Laman

Struktur Kemas Kayu Balau Jadikan Kediaman Ini Lebih Menonjol

Share

Penggunaan elemen landskap yang minimum bertujuan untuk menonjolkan nilai arkitektural yang terdapat pada banglo dua tingkat setengah ini. Pemiliknya Morgan telah memberi kepercayaan penuh kepada Supercool Creative Culture Sdn. Bhd. untuk menata hias keseluruhan laman rumah supaya tampak kemas dan rapi. Untuk memenuhi permintaan pemilik, pereka telah memberi keutamaan kepada reka bentuk struktur pergola di bahagian balkoni dan reka bentuk pagaran. Keseluruhan reka bentuk menggunakan kayu balau yang berkonsepkan moden.

Di samping itu juga, pintu pagar automatik turut direka bentuk mengikut reka bentuk bingkai kayu pada dinding tembok pagar. Penggunaan kayu balau menyerlahkan rona warna eksklusif pada reka bentuk tersebut. Untuk mengurangkan impak pada dinding tembok pagar, beberapa jenis softscape

di bahagain dalam lot turut ditampilkan. Penggunaan tumbuhan renek seperti Codieum variegatum, Zephyranthes rosea memberi kepelbagaian warna pada lantai laman. Untuk memberi impak vertikal pada latar dinding, penggunaan tumbuhan yang memerlukan penjagaan minimum seperti cycas spp., yucca
dan pohonan bonsai yang menghijau meredupkan pandangan pada ruangan ini. Jom kita lihat hasil sentuhan Supercool ini.

 

 

 

IKLAN