepas mencuci serta mengeringkan tong sampah. Taburkan dua hingga tiga sudu besar garam dan sedikit baking soda di bahagian bawah tong. Campuran garam dan baking soda dalam tong sampah ini berfungsi menyerap lembapan, membunuh bakteria, serta menghalau lalat sebelum sempat bertelur. Bau busuk pun dapat dielakkan dengan sangat berkesan.
Menurut perkongsian asal, “Terima kasih tau, mungkin ada yang dah tahu, mungkin juga ada yang tak tahu. Aku share sebab memang menjadi! Tabur je 2–3 sudu garam kat bawah tong sampah (lepas basuh & keringkan). Garam tu serap lembapan, bunuh bakteria, dan halau lalat sebelum sempat bertelur.”
Gabungan garam dan baking soda dalam tong sampah bukan sahaja murah dan mudah didapati, malah kedua-duanya mempunyai sifat penyerap bau dan antibakteria semula jadi. Garam membantu mengeringkan permukaan lembap, manakala baking soda menetralkan bau busuk serta mencegah pertumbuhan kulat atau bakteria yang menyebabkan ulat sampah.
Selain itu, penggunaan dua bahan ini juga lebih selamat berbanding semburan kimia atau pewangi tiruan yang mungkin mengandungi bahan toksik. Ia boleh diamalkan setiap minggu untuk memastikan tong sampah sentiasa bersih dan bebas bau tidak menyenangkan.
Menurut perkongsian itu lagi, “Rupanya itu trick paling senang nak halau ulat sampah & elak bau busuk naik. Kalau tahu dari awal, dah lama aku buat tiap minggu!”
Tip garam dan baking soda dalam tong sampah ini bukan sahaja murah dan mesra alam, malah sangat mudah diamalkan di rumah. Kalau nak rumah sentiasa wangi dan dapur lebih selesa, cubalah cara ini hari ini juga. Jangan lupa kongsi dengan rakan dan keluarga, semoga bermanfaat!
Sumber: Instagram ruangteduh.house
Artikel penuh: Tong Sampah Dihurung Ulat Sampah, 5 Langkah Mudah Bersihkan
Bekas Sarang Telur Letak Dalam Tong Sampah, Dapat Serap Air Bau Busuk!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.